8

16.7K 746 8
                                    

KETUKAN bertalu-talu di pintu menyentakkan aku, rambut panjang yang mengurai menutupi wajahku, aku selak ke belakang. Dari semalam lagi, sakit kepala aku semakin mencengkam. Dengan kudrat yang ada aku cuba bangun dari pembaringan.

"Lia.. Lia tak pergi kerja ke hari ini?" suara umi kedengaran, aku mengeluh kecil. Kenapa aku boleh lupa nak maklumkan pada umi yang aku cuti hari ini?

"Lia cuti hari ni umi.." balasku dengan suara serak basah, sebenarnya tekak aku terasa sangat pahit saat ini tapi aku gagahkan juga untuk bersuara nanti umi risau pula. Sudahlah wanita itu pantang kalau aku tidak menyahut, nanti ada juga dia suruh Daus carikan kunci pendua.

"Oh, umi ingatkan Lia terlewat bangun.." umi membuka daun pintu bilik, aku mengukir senyuman lemah. Umi segera mendapatkan aku lalu suhu badan aku diperiksa olehnya. Jelas wajahnya kelihatan gusar.

"Eh Lia demam ni, kenapa tak cakap Lia demam?" soal umi, aku menggeleng.

"Lia tak apa-apa, Lia cuma tak sihat sikit je. Dari semalam lagi kepala ni sakit, mungkin Lia kurang rehat kot. Umi jangan risau, petang nanti dia okaylah tu." tangan umi aku pegang dan aku gosok lembut. Dia seakan ragu-ragu hendak mempercayai aku, aku tergelak kecil.

"Iya Lia okay aje! Okay, apa kata kalau macam ni, kalau Lia betul-betul tak larat petang nanti, Lia panggil umi. Kita pergi klinik sama-sama. Setuju?" dia mengangguk akur. Pipi aku dipegangnya lembut lalu mengelusnya kasihnya.

"Okay, umi pegang kata-kata Lia. Kalau petang nanti, Lia teruk sangat. Umi tarik Lia juga pergi klinik, umi tak kisah!" tegas wanita itu, aku tersenyum pendek sambil menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Ni, umi pergi ambil panadol sekejap.."

Kepergian umi aku hantar dengan sorotan mata, badan aku baringkan ke kepala katil lalu kelopak mata aku pejam. Tangan aku mengurut dahi perlahan. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku sakit kepala sejak beberapa hari ini ya?

Kenapa?

AKU berjalan dengan perlahan ke arah dapur, bau masakan umi yang enak membuatkan perut aku berkeroncong meminta diisi. Lagi pula, sekarang ini aku tengah teringin hendak makan lauk asam pedas ayam buatan umi. Fikirkan benda itu sahaja sudah mampu membuatkan air liurku mengalir.

Kelihatan umi tengah fokus berperang di dapur sehinggakan kehadiranku langsung dia tidak sedar.

"Umi.." panggil aku lembut.

Dia menoleh lalu senyuman kecil dihadiahkan olehnya.

"Lia, dah okay ke kepala Lia? Lia lapar ke?" soal umi prihatin, aku tersenyum dan mengangguk laju. Perut digosok tanda aku lapar, dari pagi tadi sampai sekarang aku tidak menjamah satu bentuk makanan pun, hanya air yang diteguk bagi mengurangkan rasa pahit di tekakku.

"Umi masak asam pedas ayam ke?" soalku teruja.

Melihat anggukan dari umi membuatkan aku tersenyum lebar, terus bahu umi aku peluk. Entah mengapa melihat umi sedang mengacau lauk asam pedas ayam tu sudah membuatkan aku berasa sangat bahagia dan teruja. Umi mengerut dahi pelik melihat aku, tidak-tidak pernah dia melihat aku teruja tentang masakannya, hendak lagi masakan itu pedas.

"Eh, tak pernah umi tengok Lia suka masak asam pedas ni? Selalunya merungut macam apa je. Ini teruja semacam.." tegur umi, aku terdiam. Aku sendiri pun pelik dengan selera aku sekarang ini. Melihat asam pedas umi benar-benar membuatkan aku terkecur air liur.

"Hehe Lia nak try hari ini, nampak macam sedap." umi tersenyum kecil mendengar, kelihatan kepalanya dijatuhkan beberapa kali.

Sedang aku teruja hendak menunggu lauk umi siap, kepala aku kembali sakit. Hampir rebah aku dibuatnya tapi cepat-cepat aku berpaut pada singki batu, aku menghembus nafas lega saat umi kelihatan tidak sedar dengan kejadian sebentar tadi.

"Nah Lia letakkan atas meja.."

Mangkuk berisi penuh lauk asam pedas ayam dihulurkan kepada aku, sakit kepala aku tadi terus dilupakan memandangkan aku teruja melihat lauk asam pedas yang sudah siap dimasak oleh umi. Umi hanya tersenyum melihat kerenah aku.

"Lia makanlah, umi nak pergi panggil yang lain kejap." aku mengangguk akur.

Belum sampai lagi di meja makan, aku hampir pitam tapi aku gagahkan juga diri tetapi pada akhirnya aku jatuh juga bersama mangkuk tadi. Entah mengapa aku rasa badan aku sangat tidak berdaya sekarang.

Pandangan aku mulai berubah malap, aku tidak mampu bergerak walaupun seinci. Dari malap akhirnya pandangan aku berubah menjadi gelap. Aku tak sedar apa yang terjadi selepas itu.

Baru sahaja nama anak-anaknya dan sang suami hendak dilaung, dia dikejutkan dengan bunyi kaca pecah dari dapur. Nora meluru berlari ke dapur dan hampir gugur jantungnya saat matanya memandang ke arah anak perempuannya yang sedang terbaring di atas lantai.

Bergegas Nora mendapatkan anak perempuannya.

Kepala anaknya diletakkan ke atas pehanya lalu pipi Kamelia ditepuk perlahan, malangnya langsung tidak ada tanda-tanda yang anaknya akan sedar.

"Abang!" jeritnya kuat.

Dadanya sudah berombak kencang. Air matanya sudah sampai ke tubir mata.

"Nora, kenapa jerit-jeri.. Allah Kamelia, kenapa ni?" Ismail segera mendapatkan isterinya yang sedang memangku anak mereka, melihat gelengan sang isteri membuatkan Ismail sedikit panik.

"Kita, kit.." lengannya terasa digoncang kuat.

"Aban.." suara Nora seakan tidak keluar dari kerongkongnya, Ismail memandang pelik dengan riak wajah sang isteri yang sudah pucat. Matanya dialihkan ke arah yang ditunjukkan oleh Nora, alangkah terkejutnya dia saat matanya memandang ke arah seluar putih anaknya yang sudah dilumuri dengan darah.

Jantungnya seakan gugur.

Otak seakan berhenti berfungsi saat ini.

Apa semua ni?

"Abang.." tangisan Nora semakin hebat, Ismail cuma terdiam. Sekarang ini dia sedang dalam fasa terkejut. Apa maksud semua ini?

***

The most hurtful thing in this world is you being lied by your loved one.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now