69

23.1K 740 49
                                    

DATIN SRI HASNIZA menguis-guis kuku bersihnya perlahan, wajah Amanda ditenung meminta simpati.

"Yang mommy pergi upah jantan sial macam itu kenapa? Tengok sekarang siapa yang susah! Kalau Noah tahu kita yang plan untuk bunuh anak haram tu, mati kita berdua tau." Wajahnya diraup kasar.

Datin Sri Hasniza mendekati Amanda lalu digenggam kuat tangan anaknya.

"Mommy fikirkan dia tu profesional, rupanya dia lagi licik dari I fikirkan. Rose tolong I. I tak nak masuk penjara, boleh rosak nama keluarga kita," rayunya, Amanda memandang lama wajah ibu kandungnya sebelum mengeluh perlahan.

Nak tak nak dia harus juga membantu jikalau tidak, namanya akan terpalit sekali. Ini belum masanya untuk rancangan mereka terbongkar kerana dia belum puas untuk membalas dendam terhadap Noah serta Kamelia.

"Fine.. Rose akan upah orang untuk bunuh dia dan juga perempuan tu! Sekarang ini yang penting mommy kena berpura-pura macam mommy dah buat seperti yang dia inginkan." Datin Sri Hasniza mengangguk tidak lama selepas itu.

Tubuh ramping Amanda ditarik ke dalam pelukan.

"Thank you Rose."

INSPEKTOR Rusydan menapaki kawasan yang sudah ditutup dengan pita polis menandakan kawasan tersebut kawasan larangan. Hidungnya ditutup menggunakan tangan saat bau yang tidak enak memasuki lubang hidungnya.

Hampir sahaja dia muntah namun kerana sudah terbiasa dengan situasi sebegini membuatkan dia bertindak profesional.

Salah seorang rakan sepasukannya didekati, mayat yang sudah hampir membusuk dipandang sebelum pandangan dialihkan.

"Err tuan," segera tanda hormat diberikan. Inspektor Rusydan hanya mengangguk pendek.

"Macam mana dengan mayat? Sudah dikenalpasti nama dan kematiannya?" Soalnya tanpa berbasa-basi.

"Dari tanda kematian menunjukkan mangsa sudah mati lebih dari 24 jam tuan, tambahan pula, dari siasatan forensik mengatakan dia mati kerana objek tajam. Alatan seperti apa, masih tidak dapat diketahui. Kena tunggu mayat dibedah siasat terlebih dahulu," terangnya jelas.

Inspektor Rusydan mengangguk kecil.

"Nama mangsa?"

"Muhammad Zakaria, berumur 30 tahun. Tidak beristeri dan menganggur. Dia juga merupakan orang yang tuan sedang cari," membulat besar mata inspektor tersebut.

Orang yang sedang diburunya sudah mati?

Bagaimana dengan kes yang sedang diuruskan sekarang ini?

Kening digaru perlahan.

"Kalau macam itu, takpelah nanti awak bagi hasil bedah siasat pada saya dan tolong maklumkan pada encik Noah untuk dia datang petang ni," lelaki itu mengangguk akur.

Inspektor Rusydan menepuk perlahan bahu rakannya sebelum melangkah pergi.

Sempat matanya mengerling ke arah mayat Zakaria atau lebih dikenali sebagai Zack yang sudah hampir membusuk.

NOAH menghempas bahu kasar ke arah sebelah Kamelia, wajahnya diraup perlahan. Kepalanya sedang sakit sekarang ini memikirkan perihal berita yang didengarinya sebentar tadi mengenai kematian pembunuh anaknya.

Kamelia memandang sekilas suaminya.

"Kenapa?" Pendek sahaja soalannya.

"Pembunuh Adam dah mati.." Kamelia tersentak.

"Tak mungkin, siapa pula bunuh dia?"

"Itu aku tak tahu, Lia. Sekarang ini macam mana kita nak balas semula perbuatan dia kalau dia dah mati?" Kamelia tidak membalas sebaliknya mencarik senyuman pendek.

"Mungkin dah takdir aku diuji seperti ini, aku ikhlas andai dia tidak dapat balasan yang sepatutnya dekat muka bumi ni sebab aku yakin Allah akan balasnya untuk aku. Aku ikhlas, terima kasih Noah sebab sudi nak pertahankan Adam meskipun kau tak sudi nak anggap dia sebagai darah daging kau. Terima kasih," pandangan redup Kamelia membuatkan Noah terkedu.

Halkumnya bergerak-gerak menahan rasa.

Cepat-cepat perasaan anehnya ditepis.

"Err aku okey je tolong Adam dengan kau sebab Adam kan anak aku juga?" Balasnya perlahan, Kamelia tersenyum mendengar.

"Tentang pembunuh tu, biar aku yang uruskan. Sekarang ni kau jaga dan perhatikan Adam sampai dia betul-betul sembuh," arah Noah tenang.

Baru sahaja Kamelia hendak menapak, Noah sempat menarik tangan wanita itu dan mengucup perlahan bibir Kamelia.

Terbungkam wanita itu dibuatnya.

"Good night."

"Err selamat malam,"

Amanda menepuk perlahan tangannya sambil kakinya disilangkan.

Kukunya sempat dipandang sekilas.

"Tak sampai dua minggu Amanda tinggalkan abang dengan jalang tu, dah pandai beromantik macam tiada hari esok? Hebat permainan Noah Qaiser.. Kenapa? Dah tergoda dengan badan perempuan tu macam mana abang tergoda beberapa tahun lalu? Huh lelaki memang jenis mulut manis dekat bibir je ke?" Sindirnya pedas.

Noah terdiam.

Wajah manis isterinya dipandang.

"Amanda dari mana? Kenapa baru balik?" Soalan diubah.

"Dari mana Amanda datang, bukan urusan abang!" Baru sahaja kakinya hendak diangkat, Noah segera menahan lengan isterinya.

"Abang ada benda nak bincang dengan sayang.. Sebenarnya benda ni dah lama abang fikirkan dari dulu lagi tapi masa itu abang tak yakin.. Sekarang abang dah yakin, abang nak cakap pada sayang." Putusnya, Amanda berdecit perlahan. Dari nada suaminya, Amanda tahu maksud lelaki itu.

Noah sudah jatuh pada wanita murahan tersebut!

"If abang rasa abang nak teruskan niat abang tu, abang patut tarik semula! Kalau tidak, ceraikan Amanda." Kakinya terus melangkah pergi.

Noah tersentak.

Cerai? Tidak mungkin.

Dia sayangkan Amanda dan Kamelia, dia tidak pasti.

Tidak mungkin dia sanggup lepaskan Amanda memandangkan Amanda cinta pertamanya.

Keluhan kasar dilepaskan.

****

Wow lama betul aku tak update. Komen sikit chapter kali ini, rasanya macam storyline dia dah berubah merepek kan?

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now