29

14.1K 585 14
                                    

HAJAH Samsiah mengintai Kamelia yang sedang sibuk menyediakan barangan untuk dimasak, dia berdehem kecil sebelum mendekati Kamelia. Kamelia terus mengelap tangannya yang basah dan berdiri tegak.

"Erm, warung saya ni dah lama sangat tak buka itupun yang perkakas semua susah nak cari. Maaflah kalau buat awak susah sikit." Ujar Hajah Samsiah sambil membantu mengeluarkan barangan basah yang daripada plastik.

Kamelia menggeleng kecil.

"Takpe puan, saya takde masalah pun." Sopan Kamelia membalas, Hajah Samsiah mengangguk faham.

"Semalam awak bagitahu saya, awak pandai masak macam-macam nasi kan? Boleh tak kalau harini awak cuba masak nasi ayam black pepper sebab saya ingat nak tambah menu baru. Kalau laku harini, boleh kita masukkan dalam menu harian.." Kamelia mengangguk faham.

"Boleh puan, tiada masalah."

"Erm, harini susah sikitlah sebab pekerja baru tak ramai lagi. Jadi, takpe ke kalau awak tolong saya dekat depan juga?" Tangannya dibasuh di pili air, takut melekat bau hanyir ikan yang dipegangnya tadi.

"Boleh puan,"

"Kalau begitu, kita buka warung lewat sikit harini. Memandangkan takde orang nak bantu awak dekat dapur harini, saya tolong awak." Pelawa Hajah Samsiah, kesian pula melihat wanita itu bekerja seorang diri.

"Eh takpe puan, saya boleh buat." Tolak Kamelia lembut.

"Walaupun awak baru first day dekat sini tapi saya tak sampai hati nak suruh awak buat kerja sorang-sorang, Lia. Nanti kalau dah ada pekerja baru, saya tak tolong awak dah.." seloroh Hajah Samsiah dengan nada gurau.

Kamelia tergelak perlahan.

"Hurm, okey jom mula masak. Saya pun dah lama tak asah bakat memasak ni," pisau diambil lalu diasah.

Kamelia mengangguk.

Bersyukur mempunyai bos yang ramah seperti Hajah Samsiah.

KUAH Black pepper dihirup, serta-merta senyuman terlakar di wajah Hajah Samsiah.

"Ya Allah, sedapnya.. Pandai betul Lia masak! Saya sendiri tak pakar sangat bab memasak ni," puji Hajah Samsiah sambil merasa lagi saki-baki yang terdapat di sudunya.

Kamelia tersenyum malu.

"Takdelah puan, biasa je." Nafinya malu.

"Biasa apa? Rasanya dia sedap sangat. Mana awak belajar memasak? Saya tak sangka gadis semuda awak boleh pandai masak macam ini! Anak dara saya sendiri masak telur goreng pun hangus." Sempat nama anak daranya dinaikkan.

"Saya belajar dari ibu, dari kecil sampai ke besar sampai saya pandai masak.." balasnya jujur. Hajah Samsiah terangguk-angguk kecil. Hatinya semakin sayang untuk melepaskan Kamelia pergi, masakan Kamelia benar-benar memikat hatinya.

"Kalau macam ini sedapnya, saya nak nasi ayam black pepper ni masuk dalam menu. Saya yakin laku keras nanti," tegas Hajah Samsiah, Kamelia mengangguk faham.

Nasi ayam black pepper yang berbaki di dalam pinggan dihabiskan sehingga licin.

HAJAH SAMSIAH mengira untung yang diterima hari ini, bibirnya mengukir senyuman lebar. Pertama kali dalam sejarah, masakannya yang dijualnya habis. Ini kerana berkat masakan Kamelia.

Tidak sia-sia dia mengambil gadis itu bekerja.

Imran memandang wajah ibunya sebelum melabuhkan punggung di sebelah.

"Hai, gembira nampak muka. Sebelum ni monyok je," tegur Imran sambil matanya berkalih ke arah wang yang berada di tangan ibunya.

"Ibu tengah happy ni Im sebab harini masakan kita laku teruk.. Tengok ni, income pun masuk. Semua sebab pekerja baru tu, tak sia-sia ibu ambil dia." Imran mengerut dahi pelik.

Pekerja baru?

"Ibu dah start buka warung balik ke?" Hajah Samsiah mengangguk.

"Iyalah, takkan nak harapkan pencen arwah abah kamu? Lagipula, ibu bosan duduk rumah. Ada anak-anak tapi macam takde. Lebih baik ibu habiskan masa terluang ibu dengan warung ibu. Untung pun untung.." Imran mengeluh perlahan, sedar dirinya diperli oleh Hajah Samsiah.

"Ibu dah mulalah tu," balasnya bosan.

Hajah Samsiah hanya diam tak membalas.

"Laku sangat ke? Sedap sangat ke masakan dia?" Soal Imran dengan nada tak percaya selepas lama mendiamkan diri. Mendengar kata-kata anak terunanya membuatkan Hajah Samsiah tersenyum lebar.

"Im tak percaya cakap ibu ke? Okey. Pergi makan lauk yang ibu sempat bungkus sikit, ada laksa dengan nasi ayam black pepper. Nanti lepas dah makan, bagi komen dekat ibu. Ibu ada tinggalkan sikit buat Aliya sekali, jangan lupa tinggalkan untuk adik kamu pula." Balas Hajah Samsiah tenang.

Dia menahan senyum.

Dia pasti anak-anak akan turut jatuh cinta dengan air tangan Kamelia, pekerja barunya.

Imran mengangguk malas.

"Okey, nanti Im rasa."

ADAM yang sedang tertidur pulas dipandang kasih, satu hari ini terpaksa dia tinggalkan anak lelakinya dengan jiran sebelahnya. Untungnya dia kerana jiran sebelahnya merupakan orang yang mengambil upah menjaga anak-anak orang taman tempat tinggalnya.

"Rindu mama tak dia satu hari ni?" Pipi tembam Adam dikucup beberapa kali.

Rindu betul dia satu hari ni tidak melihat wajah comel Adam. Demi wang, terpaksa dia mengorbankan waktunya buat Adam.

Untungnya Adam bukan seorang anak yang kuat meragam. Buktinya jiran sebelahnya mengatakan bahawa satu hari ini Adam bertingkah baik. Hanya tidur sahaja selepas menyusu botol yang berisi susu badannya.

"Pandai anak mama ni, faham mama ya.. Mama kerja demi Adam tau, jadi Adam kena dengar cakap mama. Alolo anak kesayangan mama ni," rambut anak lelakinya diusap perlahan sebelum dimasukkan perlahan-lahan ke dalam buaian.

Tangannya menggoyangkan buaian sambil bibirnya berzikir tanpa henti.

Seusai memastikan Adam sudah benar-benar tidur, Kamelia terus bangun dan merenggangkan badan. Penat sungguh dia satu hari ini melayan pelanggan.

Demi Adam, dia sanggup kesakitan.

Ya, demi Adam.

***

Siapa pulak Imran? Hero baru ke? Haha.

Banyak pulak hero author keluarkan. Hehe.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now