48

18.2K 714 19
                                    

KAMELIA disambut dengan baik  oleh Hajah Samsiah, teruja hati orang tua tersebut Kamelia mengkhabarkan dia akan kembali berkerja semula di warung. Siapa tidak gembira? Akhirnya dia dapat penemannya semula, si cilik Adam kesayangannya.

"Tahu tak ramai sangat tanya mana Lia sejak Lia dah berhenti kerja dekat warung umi ni.. Umi cakap yang Lia dah kahwin. Sejak Lia tak datang kerja sini dah, keuntungan warung umi adalah menurun sikit dari bulan sebelumnya." Cerita Hajah Samsiah sambil memerhatikan Kamelia mencuci perut ikan yang hendak dibuat laksa.

Kamelia mencarik senyuman kecil.

"Ish takdelah umi, mana ada rezeki warung umi bergantung pada Lia. Umi jangan puji Lia sangat, malu." Nafi Kamelia malu.

Hajah Samsiah menggeleng.

"Ya, umi tak bohong. Kalau tak percaya, tanya Im. Naik lali dia menjawab soalan dari budak-budak motor yang selalu tanya Lia. Paling banyak bertanyakan tentang Lia, budak-budak motorlah. Yela, dah tak nampak muka cik kesayangan mereka." Sempat diselitkan sekali usikan.

Kamelia tertawa perlahan.

Selesai mencuci perut ikan, kesemua ikan yang hendak direbus diangkat dan dimasukkan ke dalam periuk besar yang sudah ditakung air separuh.

Periuk diletakkan ke atas dapur yang menyala apinya, tangannya yang basah dilap dengan kain apron yang tersangkut di badan.

"Mana adalah umi, budak-budak motor tu Lia anggap macam adik je dengan abang je." Mangkuk berisi bawang, lengkuas serta bahan lain diangkat. Hendak dibuang kulitnya.

"Hehe, kalau Lia nak tahu sebelum umi jumpa dengan arwah ayah Imran, umi ni macam Lia lah. Laku keras, mana-mana je Sam, situ je Sam. Dulu sebelum umi ni berubah, orang kenal umi dengan nama panggilan Sam. Masa tu umi tak suka betul orang panggil umi Samsiah, rasa macam tua sangat. Nampak tak jiwa darah muda tu? Sampailah satu saat tu, arwah ayah Imran je yang berani memanggil umi dengan nama penuh umi.

First-first masa tu memang teruk arwah ayah Imran kena maki dengan umi, dengan kawan-kawan umi sekali terutama kawan baik umi. Nama dia Anita, dulu umi panggil dia Nita. Eh sampai sekarang panggil je Nita. Hehe, lepastu entah macam mana, hati umi terpaut sayang pada arwah ayah Imran. Mungkin.. Kerana sikap dia yang lemah-lembut kot," air mata sebaknya diseka.

Mengingat kembali kenangan membuatkan hati tuanya rindu.

Kamelia mengosok lengan pejal Hajah Samsiah.

Dia tahu Hajah Samsiah sedang merindui arwah suaminya.

"Hehe, romantik juga kisah cinta umi dengan arwah pak cik. Jeles pula Lia," topik segera dialihkan. Hajah Samsiah tersipu malu, sisa air mata dihapuskan.

"Takdelah romantik sangat cuma bila teringat balik kisah cinta kami tu rasa macam rindu pula. Rindu pula nak bergaduh mulut dengan arwah ayah Imran, arwah ayah Imran yang didik umi jadi baik. Ajar umi solat balik, ajar umi ke arah kebaikan, tapi satu je umi tak tukar." Kamelia berhenti mengopek kulit bawang besar, matanya terarah pada Hajah Samsiah.

"Panggilan Sam, hehe."

"Lia fikir apa tadi," seloroh Kamelia, risau dia dibuatnya.

"Lia macam mana dengan suami? Umi tengok muka Lia macam ada masalah je, Lia jujur dengan umi. Walaupun Lia bukan anak umi tapi jiwa ibu umi mengatakan Lia ada masalah. Macam mana kehidupan bermadu Lia? Ada masalah?" Kini topik perbualan bertukar pada Kamelia.

Kamelia terdiam.

Dia tahu dosa membuka aib suami dan madunya, jadi, dia membuat keputusan untuk mendiamkan sahaja.

"Baik sangat, diorang layan Lia macam ahli keluarga sendiri je. Adam, Adam pun happy kan?" Adam yang terkebil-kebil dipandang. Meskipun dia tahu kebenarannya, dia dan Adam hanya sekadar pembantu rumah dia rumah agam itu. Tidak, salah. Hanya pelacur dan pembantu rumah agam itu.

