49 !

25.8K 719 93
                                    

AMANDA mengerakkan pinggulnya mengikut alunan muzik yang kuat di dalam club tersebut sambil bibirnya meneguk rakus air coke. Sudah lama dia tidak menjamah arak, kalau dahulu, araklah air kegemarannya.

Dia tidak mahu kantoi dengan suaminya yang dia minum air syaitan tersebut kerana itu dia memilih coke sahaja sebagai minumannya.

Setelah puas menari, Amanda melangkah ke arah Aliyah yang sedang berbual dengan lelaki rawak yang dijumpainya.

"Babe.. I rasa puas sangat dapat lepaskan stress I sekarang." Luahnya sambil tertawa galak. Aliyah mencium sekilas pipi lelaki tampan itu sebelum lelaki tersebut menapak pergi. Kini perhatian sepenuhnya dibuang pada sahabat baik merangkap majikannya.

"Why? Bukankah you kata you nak sakitkan perempuan sampai berpura-pura kaki you terseliuh but now you pula yang stress. Tak baik stress, cepat kedut muka you nanti." Ujar Aliyah, sempat nasihat diselitkan sekali.

"Huh I benci dengan Noah! You tahu tak masakan betina sundal tu kalau dia dapat, I ni depan mata pun dia takkan hiraukan. Yeah, I memang dapat sakitkan hati dia tapi I tetap juga sakit bila Noah suka sangat masakan dia. Entah-entah dia bomoh makanan tu sampai Noah abaikan I. I tak faham! Apa sedap sangat masakan betina sundal tu?" Kutuknya geram, air coke diteguk rakus.

Aliyah mengosok perlahan bahu sahahatnya.

Dia tidak kenal siapa madu Amanda memandangkan masa hari perkahwinan suami Amanda, dia tidak dapat menghadirkan diri atas urusan modeling.

Teringin juga tahu muka perempas suami Amanda!

"I stress! I nak dia dibenci! Terutama keluarga mertua I, sejak perempuan sundal tu kahwin dengan Noah, semua Kamelia, Adam. Balik-balik nama tu juga dia sebut! I benci tahu tak! Dulu masa I suruh Noah kahwin, bertegas menolak. Kononnya tak nak Noah madukan I, duakan I. Huh semuanya hanya sekadar lakonan, oh lupa, bagaimana acuan begitulah kuih. Noah dengan keluarga dia sama je kaki temberang!" Luahnya geram.

Gelas kaca digenggam kuat.

Aliyah terdiam.

Kamelia? Adam? Kenapa nama tu macam familiar sahaja kedengarannya.

"Sabar babe.. Nanti you sakitkan dia lebih lagi okey. Sekarang I rasa I tahu macam mana nak bagi you gembira balik," Amanda mengangkat pandangan ke arah Aliyah, keningnya berkerut seribu.

Aliyah tersenyum kecil.

Tubuh Amanda dipusingkan belakang.

Menjerit kecil Amanda saat dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Aliyah. Terus ditarik Tengku Darwish ke dalam pelukan. Dia memang benar-benar memerlukan Tengku Darwish saat ini.

Hanya Tengku Darwish tempat dia melepaskan setiap rasa sedihnya.

Tengku Darwish, lelaki yang dijumpainya di club yang sama saat dia sedang bersedihan kerana ditipu hidup-hidup oleh Noah. Lelaki itu yang sentiasa menemaninya, yang memberinya kata-kata semangat saat dia hampir membunuh diri. Tengku Darwish juga merupakan scandal dan kekasih gelapnya di dalam diam.

Ya, dia curang! Kalau Noah boleh curang, dia juga boleh curang!

"Darwish, kenapa tak cakap dengan I, you nak datang sini? Hisy, tahu tak I rasa kosong sangat bila you takde." Adunya manja, Tengku Darwish tersenyum.

Pipi Amanda digosok lembut.

"Saja nak suprise you, sayang." Bisiknya lembut. Amanda tersipu malu terus ditariknya wajah Tengku Darwish lalu dikucupnya rakus. Sudah tidak dihiraukan keberadaan Aliyah di sisi.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now