71

18.7K 643 17
                                    

NOAH menanti isteri pertamanya sedar dengan penuh sabar, tangan Amanda digenggam erat.

"Sayang.." serunya perlahan.

Bahu yang terasa disentuh dipandang, wajah mamanya muncul di kornea mata.

"Mama, bila sampai?" Soalnya, tangan kedua orang tuanya disalami.

"Baru je, mama minta maaf sebab lambat sampai. Mama silent telefon masa Qaiser telefon tadi. Amanda macam mana keadaan? Macam mana boleh sampai pengsan?" Noah mengaru keningnya perlahan.

"Mummy cakap Amanda pengsan masa dekat fashion show.. Cerita tentang ni, ada satu berita gembira buat mama dengan papa," raut wajahnya berubah teruja.

Datin Zahira mengerut dahi aneh.

"Apa bendanya itu?" Soal datin Zahira, kerusi bersebelahan dengan Noah diambil manakala dato' Azam mengambil tempat di sofa belakang mereka.

"Amanda mengandung anak Noah, sebulan dah," datin Zahira terkedu, perlahan air mata tuanya mengalir. Bibirnya seakan kelu untuk membalas.

Hanya pandangan diberikan kepada suaminya.

"Alhamdulillah," suara garau di belakang membalas.

"Mama kelu lidah nak balas Qaiser, akhirnya doa mama dijawab jugak. Tak lama lagi, riuh-rendah rumah kita dengan suara kanak-kanak. Ya Allah, rasa bahagia sangat mama dengan khabar ni. Tak lama lagi Adam dapat adik," ujar datin Zahira bahagia.

Tangan suaminya diraih.

Dato' Azam mengganguk mengiyakan.

"Alhamdulilah mama.. Qaiser pun sama teruja dengan berita ni. Akhirnya terdapat cita-cita Amanda dengan Qaiser selama ni," balas Noah gembira.

"Kamu jaga Amanda ni baik-baik, kandungannya masih baru, mama tak nak apa-apa yang bahaya jadi dekat dia." Noah mengangguk akur.

"Cerita tentang Amanda, buat mama lupa tentang Lia dengan Adam. Mana dorang? Mama tak nampak batang hidung dorang dari tadi," Qaiser tersentak.

Segera punggungnya diangkat lalu kakinya melangkah keluar, terkejut datin Zahira dibuatnya.

"Ma.. Nampak Lia dekat luar tak tadi?" Soal Noah laju.

"Takde, rasanya dari mama sampai tadi memang takde Lia.. Ha Qaiser jangan kata kamu lupa dengan Lia. Ya Allah budak ni, dah beristeri dua, anak pun tak lama lagi dah nak masuk dua pun masih boleh leka lagi. Apa nak jadi kamu ni?" Datin Zahira mulai membebel panjang.

Noah mengaru kepala tidak gatal.

Dia betul-betul lupa keberadaan Kamelia bersama anaknya tadi.

"Err..."

"Sudah, pergi cari dia.. Telefon ke apa ke? Biar mama jaga Amanda je malam ni," Noah mengangguk lambat, segera tangannya mencapai telefon pintar di dalam poket seluar sebelum nama isterinya dicari.

Sudah masuk ke sepuluh pagi dia mendail nombor wanita tersebut namun hasilnya masih tidak berangkat.

Hatinya semakin dipagut rasa risau.

Laju kakinya menekan pedal minyak agar cepat sampai ke rumah.

Saat tiba, kakinya laju melangkah ke daun pintu utama.

"Lia.." serunya lantang.

Namun panggilannya tidak berangkat.

"Kamelia.."

"Tuan," muncul Siti dari arah dapur, segera wanita itu didekati.

"Siti, tadi isteri saya.." kata-kata dicantas oleh satu suara yang dia kenal.

"Err dah balik ke? Tak jaga Amanda ke?" Pantas Noah membalikkan badannya menghadap si pemilik suara, nafas lega dihembus. Mati-mati dia fikirkan Kamelia tidak selamat sampai ke rumah lagi.

Segera wanita itu dihampiri.

"Lia... Kenapa kau tak angkat call aku? Aku risau betul kau dengan Adam," Kamelia mengaru kening.