Hajah Samsiah merenung wajah polos Kamelia lama untuk membuktikan kebenaran di sebalik kata-katanya namun tiada! Raut wajah Kamelia jelas menunjukkan dia memendam masalah namun sebagai seorang ibu, dia faham. Ada rahsia yang harus berkongsi, ada rahsia yang tidak boleh dikongsi.

Bahu Kamelia digosok.

"Umi faham kalau Lia tak nak share. Umi ke depan dulu ya nak tengok Imran, entah buat kerja dengan betul ke tidak budak bertuah tu... Entah-entah main ML dia tu." Dibawa Adam bersamanya pergi. Dia tidak mahu memaksa Kamelia bercerita.

Kamelia menghantar kepergian Hajah Samsiah dengan sorotan mata.

BAHU yang terasa letih direnggangkan, tidak dinafikan tidak cukup tangan dia melayan pelanggan memandangkan sudah sebulan dia berhenti di warung Hajah Samsiah.

Satu suara menahannya dari masuk ke bilik tidurnya.

"Siapa hantar kau balik?" Soalnya tenang. Kamelia mengeluh berat, dia sedang malas hendak bergaduh dengan Noah sekiranya lelaki itu sedang ingin mencari salahnya.

"Aku naik teksi, kenapa?" Soalnya malas.

"Takdelah, aku ingatkan kau gayat jantan mana kan? Yelah, barangan murah kan?" Sinis sahaja nadanya kedengaran, Noah sempat berpeluk tubuh memandang selamba ke arah Kamelia.

Kamelia diam tak membalas. Kalau dia balas nanti, lagi banyak tuduhan tidak berasas keluar dari mulut firaun Noah.

"Erm kau ada nak apa-apa ke? Aku nak masuk dah bilik ni, Adam tak rehat dengan menyusu lagi." Soalnya lagi, Noah mengetap bibir geram melihat Kamelia yang seakan-akan tidak sakit hati dengan hinaannya.

Tidak hatikah wanita itu? Bisiknya geram.

"Kalau takde apa-apa.."

"Ada, pergi sediakan nasi goreng ayam. Tambah juga telur mata dengan air, aku nak kopi suam atau teh suam." Hampir ternganga Kamelia mendengar arahan suaminya.

Sudahlah badannya penat sekarang ini.

Menyesal tanya! Omelnya geram.

"Apa tenung-tenung macam nak makan aku? Kalau nak makan aku, aku terima je." Bibirnya dijilat nakal, laju Kamelia menggeleng.

"Hisy, itu je kan? Lepas aku susukan Adam dengan tidurkan dia, aku siapkan makan malam kau." Noah hanya mengangguk sebelum melabuhkan semula punggungnya di sofa. Siaran bola ditonton dengan penuh minat meskipun siaran ulang.

MAKANAN yang seperti diminta diletakkan di hadapan Noah, kecur air liur dia dibuatnya saat melihat ayam goreng yang sempurna buatan Kamelia. Jujur dia katakan dia benar-benar jatuh cinta dengan setiap masakan yang dibuat oleh Kamelia meskipun hanya bubur kosong.

"Err makanlah, aku nak masuk bilik dulu." Baru sahaja Kamelia hendak melangkah pergi, tangannya ditahan.

Kamelia menahan sabar.

Apa lagi dia ni nak? Dia sudahlah terbayangkan keempukan bantal-bantal di biliknya.

"Teman aku makan," arahnya selamba.

"Ish Noah, boleh tak kalau err aku masuk tidur. Aku penatlah, esok nak bangun awal pagi lagi. Kau makan je sorang-sorang eh," pandangan tajam diberikan.

"Kalau kau rasa sayang dengan kerja kau better kau duduk sekarang teman aku makan. Ke kau nak aku pergi ke warung umi kesayangan kau tu dan maki dia sebab buat kau penat sangat sampai tak nak layan suami dia sendiri? Ingat.. Aku ni suami kau, perempuan sundal." Kamelia menarik nafas dalam. Suruh teman tapi masih menghina dirinya? Dia tidak faham dengan sikap Noah.

Kerana sayangkan kerja dan tanggungjawabnya kepada Noah, dilabuhkan semula punggungnya walaupun berkali-kali dia hampir terlelap kerana menahan kantuk.

Noah menahan senyuman sinis.

Padan muka kau, nak sangat kerja. Ha rasakan beban kerja dengan melayan aku! Bisik hatinya jahat.

***

Happy 60k.

Tangkayu !

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now