63

19.8K 589 16
                                    

MATANYA tajam memerhatikan pasangan suami isteri yang sedang berbual rancak sambil bibirnya menyedut puntung rokok dan tidak lama selepas itu kepulan asap dilepaskan dari celahan bibir hitamnya.

Bibirnya mencarik senyuman sinis saat matanya menangkap bayi di dalam dukungan pasangan tersebut diserahkan kepada seorang wanita tua dan lelaki tua.

Pergi sahaja pasangan suami isteri tersebut, telefonnya segera mendail nombor orang yang mengupahnya.

"Hello, mereka baru sahaja bergerak ke airport. Bila kau nak suruh aku jalankan misi?" Soal lelaki tersebut sambil melepaskan lagi asap rokok ke udara. Sekali-sekala tangannya mengibas sendiri asap yang dirasakan terlalu banyak.

"Good. Kalau boleh I nak rancangan ini dilakukan secepat mungkin sebelum diorang balik dan I dah cakap dengan you macam mana rancangannya kan? So, I nak you pandai-pandai uruskan macam mana nak jalankan plan tu. Kalau boleh I tak nak hal ini ada terkait dengan I. Kalau tak, I akan pastikan you menyesal." Sempat ugutan diberikan.

Lelaki itu berdecit sinis.

"Aku tahu nak uruskan kerja kau, tugas kau masukkan lagi dari half pembayaran hari itu tepat pada hari ini juga. Kalau tak, kau boleh lupakan rancangan kau tu." Balasnya sinis, wanita di hujung corong mengetap gigi geram.

Berani beraninya orang miskin mengugutnya? Memikirkan dia ingin rancangannya dijalankan dia terpaksa juga mengalah.

"Fine. You buat jangan tak buat!" Suaranya sedikit meninggi. Lelaki tersebut terus mematikan panggilan tanpa membalas wanita yang mengupahnya dan kemudian mencari pula nombor seseorang yang dia kenal dan yakin mahu membantunya.

Tut tut tut.

Lama dia menunggu sebelum panggilannya bersambung. Dia berdehem kecil.

"Hello, apa kau nak telefon aku pagi-pagi ni? Jangan cakap ada urusan kerja nak ditawarkan," lelaki tersebut mencarik senyum sinis, bijak!

"Yes. Dan ganjaran dia kali ini agak lumayan!" Balasan dia membuatkan wanita di hujung corong tersenyum mendengar.

"Kalau macam itu, aku in. But kali ini nak bunuh dato' or siapa pula?" Lelaki itu menggeleng perlahan meskipun tidak terlihat oleh si pemanggil.

"No! Kali ini target bukan pada orang tua, target kali ini adalah seorang bayi." Terdiam wanita itu mendengarnya.

"Kenapa? Kau tak sanggup ke?" Sindirnya.

"Ah mana..mana ada, aku seorang yang profesional, meskipun kena bunuh seorang budak, aku tetapkan akan jalankan misi aku. Bila aku nak bunuh dan macam mana? Terangkan detail dekat aku." Egonya seakan tercabar saat lelaki itu seakan-akan menghina dirinya.

Lelaki menyeringai sinis.

NOAH memandang sekilas wajah Kamelia yang sedang termenung memandang ke luar tingkap, kukunya pula digigit perlahan seakan-akan seperti orang yang sedang gelisah.

"Kau kenapa? Macam tak senang duduk je?" Noah bersuara, Kamelia segera mengalihkan pandangan ke arah suaminya. Kepala digeleng perlahan.

"Err aku teringat dekat Adam, hati aku rasa macam tak sedap." Balasnya jujur. Sejak tadi jiwa ibunya seakan tidak tenteram, saat melepaskan Adam kepada mertuanya pun, jiwanya menjerit-jerit ketidakrelaan.

Noah tersenyum sambil menggeleng.

"Kau ni anggap Adam tu macam budak kecik je! Well, anak kita sado macam aku tau. Setakat nyamuk gigit, takde hal punya." Selorohnya, Kamelia tersenyum kecil. Namun kegelisahannya masih tidak boleh dibuang.

"Kau tak yakin dengan mama ke?" Laju mendapat gelengan dari Kamelia. Tidak mungkin dia meragui penjagaan mertuanya sendiri.

