23

14.3K 599 20
                                    

KERETA sport milik Noah berhenti secara mendadak di tengah-tengah hutan membuatkan dahi Kamelia hampir mengenai dashboard kereta. Jantung Kamelia berdegup kencang, keadaan anaknya diperiksa. Hembusan nafas lega kedengaran, sebaik anaknya baik-baik sahaja.

Noah di sebelah dipandang.

"Kau gila ke Noah? Kau tahu tak Adam boleh terluka kalau kau berhenti mendadak macam itu! Kau tak sayang anak ke?" Soal Kamelia geram, wajah bengis Noah ditatap berani.

"Memang aku gila, kalau boleh, budak tu aku nak bunuh terus! Dan satu lagi, dia bukan anak aku! Dia anak haram kau!" Tengking Noah, mata serta wajahnya sudah merah padam.

Kamelia tersentak.

"Sekarang kau keluar dari sini, aku tak nak tengok muka kau!" Halau Noah secara tiba-tiba, Kamelia menggeleng. Kawasan sekeliling dipandang, hanya hutan yang gelap-gelita, lampu pun malap.

Dia takut.

Noah pasti bergurau dengannya.

Lengan Noah digapai.

"Please jangan tinggalkan aku dekat sini, aku.. Aku takut, gelap.. Adam macam mana? Kalau.." Noah merentap kasar tangannya.

"Baguslah ada perompak ke pembunuh dekat sini, biar dia bunuh terus korang berdua, tak perlu menyusahkan lagi hidup aku dengan isteri aku! Dah blah sekarang aku cakap, kalau tak aku sendiri paksa kau keluar." Tegas Noah.

Rayuan Kamelia langsung tidak dihiraukan.

"Noah, takkan semata-mata kau bawa kitorang untuk tinggalkan aku dengan Adam dekat sini? Noah sini bahayalah, macam mana dengan Adam? Kau tak kesian ke dengan darah daging kau sendiri. Sampai hati kau buat aku dengan Adam macam ni! Kalau kau nak aku berambus dari life kau, baiklah! Aku berambus, tapi tolong bawa aku dengan Adam dari sini. Aku janji balik nanti aku kemas beg aku semua." Rayu Kamelia bersungguh-sungguh.

Air matanya laju menitik.

"Pergi mampos dengan rayuan kau! Ya, memang aku nak bawa kau pergi sini supaya kau sedar yang aku betul-betul maksudkan kata aku benci dekat kau dengan anak haram ni. Biar kau serik! Sekarang keluar!" Tubuh Kamelia ditolak kasar.

Kamelia laju menggeleng.

"Please.."

"Kau ni memang sial kan? Tak faham bahasa! Perempuan jenis sundal macam kau ni memang kena berkasar, kau nak aku berkasar kan? Okey.." pintu kereta sportnya dibuka kasar lalu kakinya melangkah ke arah daun pintu Kamelia.

Kamelia menggeleng laju.

"Please.."

Malangnya tiada langsung belas kasihan buat Kamelia dan anak mereka, ditarik tubuh kecil Kamelia lalu ditolak ke jalan raya.

"Kalau sundal memang sentiasa sundal! Padan muka kau jalang sekarang kita tengok macam mana hidup kau lepas kena tinggal dekat sini, huh! Merempatlah kau sorang-sorang." Sejurus itu, Noah segera menaiki kereta sportnya dan meninggalkan Kamelia seorang diri di kawasan gelap tersebut.

Kamelia memandang kawasan sekeliling.

Jantungnya mengepam darah laju.

Dia sedikit takut dengan gelap, di tambah lagi dengan otaknya yang berimaginasi bahawa ada orang-orang jahat yang akan menyakiti dirinya atau anak lelakinya.

Keadaan Adam diperiksa, dia menghela nafas lega saat anaknya kelihatan baik-baik sahaja. Apa salah kita sampai papa benci kita sangat, sayang? Bisik Kamelia perlahan sambil tangannya menyeka air mata yang mengalir perlahan.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now