76

19.7K 651 19
                                    

SETAHUN BERLALU,

Kamelia membantu mengangkat pinggan kosong lalu diletakkan ke atas meja makan bagi menyambut tetamu istimewa mereka sebentar lagi kalau bukan Ian, datin Anita, Hajah Samsiah dan juga Imran.

"Afiq.." seru Kamelia lantang.

Tidak sampai beberapa saat muncul Afiq dari daun pintu dapur.

"Apa kak?" Soalnya sambil tangannya sibuk membelek lastik burung yang diberikan abah padanya semalam. Baru sahaja niatnya ingin melastik ayam jiran sebelah tetapi suara kakaknya mematikan niatnya.

"Adam mana?" Soal Kamelia sambil tangannya laju menyusun lauk di atas meja, tinggal berapa minit sahaja lagi sebelum tetamunya muncul.

Kepala digaru perlahan.

"Err dekat abang Daus kot." jawabnya ragu-ragu. Kamelia membesarkan mata.

"Eh Adam tu kecik lagi, Fiq! Pergi cari sekarang kalau tidak, akak rampas lastik tu dari Afiq." Ugut Kamelia tegas, Afiq mencebikkan bibir.

Baru sahaja hendak melangkah mencari abangnya, Daus. Satu suara kedengaran.

"Adam dekat umi ni, Lia.. Hurm Afiq, pergi minta abah kamu belikan ais batu. Rasanya ais batu dalam peti ais tu tak cukup nanti buat nak bancuh air." Arah Nora, Kamelia menghela nafas lega saat matanya terjatuh pada Adam yang sedang berada di dalam dukungan uminya.

"Baik umi,"

"Sebaik umi jagakan Adam, nak harapkan Afiq.. Haih semua diharapkan abangnya." Bebel Kamelia perlahan.

Nora tertawa perlahan.

"Semua lauk dah siap ke?" Kamelia mengangguk laju.

"Sudah umi, erm.. Umi, tadi dorang ada whatsapp Lia, katanya sekejap lagi sampai.  Boleh tak kalau umi jagakan Adam sekejap sikit lagi.. Lia nak siap, badan dah rasa melekit," pintanya sambil kedua matanya dikedipkan.

Nora mengangguk sambil tersenyum pendek.

"Pergilah,"

KETIBAAN tetamu yang ditunggu disambut dengan baik, Adam menjadi insan paling popular saat itu. Hampir semua orang mahu mendukungnya.

Lagi suka si cilik tersebut, hendak-hendak lagi Adam sudah pandai berjalan meskipun langkahnya masih tidak terkawal.

Semua terhibur dengan telatahnya.

Giginya yang baru sahaja timbul beberapa menambahkan lagi kecomelannya.

"Ei geramnya papa dengan anak papa ni," hidung Adam dicuit manja oleh Tengku Ian.

Adam hanya tersengih suka.

"Rindunya mama dengan umi pada Lia tau," ujar datin Anita sejurus melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.

"Lia juga rindu pada semua, Lia minta maaf jarang datang melawat umi dengan mama selama setahun ni, Lia sibuk sangat mengajar anak-anak di kampung ni," balasnya serba-salah.

Hajah Samsiah menggeleng.

"Eh takpelah, kami berdua faham kerja Lia." Jawapan dari Hajah Samsiah sedikit sebanyak melegakan hatinya.

Muncul Nora dari arah dapur.

"Eh Kak Sam dengan Kak Nita, jomlah kita makan. Im dengan Ian jom sekali, lauk sudah terhidang tu.." seru Nora, kesemua mereka mengangguk.

Manakala Imran dan Ian berebut mahu mendukung Adam, rindu katanya.

HAJAH Samsiah merapati Kamelia yang sedang fokus melihat Adam bermain bersama-sama Imran dan juga Tengku Ian.

"Hurm apa khabar Lia?" Kamelia mengerut dahi aneh.

"Lia baik je umi, kenapa? Muka Lia tak nampak macam okay ke?" Hajah Samsiah menggeleng lalu mencapai tangan Kamelia lalu diggengam.

"Maksud umi, hati Lia.. Apa khabar?" Kamelia terdiam sebelum tertawa perlahan.

"Kenapa dengan hati Lia? Hati Lia okey je umi.. Nak kata sakit, alhamdulilah Lia sihat." Hajah Samsiah mencubit perlahan lengan Kamelia. Geram dengan sikap wanita itu yang berdolak-dalih.

