77

20.4K 664 35
                                    

AMANDA membiarkan sahaja bayi perempuan yang sedang menangis kuat di atas katilnya, telinganya digosok kasar.

"Ish memekak betul budak sial ni," bebelnya geram, tidak muncul langsung rasa simpati terhadap anak yang dilahirkan empat bulan lalu.

Hanya perasaan benci sahaja yang wujud di hatinya buat si cilik tersebut.

"Bapak kau dekat bawah tu, kau tunggu dia untuk uruskan kau. Jangan memekak dekat aku," subang berbentuk bulatan dipasangkan ke telinga.

Sekali-sekala matanya menjeling ke arah budak yang tidak berhenti menangis.

Hatinya semakin dipalu rasa geram.

"Kau diam boleh ta.."

"Apa salahnya Amanda tolong jaga Cahaya juga, dia anak Amanda juga kan?" Noah menegur sambil merapati Cahaya lalu dibawa ke dalam dukungan.

Ditepuk-tepuk perlahan punggung si kecil tersebut bagi meredakan tangisannya.

"Hell no! Kau yang nak dia sangat kan? Aku dah cakap, aku nak buang dia tapi kau terhegeh-hegeh nak jaga. Sekarang kau jagalah. Eh ingat sikit Noah, aku tak pernah nakkan budak ni, kau yang nak. So, kau jaga dia." Balasnya kasar.

Dijeling benci anak perempuan yang berada di dukungan Noah.

"Apa salahnya Amanda cuba belajar sayangkan Cahaya? Sejak dia lahir, Amanda layan dia macam dia bukan anak kita. Dia darah daging kita tau, Amanda lahirkan dia sendiri. Apa yang merasuk Amanda sampai sanggup benci anak sendiri?" Suara Noah sedikit meninggi.

Wajah selamba Amanda dipandang dalam.

"Dia bukan anak aku, dia anak kau!" Beg tangan jenama Gucci dirampas kasar sebelum melangkah meninggalkan Noah.

Dia sudah berjanji hendak bertemu dengan Darwisy.

Noah mengejar langkah Amanda.

"Amanda nak ke mana? Abang dah cakapkan yang hari ini abang minta tolong jagakan Cahaya. Abang ada meeting dekat Perak. Meeting ni penting.. Abang tak boleh bawa Cahaya sebab tiada siapa boleh jagakan." Amanda menghentikan langkahnya.

"No! Aku taknak jaga budak ni, aku ada urusan penting hari ni. Kau yang sayangkan dia sangat, jaga dia! Kalau tak, tinggalkan je dia dekat rumah ni biar mati membusuk!" Sejurus itu kakinya melangkah ke arah keluar dari rumah meninggalkan Noah.

Noah terkedu, wajah manis Cahaya yang tidak mengerti apa-apa dipandang kasihan.

Tega-teganya Amanda mengatakan sebegitu pada anak mereka sendiri?

Lahir-lahir sahaja dibenci oleh ibu kandungnya sendiri. Apa nasib anak papa ni? Soal Noah sendiri di dalam hati.

"Hari ini kita jalan-jalan ke Perak ya sayang.. Kesian anak papa ni, mesti bosan duduk rumah ya," kakinya dibawa ke dapur. Hendak dibancuhkan susu buat Cahaya.

"Tuan, biar saya buatkan susunya." Muncul Siti lalu botol susu bertukar tangan.

Sejak setahun lalu, rumah ini tidak pernah aman. Sering kali majikannya bertengkar hebat dan sehinggalah lahirnya Cahaya pun mereka masih bergaduh.

Kadang Siti kasihan dengan nasib Cahaya yang tidak mendapatkan apa yang seharusnya dia dapatkan pada usia muda sebegini.

"Siti, tolong kemaskan baju Cahaya dalam satu beg bersama susu dan botolnya sekali. Hari ini saya nak gerak ke Perak sebab ada meeting gempar, mungkin saya balik esok." Ujar Noah sejurus botol yang berisi susu formula bertukar tangan.

Siti mengangguk akur.

AMANDA memeluk erat leher Tengku Darwisy. Bibirnya dimuncungkan panjang, bosan tatkala si kekasih hati sibuk dengan kerja.

"Sayang.. You fokus kerja betul sampai lupakan sayang dekat sini hm," ujarnya dengan nada rajuk.

Tengku Darwisy mengeluh.

"I minta maaf, I sekejap lagi kena gerak ke Perak untuk uruskan satu projek baru. Jadi, nak taknak I kena gerak satu malam ke Perak," balasan Tengku Darwisy membuatkan Amanda membeliak matanya besar.

"Huh so you nak tinggalkan I ke ni?" Tengku Darwisy menarik tangan Amanda lalu disuruh wanita itu melabuhkan punggungnya di atas pehanya.

"Kalau you nak ikut I boleh je, alang-alang kita boleh check in terus dekat sana. Nak?" Bisik Tengku Darwisy nakal.

Amanda laju mengangguk.

Dada Tengku Darwisy ditolak manja.

"You ni.."

Tengku Darwisy membuat wajah merajuk.

"Kenapa? You tak rindu I ke? Hm kalau tak rindu, takpelah.." nadanya dibuat-buat seakan berjauh hati.

Laju Amanda mengucup sekilas bibir merah Tengku Darwisy sebelum memeluk erat tubuh sasa tersebut.

"Mestilah I rindu you sayang.." balasnya manja-manja. Tengku Darwisy tersenyum penuh makna sebelum mengelus wajah Amanda lembut.

"You duduk tepi tu sekejap, I nak siapkan sikit je lagi kerja." Amanda mengangguk akur. Dibiarkan sahaja si kekasih hati menyiapkan kerjanya, telefon pintar dikeluarkan bagi memhilangkan bosan.

NOAH segera mengeluarkan telefon pintarnya sejurus telefonnya menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Cahaya yang sedang tertidur pulas diambil secara perlahan-lahan sambil menahan telefon tersebut di telinga.

Sukar tetapi dia terpaksa berkorban demi si kecil.

"Hello, huh sekejap ya.. Saya dekat luar hotel ni, saya tengah ambil failnya.." beg berisi keperluan Cahaya digapai.

"Ya sekejap ya, saya minta maaf sangat.." namun saat tangannya hendak mengapai fail yang hendak digunakan semasa meeting tersebut, matanya terarah pada seorang wanita yang sedang memeluk lengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dia kenal wanita itu.

Itu isterinya.

Tidak mungkin Amanda.

Rengekan Cahaya menyedarkan Noah.

"Ouh ya hello, saya dengar saya dengar. Saya akan sampai sekejap lagi. Tolong extend 10 minit meeting tu. Ada perkara saya nak uruskan," sejurus itu panggilan dimatikan.

Jantungnya berdetak hebat.

Tidak mungkin wanita yang dia nampak tadi isterinya?

Tidak mungkin Amanda curang di belakang?

Siapa lelaki tersebut?

***

Okey hm.....

MRS NOAH QAISER©Место, где живут истории. Откройте их для себя