17

18.8K 881 70
                                    

AIR mata yang mengalir aku seka, tak sangka sudah lima bulan aku tinggal bersama mereka dan hari ini aku bakal keluar dari rumah ini. Wajah datin Anita aku pandang, air matanya juga turut tidak kering sedari pagi tadi.

"Betul ke awak tak mahu terus tinggal di sini, Lia? Di sini awak ada kehidupan yang lebih baik berbanding dekat luar sana yang entah selamat atau tidak. Saya sangat pasti Ian tak mahu awak pergi." ujarnya buat kali ke entah berapa, wajah tuan Ian yang sedang mendukung Adam aku pandang tetapi lelaki itu mengalihkan pandangan sebaliknya fokus bermain jari-jemari berisi Adam.

Aku mengeluh kecil.

Tuan Ian masih dingin dengan aku.

Sejak kejadian sebulan lebih yang lalu, tuan Ian bukan lagi tuan Ian yang aku kenal dahulu. Dia lebih banyak menghabiskan waktunya di pejabat kalau tidak, wajahnya sering menjadi tatapan mataku. Tidak cukup dengan itu, kalau dia datang ke bilikku. Dia hanya berbual dengan Adam dan kemudian berlalu pergi, hanya sepatah dua sahaja kata-katanya. Dahulu, kata-katanya bagai bertih jagung.

Ada sahaja yang hendak dia bualkan tetapi sekarang sunyi. Aku rindu tuan Ian yang dahulu, rindu tetapi aku tidak mahu memberinya harapan palsu. Aku tahu sakitnya ditolak dengan orang yang kita cintai tetapi lebih sakit andai diterima kerana kasihan.

"Datin, saya minta diri dululah. Halalkan segala yang datin beri pada saya dan Adam selama kami berdua menumpang dekat rumah ni, saya juga nak minta maaf andai ada terkurang yang saya beri selama ini, andai ada perbuatan saya yang tak menyenangkan datin. Saya minta maaf." ujarku sambil mengucup lembut belakang tangannya. Dia menggeleng sambil menarik aku ke dalam pelukan.

"Saya tak kisah Lia, awak dengan Adam dah macam orang rumah ni juga. Awak tak pernah buat salah dekat saya.. Dan saya nak awak juga tahu yang kedatangan awak dengan Adam sentiasa saya undang ke dalam rumah ni, awak boleh datang dan tinggal semula bila-bila masa sahaja awak nak. Saya lagi berbesar hati, Lia." aku mengangguk. Rasa sebak semakin mencengkam di hati.

Rasa sukar pula hendak menapak pergi melihat kesungguhan datin Anita tetapi hak Adam harus aku perjuangkan. Adam layak dikenali oleh Noah dan Adam layak kenal dengan bapa kandungnya sendiri.

"Terima kasih datin,"

Dia mengangguk.

Aku menyalami tangannya sekali lagi sebelum menapak ke arah tuan Ian, wajah lelaki kelihatan mendung. Aku tahu, dia sukar hendak melepaskan Adam pergi memandangkan Adam sudah seperti anak kandungnya.

"Tuan Ian.."

"Panggil saya Ian, awak bukan pekerja saya, Lia." ujarnya, senada. Aku menarik nafas dalam sebelum mengangguk akur dengan arahan tuan Ian.

"Ian.."

"Tak perlu minta maaf, awak langsung tiada salah pada saya. Tentang hal hari itu? Saya akan setia tunggu awak dengan Adam, Lia. Saya tahu, satu hari nanti awak akan kembali semula ke sini dengan Adam, saya percaya." katanya sambil mengusap pipi Adam perlahan dengan ibu jarinya, aku nampak keikhlasan di dalam mata lelaki itu tetapi jiwa aku tidak mahu menyakiti tuan Ian. Dia terlalu baik untuk aku, untuk perempuan kotor seperti aku.

"Ian, Ian tahu yang saya ni.."

"Jadi kenapa Lia? Awak nak kata yang Adam ni anak bukan sah taraf, so, dia tak layak nak dapat kasih sayang saya? Awak kotor, jadi awak tak layak nak kahwin? Macam itu?" nadanya sedikit meninggi. Aku terkedu.

"Awak tahu saya tak pernah pandang rendah dekat awak or Adam, awak tahu itu! Saya dah buat keputusan, saya tetap akan tunggu awak kembali semula ke sini dengan Adam. Saya percaya awak akan kembali." tegasnya, Adam diberikan kepada aku sejurus wajah si cilik itu dikucup sepuasnya.

Dia datang mendekati aku lalu pipi aku pula dielus dengan tangannya.

"Saya akan tunggu awak, Lia." sejurus itu dia berlalu pergi. Bibir aku bagai terkunci untuk membalas kata-kata tuan Ian.

Datin Anita mendekati aku lalu bahu aku digosoknya.
"Ian, dia tak pernah jatuh cinta dekat mana-mana perempuan sebelum ni. Lia tahu tak, Lia perempuan pertama yang saya nampak dia jelas suka." aku terdiam, kata-kata datin Anita menambahkan rasa bersalahku.

"Da.."

"Eh jangan fikir apa yang saya cakap ni, Ian tu nanti saya boleh pujuk, jangan risau. Biasalah kalau lelaki merajuk. Eh dah pukul berapa ni? Lewat Lia nanti." beg pakaian aku terus dihulurkan kepada pemandunya yang disuruh menghantar aku ke lokasi yang aku mahukan.

Sekali lagi aku ditarik ke dalam pelukan.

"Nanti datang melawat saya tau, bawa Adam sekali. Saya akan rindu Lia dengan Adam." aku mengangguk.

"Saya dengan Adam pun akan rindukan datin."

Pelukan dilepaskan lalu aku berlalu masuk ke dalam kereta, datin Anita sudah melambai-lambai tangannya ke udara.

Aku melambai kembali.

Aku bakal rindu mereka berdua, aku akan rindukan tuan Ian sangat-sangat, rindu lawak bodohnya, senyum manisnya, budi baiknya.

Terima kasih tuan Ian buat segalanya, saya minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan keinginan tuan Ian sebab saya tak mahu kecewakan insan yang sudah yang terlalu baik pada Adam dan perempuan yang sehina dan sekotor saya. Saya doakan tuan Ian akan jumpa perempuan yang jauh lebih baik daripada saya, saya akan sentiasa doakan.

Figura datin Anita semakin mengecil di kornea mata, sebak kembali mencengkam akhirnya air mata aku mengalir perlahan.

Aku tak mahu tapi aku terpaksa demi kebahagiaan Adam.

***

Kesian Ian, siapa sudi jadi isteri dia haha?

Sila isi borang dulu.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now