"Bukan.. Aku err gelisah sikit mungkin sebab Adam tak pernah terlepas dari pandangan aku dan aku tak pernah berpisah dengan dia, itu yang mungkin penyebab aku risau. Err kau tak perlu risau mungkin aku.. Aku yang paranoid lebih." Terangnya panjang lebar.

Noah mengambil tangan Kamelia dan digenggam erat.

"Rileks mama aku sama macam kau, over protective orangnya jadi, aku rasa Adam takkan terlepas dari pandangan dia. Jangan risau okey," pujuk Noah lembut. Perlahan-lahan wajah tegang Kamelia memudar, hatinya cuba yakin dengan kata-kata Noah.

Ya, Adam selamat bersama mertuanya!

"Okay, err terima kasih Noah sebab sudi bawa aku pergi ke tempat macam ini. Aku err tak pernah lagi pernah bercuti seumur hidup aku." Topik diubah, Noah tersenyum pendek.

"Sama-sama, nanti-nanti kita bercuti, aku janji kita bawa Adam sekali ya?" Kamelia laju mengangguk. Bahagia sungguh sekeping hatinya kerana layanan Noah, dia tidak sangka Noah yang dingin dan kasar yang dia kenali dulu merupakan Noah yang dia kenal sekarang. Meskipun Noah tidak pernah mengatakan dia sayang kepada dirinya dan Adam namun perbuatan romantik lelaki itu cukup membahagiakan sekeping hatinya.

Fokusnya dibuang kembali pada pemanduannya tanpa melepaskan genggaman tangan mereka.

AMANDA merengus kasar saat Hariq menahan lengannya.

"What's wrong with you?" Soalnya kasar, tangannya direntap dari pegangan Hariq.

"Nothing. Semalam saya minta maaf tentang semalam, err saya tak sangka yang awak dengan Darwish tengah date. Sedar-sedar awak dah takde," Amanda tersenyum sinis, tangannya disilangkan ke dada.

"Baru sedar yang diri kau tu penganggu ke?" Sindirnya pedas.

Hariq mengaru kening.

"Err saya tak sangka jumpa Darwish dekat sini dan saya tak sangka awak kekasih kepada Darwish. Biasalah lelaki ni kalau jumpa memang tak ingat waktu boraknya." Balasnya jujur.

Wajah manis Amanda direnung. Entah mengapa dia rasa lain saat berhadapan dengan Amanda meskipun dia sedar wanita di hadapannya ini merupakan milik orang.

"Sampai hancurkan mood percutian orang? Huh.." gelas coke diteguk sambil pandangannya dibuang ke arah orang yang sedang membuat persembahan di atas pentas club, club yang terdapat berdekatan dengan chalet tempat duduknya selama seminggu ini bersama Tengku Darwish.

"Saya minta maaf, sebagai ganti rugi saya bayarkan minum awak malam ni dan teman awak minum. Okey?" Amanda tergelak sinis.

"I don't need it!" Dengan angkuh kakinya diatur ke meja lain meninggalkan Hariq sendirian di belakang. Hariq mengeluh berat.

Tubuh ramping yang sedang fokus memandang ke arah orang-orang yang sedang membuat persembahan dipandang. Sekali-sekala tubuh Amanda menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Telefonnya dicari, nama sepupunya ditekan.

"Err Darwish kau dekat mana?" Soal Hariq sambil melangkah keluar. Kawasan dalam club yang bising membuatkan dia tidak mendengar dengan jelas suara sepupunya.

"Dekat bilik, kenapa?" Balasnya senada.

"Kau tak keluar dengan awek ke?"

"Em nope! Aku tetiba terima urgent call dari syarikat, nak tak nak aku terpaksa layan juga." Hariq mengangguk faham, panggilan segera dimatikan tidak lama selepas itu.

Baru dia mengerti mengapa wajah Amanda keruh.

Pasti disebabkan sepupunya, kakinya diatur masuk ke dalam club semula. Tempat yang tidak jauh dari Amanda diambil dan diperhatikan tindak-tanduk wanita itu tanpa berkedip. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia melakukan hal sebegini.

Tidak mungkin kerana rasa bersalah?

Hariq keliru.

***

Ayok, korang rasa apa akan berlaku dekat Adam?

MRS NOAH QAISER©Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα