86

22.7K 696 10
                                    

DOKTOR lelaki muda tersebut hanya menepuk bahu Hariq sejurus dia keluar dari ruangan yang menempatkan Amanda.

"Macam mana dengan dia Iq?" Soal Hariq gelisah, lelaki yang bernama Iqbal itu menggeleng perlahan.

"Keadaan dia dengan anak dia okay, sebaik kau bawa dia cepat Hariq kalau tidak berkemungkinan anak dia boleh gugur.. Aku nak tanya sesuatu ni," Iqbal berdehem kecil.

"Apa yang terjadi dekat dia? Sebab kesan bleeding dia boleh tahan teruk," Hariq terdiam mendengar soalan sahabatnya. Lama dia membisu sebelum kepalanya diggelengkan.

"Hmm Darwisy," mendengar nama Tengku Darwisy membuatkan Iqbal menggeleng.

"Hmm okaylah, kau boleh tengok dia. Aku ada kerja lain ni," mereka bersalam sejurus itu Iqbal melangkah pergi.

Hariq membuka daun pintu perlahan.

Amanda dirapati sebelum punggungnya dilabuhkan ke kerusi yang terdapat di ruangan tersebut.

Wajah tenang Amanda dipandang.

Kasihan dengan nasib Amanda.

Sekarang wanita itu disahkan mengandung anak lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab terhadapnya.

Tidak cukup itu, wanita itu turut dibuang begitu sahaja.

Hati lelaki dipalu rasa kasihan.

Dia tidak tahu mengapa dia rasa begini terhadap Amanda. Takkan sebab kes dia tidak sengaja memalukan Amanda di Bali hari itu membuatkan dia mengambil berat terhadap Amanda sebegini?

Tidak mungkin.

SEJURUS majlis menyambut hari jadi Adam selesai dijalankan, mereka sekeluarga membuat pelbagai aktiviti keluarga.

Meriah juga hari tersebut.

Semua kaum kerabat mereka diundang.

Termasuk Tengku Ian dan Imran.

Noah menarik wajah masam saat Tengku Ian sedang berbual dengan isterinya, kek diambil lalu disuap geram ke dalam mulut.

Adam yang berjalan ke arahnya dibawa ke dalam dukungan.

"Cuba tengok mama Adam tu, ish papa dah cakap papa cemburu dia dengan uncle Ian tapi dia masih lagi berbual dengan uncle Ian." Luahnya pada anak sulungnya meskipun dia tahu anaknya tidak mengerti apa-apa.

Kamelia mengalih pandangan ke arah suaminya yang sedang tajam memandangnya.

Kamelia mengeluh.

Tahulah sebentar lagi bakal ada baby besar merajuk dengannya.

"Ian.. Saya nak cakap sesuatu dekat awak." Tengku Ian mengangguk akur sebelum langkah Kamelia diikuti dari belakang.

"Apa yang Lia nak cakapkan pada Ian?" Soal Tengku Ian sejurus mereka berada jauh dari orang ramai. Senyuman tidak lekang dari wajahnya.

"Lia nak cakap tentang kita Ian.." Tengku Ian mengerut dahi aneh.

"Kita?"

"Lia tahu Ian masih berharap pada Lia.. Lia nak Ian move on. Lia dah bahagia bersama suami Lia, anak-anak Lia. Dan Lia nak Ian turut bahagia. Sampai bila Ian nak membujang macam ini? Ian tak makin tua tau," seloroh Kamelia.

Tengku Ian menahan rasa di jiwanya.

Ada benar kata wanita di hadapannya ini.

Sampai bila dia hendak berharap Kamelia menerimanya? Wanita itu sudah berbahagia dengan pilihannya.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now