41

15.7K 629 58
                                    

AMANDA mengambil tangan suaminya lalu digenggam, wajah simpati mula ditayangkan. Masa untuk dia memulakan plannya.

"Boleh tak kalau malam ni abang tidur dengan Amanda, Amanda takut nak tidur sorang-sorang. Please?" Rengeknya manja, rancangannya pertamanya adalah menyakiti hati Kamelia.

Dia akan buat Kamelia sedar, walaupun dia sudah bergelar isteri kepada Noah, dia tidak akan mampu merampas tempat di hati Noah. Kerana itu, Amanda rela bermadu. Dia akan buktikan kepada Kamelia, siapa dia yang sebenarnya. Amanda bukan perempuan bodoh yang sanggup memberikan suaminya seperti itu sahaja.

Dia akan buat Kamelia terseksa! Dia akan buat Kamelia sakit hati. Siapa suruh masuk dalam perangkapnya?

"Err," lidah Noah seakan kelu. Takkan malam pertama dia sebagai suami isteri diluangkan bersama Amanda? Apa pula kata keluarganya dengan keluarga mertuanya nanti?

Amanda memandang tajam ke arah Noah saat reaksi suaminya seakan-akan tidak mahu tidur bersamanya.

"Kenapa? Abang rasa nak jalankan malam pertama sebagai suami ke? Huh bukankah ke dulu kata benci sangat dengan dia." Tangan Noah yang digenggam lepas geram.

Noah mengaru kening. Sedar Amanda sedang merajuk dengannya sekarang ini.

"Bukan.. Sayang jangan fikir abang nak sangat sentuh perempuan tu, abang jijik nak sentuh dia lagi adalah. Abang fikirkan apa mama dengan keluarga dia akan cakap? Malam ni kan malam pertama abang dengan dia sebagai suami isteri, takkan abang nak luang dengan isteri pertama pula?" Terang Noah.

"Okay, it's up to you. Kalau esok Amanda dah tiada dekat kampung ni, jangan tanya Amanda dekat mana. Pergilah jalankan tanggungjawab sebagai suami sangat tu. Pergi cucuk dia sampai abang puas," sempat kata sindiran diberikan.

Kakinya terus dibawa masuk ke dalam biliknya.

Noah mengaru kepala tidak gatal.

Mana satu hendak dijaga ni? Mama serta mertua atau isteri kesayangannya?

Noah buntu!

SAAT kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pengantinnya bersama Kamelia, matanya dijamah dengan melihat Kamelia yang sedang menyusukan anak mereka. Nafsu yang membangkit saat melihat dada Kamelia yang putih cuba ditahan, dia berdehem kecil.

Kamelia yang tersedar dengan kehadiran suaminya terus melepaskan Adam dari meneruskan aktiviti penyusuan.

"Abang.."

"Jangan panggil aku dengan panggilan macam itu! Aku geli dengar! Amanda je layak panggil aku macam itu." Ujarnya dengan nada sedikit tinggi.

Kamelia mengerut dahi tidak faham.

"Apa maksud kau? Bukan ke kau cakap kau kahwin dengan aku sebab nak bertanggungjawab terhadap Adam dan kau juga cakap nak cuba mencintai aku? Jadi, dengan cuba nak mencintai tu, apa salahnya kita guna bahasa yang baik? Mana tahu, rasa cinta tu cepat terpupuk." Balasan polos dari Kamelia membuatkan Noah tertawa geli.

Haih Kamelia masih tidak sedar dan nampak lagi motif sebenarnya dia mengahwini wanita itu.

"Kenapa kau gelak?" Soal Kamelia bingung.

"Nothing cuma rasa lawak tengok kebodohan kau, Kamelia. Kau fikir aku buat semua ni ikhlas ke?" Soal Noah sambil menanggalkan songkok hitam dari kepalanya.

Anggukan dari Kamelia membuatkan dia tergelak galak.

"Aku tak sangka kau ni boleh tahan lumayan juga bodohnya kan? Kau ingat aku ni sudi ke nak cintakan perempuan hodoh dan sundal macam kau? Kau fikir aku sanggup madukan Amanda semata-mata demi pelacur macam kau? Kau fikir dengan jelas, Kamelia." Hinaan dari Noah membuatkan Kamelia sedar dia sudah tertipu dengan janji manis lelaki itu.

Dia tidak sangka Noah sanggup mempergunakan Adam untuk menipu dirinya.

Air mata mulai bertakung di tubir mata.

"Kenapa kau sanggup buat semua ni? Apa motif kau sebenarnya?" Noah menggeleng perlahan sambil melabuhkan punggung di sisi Adam yang sedang nyenyak tidur.

"Amanda, Amanda paksa aku kahwin dengan kau. Kalau boleh, sampai mati.. Sampai mati aku tak nak ada kaitan dengan perempuan sundal macam kau. Dan anak ini.. Anak ini jangan fikir aku akan terima kewujudan dia. Kau ni tak sangka lembap juga kan? Kalau aku betul-betul terima Adam, kenapa aku tak jujur sahaja pada mama mengatakan siapa Adam sebenarnya. Aku pilih untuk tipu mama, aku kata Adam anak kau dengan arwah suami yang tak pernah wujud. So, sedarlah kedudukan kau dekat mata aku. Hanya Amanda satu-satunya isteri aku. Kau? Kau pelacur sahaja di kaki aku." Bisiknya perlahan di telinga Kamelia.

Menggigil hebat tangan Kamelia saat itu.

Dia tidak sangka dia sudah ditipu hidup-hidup.

Empangan air mata dibiarkan pecah, esakan ditahan dari kedengaran.

"Jadi, aku hanyalah sekadar pelacur di kaki kau?" Soal Kamelia lagi. Anggukan dari Noah benar-benar meluluhkan sekeping hati wanitanya.

"Iya. Dan ingat ni sampai bila-bila, mungkin pada mata orang kita suami isteri tapi bila hanya kau, aku dengan Amanda, aku nak kau sedar kedudukan kau dekat mana. Faham tak?!" Ugutnya keras. Kamelia hanya beku mendengar.

Dia masih dalam fasa terkejut saat ini.

Dia fikirkan dirinya dan Adam sudah diterima ikhlas oleh Noah. Rupanya dia silap. Lelaki itu hanya ingin menyeksa dirinya.

"Malam ni aku tidur dengan Amanda, jangan cakap dengan siapa-siapa aku dengan isteri aku. Dan jangan kunci pintu sebab pagi nanti aku senang nak masuk." Pipi Kamelia ditepuk lembut sebelum kakinya melangkah pergi.

Tangisan hebat terus dilepaskan.

Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan esakan.

Dadanya yang sakit dipukul berulang kali. Teganya Noah melayan dia seperti ini.

Hanya sekadar pelacur di kakinya?

Allahuakhbar.

Semurah itukah maruahnya pada lelaki? Apa dosa dia sehingga lelaki itu berdendam dan membencinya begitu sekali?

"Maafkan mama, Adam.. Mama.." katanya sudah tidak mampu diteruskan. Dia fikir Adam akan dapat kasih-sayang yang sempurna dari insan yang bergelar ayah, rupanya dia silap. Kehadiran Adam benar-benar dibencinya.

Mama silap, Adam. Mama silap!

***

Erm Noah-noah, hati kau keras!

Haha.

MRS NOAH QAISER©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang