78

21.2K 737 67
                                    

NOAH menanti kehadiran Amanda dengan penuh sabar, Cahaya yang sedang tidur pulas dalam pelukannya dipandang.

Hatinya terbakar dengan kejadian semalam.

Isterinya memasuki hotel dengan lelaki lain tanpa pengetahuannya?

Sejurus sahaja dia mematikan telefon kelmarin, kakinya terus mengejar langkah isterinya. Mujur dia sempat mendapatkan bayangan Amanda.

Lagi hancur hatinya saat melihat isterinya memasuki bilik hotel tersebut berdua sahaja dengan lelaki tersebut.

Noah menahan amarah, dia tidak mahu menuduh isterinya secara melulu. Dia mahukan penjelasan dari Amanda.

Bunyi enjin kereta dari kawasan parkiran rumah menyedarkan Noah dari lamunan panjang.

Pantas dia membetulkan kedudukannya, wajah isteri yang ditunggu-tunggu muncul dari daun pintu.

Amanda hanya menjelingnya sekilas sebelum melangkah namun langkahnya ditahan dengan suara Noah.

"Berhenti," suaranya masih kedengaran lembut.

Amanda berdecit kasar.

"Apa? Jangan kacau Amandalah. Amanda nak rehat," balasnya geram. Baru sahaja langkahnya ingin disambung, Noah terus bangun dan mencengkam pergelangan isterinya kasar.

Wajahnya sudah berubah tegang.

"Amanda baru balik dari mana?" Suaranya juga kedengaran serius. Anak matanya tajam menikam mata isterinya. Amanda merasa hairan dengan aura suaminya ini, selalunya lelaki itu tidak akan membalas kembali sejurus dia mengatakan dia hendak tidur.

"Amanda baru balik dari rumah Aliyahlah," balasnya bohong. Sedangkan dia tidak tahu bahawa Noah sudah mengetahui kecurangannya di belakang lelaki itu.

"Tak perlu nak bohong abang Amanda.. Abang dah telefon dekat Aliyah, dia cakap Amanda mana ada jumpa dia dua hari ini! Sekarang abang bagi peluang sekali lagi pada Amanda, cakap dekat abang.. Ke mana Amanda pergi?" Suara Noah mulai memenuhi isi rumah.

"Ish yang kau tiba-tiba memekak dengan urusan hidup aku kenapa? Suka hatilah aku nak ke mana pun.. Selama ni aku tak pernah kacau kau atau anak sial tu!" Tengking Amanda.

Geram dia dengan sikap Noah malam ini. Selalunya lelaki itu tidak menyibuk sebegini sekali.

"Memanglah aku kena sibuk urusan kau, kau isteri aku! Oh jadi kalau kau tidur dengan jantan lain pun, aku kena diamkan diri macam tu? Aku biarkan je diri aku diperbodohkan. Macam tu ke maksud kau Amanda?" Noah mulai menukar bahasanya. Selama ini dia puas bersabar dan berlembut dengan Amanda tetapi wanita itu sedikit tidak menghargainya.

Amanda tertawa galak.

"Oh kau dah tahu? Maknanya aku tak perlu lagi berlakon macam isteri mithali depan kau kan? Akhirnya... Kau tahu tak aku penat nak hadap muka, nak bodohkan kau, nak berpura-pura macam aku cintakan kau sedangkan aku benci kau! Aku jijik nak pandang muka! Aku geli nak tidur sekatil dengan kau! Tahu tak? Ini.." Cahaya yang berada didukungan Noah ditunjuk.

"Ini anak haram ni, aku meluat tengok muka dia seperti mana muka kau!" Jerkahnya puas.

Noah terkedu.

Selama ini isterinya membencinya?

