72

18.9K 644 37
                                    

BADANNYA dibaringkan sebelah Kamelia sebelum tangannya perlahan-lahan naik dan menyentuh lengan isteri keduanya itu.

"Kau dah tidur ke Lia?" Soalnya perlahan.

Kamelia yang mendengar hanya membisu meskipun dirinya masih tidak dapat melelapkan mata.

"Hurm dah tidur agaknya isteri aku ni, good night sayang," perlahan-lahan tangannya mengelus rambut lurus Kamelia.

Kamelia terkedu.

Sayang? Noah panggil dirinya sayang? Dia salah dengar ke?

Jantungnya berdetak laju, perlahan pipinya memanas. Tidak mungkin Noah menggelarnya sayang? Bukankah lelaki itu membencinya?

Noah membangunkan dirinya lalu wajah Kamelia diintai, keluhan perlahan dilepaskan. Nampaknya benar isterinya sudah tidur.

Tidak mahu menganggu Kamelia, dia menutup hasrat hendak menyeru wanita itu lagi.

Jarak antara mereka dirapatkan lagi lalu tangannya memeluk pinggang ramping Kamelia.

Kamelia semakin membatu.

Kenapa dengan sikap Noah sekarang ni? Jarang lelaki itu memperlakukannya sebegini?

"Sorry," gumamnya perlahan sebelum dengkuran halus kedengaran.

Jiwa wanita Kamelia tersentuh namun cepat-cepat disangkal rasa tersebut. Teringat kembali kata-kata datin Sri Hasniza membuatkan dia sedar.

Tanpa disedari, dirinya terlena dalam dakapan Noah.

DATIN SRI HASNIZA menghantar besannya pergi dengan sorotan mata, hatinya berdongkol geram dengan menantutnya.

Sanggup dia menemani wanita simpanannya berbanding anak perempuannya?

Pandangan terus dibuang ke arah wajah anaknya yang sedang pulas tertidur.

Tidak lama kemudian, Amanda mencelikkan mata. Kepalanya yang terasa berpusing disentuh perlahan, otaknya terasa kosong. Mindanya masih tidak dapat mengingati apa yang terjadi kelmarin.

"Rose sayang.. Akhirnya baby mummy ni sedar pun," dibantu Amanda yang cuba menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.

"Mummy.. Rose dekat mana?" Soalnya suara perlahan.

"Rose dekat hospital sayang.. Semalam Rose pengsan masa fashion show. Sebaik Aliyah telefon mummy inform apa yang jadi dekat Rose. Dan cuba teka ada satu berita baik I nak kongsi dengan Rose. Berita ni kita boleh gunakan untuk hancurkan perempuan sundal yang sudah hancurkan hidup anak I ni," Amanda memandang keliru ke arah datin Sri Hasniza yang sudah tersenyum jahat.

"Berita apa ni mummy?"

"Hurm actually Rose mengandung, dah sebulan kandungan Rose. Dalam perut you ni ada senjata, senjata yang boleh kita gunakan untuk halau perempuan sial tu dari kehidupan Qaiser dan Rose." Ujar datin Sri Hasniza sambil tangannya menunjuk ke arah perut nipis Amanda.

Amanda terkedu.

Lidahnya kelu.

Mengandung? Dia mengandung?

Tapi dia sedar ini bukan anak suaminya memandangkan setiap kali mereka bersama, dia menelan pil perancang.

Tidak mungkin ini anak Darwish?

Amanda hayut dalam ingatannya sendiri.

Perlahan tangan memegang perutnya yang masih nipis.

Anak ini anak Tengku Darwish.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now