57

21.4K 656 44
                                    

TENGKU DARWISH yang sedang berdiri di balkoni chalet mereka dirapati lalu dipeluk tubuh sasa itu dari belakang, rasa rindunya yang membuak-buak dilepaskan di dalam dakapan tersebut. Tengku Darwish hanya membiarkan sahaja.

Angin pantai melanggar wajah mereka dibiarkan, rasanya nyaman.

"Sayang.. Kenapa I tengok you macam takde mood je? Rasa dari kita dekat airport sampai dekat Bali ni pun muka you masam. You ada masalah ke? Ceritalah dekat I." Amanda bersuara, kepalanya masih dilabuhkan ke belakang badan Tengku Darwish.

Tengku Darwish memusingkan badannya, kedua telapak tangannya memegang pipi Amanda.

"Nothing.." bohongnya.

"Tipu! Selalunya you banyak je benda nak cerita, selalunya you akan bual tentang syarikat you tapi ini tak, you banyak termenung. Lepastu muka you ketat sangat." Bidas Amanda.

Dia tidak percaya dengan kata-kata Tengku Darwish.

Tengku Darwish terdiam sejenak sebelum melepaskan wajah Amanda.

Punggungnya dilabuhkan ke kerusi berwarna putih yang terdapat di balkoni tersebut, pandangannya dibuangkan ke arah pantai.

"Mama I, I rasa dia ada rancang sesuatu tentang masa depan I dan I rasa dia ada kaitan dengan pembantu rumah I." Luahnya sesuatu yang dipendam sendiri.

Amanda berkerut seribu.

"Apa maksud you?" Soal Amanda tidak mengerti.

"Mama I, dia dah suruh I mula cari pasangan untuk berkahwin. Dan I dapat rasakan dia dah rancang dengan siapa I harus kahwin. Jiwa I kuat mengatakan dia minat dengan Qaseh, pembantu rumah I. I tengah stress fikir tentang itulah, I tak suka perempuan miskin tak sedar diri tu." Keluhan berat kedengaran.

Amanda mengetap gigi geram.

Sakit hatinya bila mendengar bahawa Tengku Darwish sudah dipaksa berkahwin. Tengku Darwish miliknya, dia tidak akan mengizinkan sesiapa memiliki Tengku Darwish termasuk wanita bernama Qaseh itu.

"What? I tak setuju. Remember you milik I? No, I tak setuju you kahwin dengan dia, sayang. Please, you cakap, you cintakan I. Tolong tolak pernikahan ni, sayang." Tangan Tengku Darwish digenggam.

Hancur moodnya hendak bercuti kerana perkara ini.

Tengku Darwish mengaru kepala tidak gatal.

"You jangan risau, I takkan benarkan rancangan mama I ni berjaya. I benci perempuan miskin tu, memang tidaklah I nak berkahwin dengan dia." Pujuknya.

Amanda mengukir senyuman lega.

"You betul-betul maksudkannya kan sayang?" Tengku Darwish mengangguk.

Mestilah aku tak nak, perempuan semua penipu. Aku takkan benarkan mana-mana perempuan bodohkan aku termasuk kau. Gerutu hatinya.

Senyuman palsu diukir.

"I takut kehilangan you, Darwish. After my mom, you orang paling I sayang." Ujar Amanda sambil memeluk erat tubuh sasa Tengku Darwish. Tengku Darwish tersenyum sinis.

Dia masih bertahan dengan Amanda kerana Amanda pandai melayan keinginan lelakinya dan juga perempuan itu pandai mengodannya. Esok kalau dia sudah bosan, Amanda juga akan dicampaknya seperti wanita yang lain.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now