"Kenapa Amanda cakap macam itu pada anak kita sendiri? Dia darah daging kita, dulu kita bersusah-payah usaha untuk dapatkan Cahaya. Sekarang bila Allah dah anugerahkan kepada kita, kenapa Amanda bencikan dia? Dia tak salah apa-apa pada Amanda. Abang.. Abang yang salah, abang terikut nafsu abang semasa digoda Lia, abang yang tipu Amanda hidup-hidup selama kita kahwin, abang yang kecewakan Amanda. Tolong jangan kaitkan dengan Cahaya sekali, dia tak bersalah.." perlahan-lahan nada Noah berubah.

Wajah Amanda yang memandangnya sinis ditenung lama.

"Ha ha ha alahai bodohnya juga suami aku ni, kau tahu tak Cahaya ni bukan anak kau." Satu panah tajam bagai menghentam jiwa Noah saat Amanda mengungkapkan kata-kata sebegitu.

"Apa maksud Amanda?" Soalnya dengan nada tidak percaya.

"Ini anak haram aku dengan jantan lain! Huh jantan yang kau nampak bersama aku tu. Sebab itu aku nak buang dia, aku benci budak ni sebab dia anak haram! Tapi kau terhegeh-hegeh nak jaga bekas orang, sayangkan sangat budak sial ni." Noah terdiam, Cahaya yang terkejut dengan kawasan sekeliling yang bising mulai bergerak dan merengek perlahan.

Noah segera menepuk punggung si kecil.

Kebenaran yang baru sahaja dia dengar melukakan sekeping hatinya.

Cahaya bukan anaknya?

"Berapa lama Amanda dengan lelaki tu?" Soal Noah dengan nada tenang.

Hatinya sudah cukup hancur dengan segala pengakuan Amanda.

"Sejak aku tahu kau curang dengan betina murahan tu!" Balasan Amanda merentapkan lagi sekeping hati Noah.

"Kenapa Amanda buat saya macam ni?  Kenapa tipu belakang saya? Apa salah saya, Amanda?" Soal Noah dengan air mata jantannya yang mengalir perlahan.

Bahasanya juga sudah tiada abang lagi.

Hatinya kecewa. Kecewa dengan sikap isterinya.

"Sebab aku nak balas dendam terhadap kau dengan Kamelia. Aku benci tengok korang berdua bahagia sedangkan aku? Aku terseksa. Kau ingat aku boleh lupakan macam itu sahaja kesalahan korang berdua? No! Benda tu buatkan aku bertambah dendam dengan korang! Sekarang.. Aku pula bahagia sebab korang berdua terseksa. Sekarang aku dekat atas, korang pulak dekat bawah. Peritkan rasa kena tipu dengan orang yang kita sayang?" Sinis nada Amanda kedengaran.

Jiwa lelaki Noah sekali lagi bagai direntap kasar. Sakitnya dengan pengakuan dari isterinya. Selama ini dia fikirkan Amanda sudah melupakan semua perkara tersebut. Malangnya dia silap!

Dia mendekati Noah lalu pipinya dipegang.

"Dan aku buat semua ini sebab aku nak bercerai dengan kau, aku dah tak tahan dah. Kau dengan budak jahanam ni boleh pergi mati!" Tambahnya lagi.

"Ceraikan aku sekarang juga!" Tengkingnya kuat.

Noah tersenyum perih.

"Betul cerai yang awak mahukan Amanda?" Wanita itu mengangguk laju.

"Baiklah.."

Noah menarik nafas panjang, tangan Amanda diambil lalu digenggam buat kali terakhir sebelum dilepaskan.

"Dengan lafaz bismillah, saya ceraikan awak dengan talak tiga, Amanda Rose. Semoga awak berbahagia dengan pilihan hati awak. Maafkan saya untuk segalanya," sejurus mengucapkan sebegitu Noah melangkah pergi bersama Cahaya.

Hatinya terasa kosong.

Air matanya sudah berhenti mengalir.

Dia sedar dia sudah tidak mampu menggengam sekeping hati Amanda Rose lagi. Jadi, dia rela melepaskan wanita itu bahagia bersama lelaki pilihannya.

Semoga awak bahagia, bisik hati kecilnya.

***

okey puas hati dah semua hahaha.

btw morning <3

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now