"Err aku tinggal telefon dalam bilik kot, kenapa kau gelabah ni? Amanda dah okey ke?" Soalan ditukar, Noah hanya mengangguk perlahan.

"Amanda okey,"

"Alhamdulillah baguslah," baru sahaja dia hendak melangkah pergi, Noah mencapai tangannya laju.

Tersentak Kamelia dibuatnya.

"Aku minta maaf," jantung Kamelia berdegup kencang.

"Err untuk apa maaf tu? Kau ada buat salah ke?" Meskipun sejujurnya dia terasa kerana sejurus lelaki itu mendapatkan Amanda, Noah terus mengabaikan kewujudannya di luar wad membuatkan Kamelia terluka namun ditahan sahaja.

Dia sedar dirinya siapa.

Ditambah lagi hinaan dari mulut datin Sri Hasniza petang ni menambahkan rasa sakit hatinya.

Terngiang-ngiang kembali kata-kata wanita itu.

"Jangan ingat kau kahwin dengan Qaiser, kau akan bahagia. Kau lupa ke yang Amanda tu cinta pertama Qaiser and sekarang pulak dia tengah kandungan zuriat Qaiser, keturunan Qaiser.. Jadi, buat-buat sedar diri ya," Kamelia diam tidak membalas.

Sejak kebenaran tentang Adam terungkap, layanan mama Amanda yang sudah dianggap seperti mamanya sendiri juga sudah berubah.

Datin Sri Hasniza tidak seperti dulu.

"Kau ingat kau tu perempuan sundal murahan, perampas suami anak aku. Jangan ingat kau akan bahagia selamanya, tunggu Noah tinggalkan nanti. Prepare tisu-tisu cukup-cukup ya masa saat itu tiba,"

Bayangan datin Sri Hasniza yang melangkah sombong dipandang dengan sorotan mata, perlahan air mata yang mengalir dihapuskan menggunakan ibu jarinya.

Petikan jari di hadapan wajahnya mematikan bayangan panjang Kamelia.

"Kenapa kau tiba-tiba menangis ni? Aku sedar aku salah tapi jangan menangis mengejut macam ni," Kamelia menggeleng sambil tertawa hambar.

Pegangan tangan Noah dilepaskan.

Dia harus sedar kata-kata mama Amanda, bila waktunya tiba, dia harus melepaskan Noah juga bersama Amanda memandangkan Noah bahagia bersama wanita itu bukan dirinya yang hanya sekadar pelacur di kaki lelaki tersebut.

"Ha ha ha aku sendiri tak sedar aku menangis, err aku nak minta diri nak ke dapur jap," kakinya melangkah ke arah dapur.

Noah mengejar langkah Kamelia.

"Kamelia.." serunya.

Tangan isteri keduanya digapai sekali lagi.

"Kenapa kau balik sendiri? Kenapa tak tunggu aku? Dan kenapa tak masuk duduk sekali dekat dalam? Kalau tidak.. Aku mesti tak lupa kau dengan Adam," Kamelia menghapuskan sisa air mata di pipinya.

"Aku... Adam merengek nak tidur, aku tak sampai hati nak kacau kau dengan Amanda sebab Amanda kan nak rehat." Balasnya tenang.

Pegangan Noah sekali lagi dilepaskan.

Dia tidak mahu disentuh oleh Noah buat masa sekarang.

"Hurm kau serious tak ambil hati dengan aku Lia?" Langkah Kamelia diikuti dari belakang.

Diperhatikan setiap perbuatan wanita itu.

Kamelia menarik nafas dalam sebelum memandang wajah Noah lama.

"Ya, aku okay. Hurm kau bila nak gerak hospital balik?" Gelas kaca diambil lalu diambil sedikit air sejuk di dalam peti ais sebelum dituangkan ke dalam gelas tersebut.

"Aku tak balik hospital malam ni, aku tidur rumah malam ni," jawapan Noah hanya mendapatkan anggukan dari Kamelia.

Kenapa Kamelia dingin dengannya? Soal hati kecilnya.

"Err.."

"Aku naik atas dulu, penat nak tidur." katanya dipotong laju oleh Kamelia.

Ditinggalkan Noah seorang diri di dapur.

***

:)

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now