15

19.2K 830 115
                                    

SELEPAS dua hari, aku dibenarkan pulang ke rumah. Sebenarnya selama dua hari aku berada di hospital, aku sudah bertekad akan pergi dari rumah tuan Ian. Tidak sanggup lagi aku ingin menyusahkan tuan Ian serta mamanya dan dalam masa yang sama juga, aku ingin mencari Noah dan Amanda semula. Bukan kerana aku ingin menghancurkan rumah tangga mereka tetapi kerana Adam, anakku berhak mengenali papanya juga.

"Datin, saya nak cakap sedikit boleh?" ujarku, datin yang sedang teruja bermain dengan Adam mengalihkan pandangannya ke arah aku, wajah tuanya jelasnya menunjukkan dia sedang gembira.

"Kenapa Lia? Awak nak beli baju Adam ke? Ke baju Adam kurang? Takpe.. Nanti saya suruh Ian pergi beli baju Adam lagi." aku laju menggeleng. Sudah berlambak baju Adam pemberian datin dan tuan Ian, membazir kalau dibeli lagi.

Datin mengerut dahi.

"Habis kalau bukan baju kenapa? Mainan Adam ke? Adam tak suka mainan yang saya atau Ian beli ke?" tekanya lagi, sekali lagi gelengan aku berikan.

"Bukan datin, macam ini. Saya ingat esok saya nak keluar dah dari rumah ni, saya tak nak susahkan datin atau tuan Ian lagi. Cukuplah tiga bulan saya duduk sini dan susahkan tuan Ian serta datin, saya rasa saya akan cuba bina kehidupan saya dengan Adam sendiri. Dan saya juga ingat saya nak cari semula bapa kepada Adam, saya harap datin faham maksud saya." wajah datin mulai berubah mendung.

"Tapi saya tak sanggup nak lepaskan awak pergi, Lia. Awak dah macam anak perempuan saya, Adam saya dah anggap macam cucu saya sendiri. Awak tak pernah susahkan saya, malah saya gembira buatnya demi awak dan Adam. Boleh tak kalau awak tak pergi Lia?" tangan aku digenggamnya, mata tuanya sudah berkaca-kaca.

Aku terdiam.

Rasa bersalah mulai mencengkam jiwa.

"Saya minta maaf datin, saya.." dia terus menyeka air matanya dan menggeleng laju. Bibirnya laju menguntum senyuman kecil.

"Saya faham, saya bukan ibu kandung awak. Saya izinkan awak pergi tapi lepas awak habis berpantang. Okay? Saya tak sampai hati nak tengok awak dengan keadaan masih sakit, keluar tanpa hala tuju dekat luar sana dengan Adam. Awak duduk dekat sini sampai habis pantang, ye?" rambut aku dielus, aku mengangguk akur.

Air mata aku merembes keluar.

"Terima kasih datin untuk segalanya.."

"Eh it's okay, kan saya dah cakap, saya dah anggap awak dengan Adam macam keluarga saya sendiri. Dah-dah jangan buka topik sensitif ni, kita bincang tentang hal lainlah. Tak suka bab sedih-sedih macam ini." air matanya aku seka, dia tergelak kecil.

"Saya sayangkan awak, Lia." tubuh aku tiba-tiba ditarik ke dalam pelukannya, aku turut sama-sama teresak. Sejujurnya, aku sudah menganggap datin seperti ibuku juga. Sikapnya yang penyayang saling tak tumpah seperti sikap umi. Aku rindu umi.

"Saya sayangkan datin juga."

Ian terdiam, jantungnya bagai direntap dari tubuhnya saat mendengar perbualan mamanya bersama Kamelia. Kamelia ingin pergi bersama Adam dari hidupnya? Niatnya pada awal ingin berjumpa dengan Adam memandangkan rasa rindunya membuak-buak terhadap si cilik walaupun baru sebentar berjumpa tetapi niatnya terbatal saat mendengar perbualan mamanya bersama Kamelia.

Dada yang terasa sesak dipegang.

Kenapa rasa sakit sangat?

Jiwa lelakinya menjerit-jerit tidak rela melepaskan Kamelia pergi darinya.

"MAMA, betul ke apa yang Ian dengar tadi?" Ian mengambil tempat di sebelah datin Anita, tersentak wanita itu dibuatnya. Dadanya digosok perlahan, kenapalah anaknya ini suka sangat sergah macam itu sahaja?

"Apa yang Ian dengar?" soalnya pula, matanya sibuk difokuskan kepada telefon pintarnya. Ian mengeluh kecil lalu cawan mamanya yang berisi nescafe disisip sedikit.

"Ian dengar Lia dengan Adam nak pergi dari rumah ni lepas je dia habis berpantang. Ma, kenapa mama lepaskan Lia dengan Adam pergi? Mama tahukan Lia tu tiada siapa dekat luar sana yang boleh dia bergantung harap. Adam, macam dengan Adam nanti? Hujan, petir, panas semua tu. Ma, suruh Lia jangan pergi. Please? Ian tak sanggup nak tengok Lia dengan Adam hidup susah kat luar sana." pinta Ian bersungguh-sungguh.

Datin Anita mengeluh perlahan.

"Kita tiada hak nak halang dia keluar cari kehidupan dia sendiri, Ian! Kalau difikirkan, mama pun tak nak Lia dengan Adam pergi. Ian fikir mama tak fikir susah senang Lia dekat luar sana nanti? Mama fikir tapi bila mana mama sedar mama tiada hak nak halang, mama buat keputusan untuk akur dengan permintaan Lia. Ian, Lia pun ada hak untuk tentukan kehidupan dia dengan Adam. Ingat kita dengan dia, bukan ada pertalian apa-apa." tegas datin Anita namun nadanya masih lembut.

Ian terdiam.

Wajahnya diraup.

"Apa kata kalau Ian kahwin dengan Lia, mama? Jadi automatik, Ian ada hak untuk halang dia pergi dan Adam akan jadi anak tiri Ian." ujar Ian secara tiba-tiba. Datin Anita terdiam, ada benarnya juga kata-kata anak lelakinya. Dia mengangguk setuju. Dia juga sudah lama teringin melihat kalau anak lelakinya berkahwin dengan Kamelia.

"Mama setuju, tapi setuju ke Lia?" suara tuanya sedikit berubah sayu.

"Itu Ian tak tahu, tapi Ian akan cuba. Mama doakan Lia terima Ian, ye? Ian tak mahu Lia dengan Adam keluar dari rumah ni, Ian.. Ian sayangkan dorang berdua, mama. Sangat-sangat." datin Anita tersenyum lebar mendengar. Dia sangkakan Ian cuma menganggap Kamelia seperti adiknya, rupanya anak lelakinya menyimpan perasaan dalam diam.

"Mama nampak keikhlasan dalam mata Ian, Ian jangan risau. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Ian." bahu tegap anaknya digosok perlahan.

Ian tersenyum kecil, dia bersyukur mamanya menerima pilihan hatinya.

***

Siapa ship Noah-Kamelia?

Siapa ship Ian-Kamelia?

Saja nak tahu wkwk.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now