"Suka aje bergurau, umi serius.. Umi tahu Lia masih bersedih dengan kejadian setahun lalu kan? Bila Lia nak minta cerai dengan Noah? Sampai bila Lia nak tergantung seperti ini? Lia tak kasihankan Adam yang mahukan kasih sayang seorang ayah? Umi nampak Ian mampu bagi tu pada Adam.." kata-kata Hajah Samsiah membuatkan Kamelia menggeleng.

"Lia taknak gunakan Ian sebagai tempat Adam bahagia, umi. Lia taknak Ian terluka lebih dari sepatutnya. Lia taknak bagi Ian harapan, umi tahu Lia masih sayangkan Noah.. Meskipun Noah sedang bahagia dengan keluarga kecilnya. Tentang cerai tu.. Lia masih fikirkan." Balasan Kamelia membuatkan Hajah Samsiah menghela nafas berat.

"Umi tahu tapi Lia kena fikirkan kebahagiaan Lia.. Perkara tu dah berlaku setahun yang lalu, Lia kena teruskan hidup." Kamelia memandang anak mata Hajah Samsiah lama.

"Lia tahu umi mahukan Lia bahagia, Lia bahagia sekarang umi.. Lia bahagia," balasnya dengan senyuman paksa.

"Bahagia ke kalau setiap malam menangis mengenangkan si dia, bahagia ke kalau Lia masih mengharap si dia? Bahagia ke Lia?" Kamelia terdiam. Lidahnya kelu hendak membalas.

"Umi minta maaf sebab macam paksa Lia tapi umi buat ni demi kebahagiaan Lia. Lia tahu, umi, ibu Lia dan mama semuanya sentiasa mendoakan kebahagiaan Lia.. Kalau Lia tak boleh buat keputusan, fikirkan Adam." Pujuk Hajah Samsiah.

Kamelia tidak membalas sebaliknya hanya mengangguk lambat.

SEJURUS kesemua mereka pulang, Kamelia mengambil tempat di salah satu sofa yang terdapat di ruang tamu.

Adam merengek hendak berjalan sendiri didudukan di hadapan permainannya, tidak sampai lima saat, si cilik tersebut fokus bermain dengan permainannya.

Nora serta Ismail mengambil tempat di sebelah anaknya.

"Hurm semua dah pergi ke?" Hanya anggukan diberikan.

"Umi, abah.. Lia nak minta pendapat umi dengan abah." Ujarnya setelah lama mendiamkan diri.

Ismail berdehem kecil.

"Apanya itu Lia?" Soal Nora, risau dibuatnya memandangkan nadanya kedengaran serius.

"Tentang Noah.."

"Abah pun memang nak bincang isu itu dengan kamu, dah lama sangat abah diamkan. Sudah tibanya kita sekeluarga bincangkan sekarang," cantas Ismail, kopiah putih di atas kepalanya ditanggalkan lalu diletakkan ke atas peha.

"Errr,"

"Abah nak Noah lepaskan kamu, abah dah tak sanggup tengok anak abah terseksa sebegini. Hidup tergantung tanpa tali, dia kena ingat.. Kamu masih isteri dia, sampai bila dia nak biarkan kamu macam ini? Abah nak anak abah bahagia, bukan terseksa seperti ini. Pandai dia ambil kamu, pandai juga dia pulangkan kamu pada abah cara baik," tegas nada Ismail kedengaran.

Wajahnya juga serius.

"Umi setuju apa abah kamu katakan tu Lia,  umi tak sanggup tengok kamu macam ni.. Cukup tempoh setahun kami berikan untuk Noah ambil kamu semula tapi nampaknya tiada tanda-tanda hubungan kamu berdua akan baik semula. Cara yang terbaik adalah putuskan hubungan ni," tambah Nora pula.

Kamelia termati kata.

Hatinya tidak rela mendengar perkataan melepaskan.

"Lia.."

"Kamu tengok Adam.. Sampai bila dia nak hidup tak berapa seperti itu? Kamu fikir anak kamu juga, abah kasihan tengok nasib kamu dengan Adam. Kamu juga berhak bahagia," suara Ismail perlahan berubah lembut.

"Kamu fikirkanlah baik-baik, abah cuma mampu menasihati." Sejurus itu, Ismail melangkah ke arah cucu sulungnya yang sedang sibuk bermain dengan permainan.

***

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now