58

22.9K 747 33
                                    

KAMELIA sudah meneguk air liur kesat tatkala Noah muncul di biliknya secara tiba-tiba, lirikan nakal lelaki itu dia kenal.

"Err kau nak apa?" Nadanya sedikit bergetar, teringat kembali ugutan Noah semasa dia pulang tadi.

Noah menyilangkan tangan ke dada lalu mendekati Kamelia.

"Pandai kau larikan dia eh? Lepas je masak, terus masuk bilik. Kenapa? Takut ke?" Soalnya dengan nada mengejek.

Kamelia mengigit bibir perlahan.

"Err mana ada.. Aku.. Aku nak tengok Adam." Dalihnya, Noah meletakkan jari telunjuknya ke bibir Kamelia.

"Shuhh, aku tahu kau takut. Siapa suruh kau tak layan aku tadi? Sekarang.. Kau wajib dihukum sebab berani cabar aku tadi. Kau kenal satu benda dari aku Kamelia, aku seseorang yang pantang dicabar." Bisiknya perlahan.

"Err mana.. Mana ada aku takut." Nafinya, sedangkan tadi, selepas sahaja masak, dia terus mengaburkan diri ke dalam bilik. Tak sangka, Noah mengotakan kata-katanya.

Noah menapak mendekati Kamelia, senyuman nakal masih kekal di wajah tampannya.

"Err Noah, kau jangan macam ini. Adam tengok perangai miang kau ni, jangan tunjuk benda tak senonoh dekat anak boleh tak?" Dada bidang Noah ditahan dari terus mendekatinya.

Noah menjungkit bahu.

"Aku tak tunjuk, kau yang fikir lebih." Nafinya.

Tangannya perlahan-lahan naik memeluk pinggang ramping Kamelia.

"Rindu betul nak ramas favourite part aku. Aku tengok makin besar, kau cakap dengan aku sekarang.. Kau buat apa sampai aku rasa saiz dia berbeza dari last time aku pegang." Matanya jatuh merenung lama dada Kamelia yang tertutup dengan baju kelawar besarnya.

Kamelia menahan malu.

Dada Noah ditumbuk geram.

"Sekali kau tak cakap kotor boleh tak? Otak kau ni memang asyik fikir benda tu je kan?" Marah Kamelia, Noah menjungkit bahunya perlahan.

"Aku lelaki dan semestinya kami orang lelaki ni fikir benda tu je, habistu kau nak suruh aku bayang apa? Kira okaylah aku bayang kotor dengan kau, dari aku bayang kotor tentang perempuan lain." Balasnya selamba.

Kamelia mengetap bibir geram.

Disabarkan sahaja hatinya dengan sikap Noah.

Tangan Noah dipaksa lepas dari pinggangnya.

"Sudahlah, aku nak tidur. Malas nak layan lelaki pervert macam kau." Kakinya terus diatur ke katil lalu dibaringkan badannya ke katil empuk.

Noah meneguk air liur saat terpandang sedikit hujung kaki Kamelia yang terselak saat wanita itu baring secara mengiring.

"Siapa izinkan kau tidur? Aku belum hukum kau lagi." Noah merapati isterinya lalu tubuh Kamelia dipaksa baring secara tegak, tanpa menunggu sesaat, terus ditindih isterinya.

Terkejut Kamelia, wajah Noah yang hanya berjarak satu meternya dipandang.

Noah melirik nakal, jarak mereka dihapuskan lagi sehingga Kamelia menahan dada bidangnya mengunakan tangannya.

"Err kau nak apa? Jangan miang sangat boleh tak?" Panas wajahnya saat pandangan Noah begitu dalam padanya.

Jantungnya terasa seperti ingin pecah.

Dup dap dup dap!

Tanpa sebarang amaran, Noah terus menyembamkan wajahnya ke dada Kamelia. Irama dari jantung Kamelia membuatkan dia terasa tenang.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now