13

18.2K 828 34
                                    

AKU memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg, hari ini aku sudah sepatutnya bergerak ke hospital memandangkan tarikh bersalin aku yang dijangka oleh doktor bakal tiba. Pada awalnya, aku menolak untuk bersalin di hospital swasta tetapi bukan tuan Ian orangnya kalau tidak tegas dengan keputusannya.

Daun pintu aku diketuk, segera aku memberikan satu senyuman manis kepada Datin Anita, iaitu mama kepada tuan Ian.

"Lia, dah siap ke barang semua?" soalnya sambil punggungnya dilabuhkan bersebelahanku, aku menggeleng kecil. Masih ada beberapa lagi barang yang aku perlukan.

"Datin, saya minta maaf sangat sebab susahkan datin. Saya janji, saya akan bayar balik kos rawatan saya dekat hospital swasta tu, saya janji! Saya minta maaf sangat datin." dia tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"It's okay, Lia. Saya memang ikhlas nak tolong awak, dan saya pasti Ian turut ikhlas nak tolong awak. Jangan difikirkan berapa harga kos rawatan tu, yang perlu awak fikir sekarang ni tentang diri awak dengan anak awak. Awak doa sahaja yang baik-baik untuk awak dengan anak awak dan tentang bayaran tu, anggap sahaja itu pemberian saya sebagai hadiah buat anak sulung awak." tangan aku dielus lembut.

Air mata aku bergenang di kelopak.

Rasa terharu menjengah tangkai hati dengan kebaikan yang diberikan oleh datin Anita kepada aku dan anakku, tidak hairanlah kalau tuan Ian sangat baik kepadaku kerana mamanya juga seorang yang baik hati. Tidak terhitung kesyukuran aku saat ini.

"Terima kasih datin, jasa datin dan tuan Ian sudah banyak sangat ditaburkan kepada saya, datin. Hanya Tuhan yang mampu membayar segalanya." dia cuma menganguk.

Air mata aku diseka menggunakan ibu jarinya.

"Awak saya dah anggap macam anak saya, Lia. Dan anak dalam kandungan awak tu, dah saya anggap macam cucu kandung saya sendiri. Awak dah macam keluarga saya, jadi tiada yang perlu awak risaukan. Sekarang ni cuma fokus pada anak awak sahaja, mari sini saya bantu awak kemas baju semua. Sekejap lagi, Ian balik. Dia yang akan hantar awak ke hospital. Saya akan menyusul di kemudian." pakaian di tangan aku dirampasnya lalu dia sambung melipatkan.

Sesungguhnya, kebaikan yang diberikan dua insan yang baru hadir di dalam hidupku ini hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya.

Air mata aku mengalir tanpa disedari. Sebak! Itu yang aku rasakan saat ini.

"Terima kasih datin, terima kasih."

AKU membaringkan badan ke atas katil hospital, kawasan di sekeliling menjadi tatapan mata aku. Begitu ramai wanita yang bakal melahirkan anak mereka ke dunia ini tetapi kebanyakkan dari mereka mempunyai suami di sisi. Sebak mengundang di dada, anak yang mereka kandung itu bukti cinta halal mereka. Sedangkan aku? Anak di dalan kandungan ini merupakan bukti cintaku yang suci kepada Noah. Malangnya, kehadiran anak ini langsung tidak diketahui oleh ayahnya sendiri.

Aku mengusap perutku yang sudah sarat lembut, mata aku mulai berkaca-kaca. Kenapa, kenapa papa benci dengan mama, sayang? Apa mama tidak cukup sempurna buat papa? Pasti lelaki itu sedang berbahagia dengan isterinya dan entah-entah sudah mempunyai cahaya mata sendiri.

Perit! Perit bila aku fikirkan tentangnya.

Tipulah jika aku mengatakan aku tidak mahu Noah berada di sisiku sekarang ini, malah aku sangat memerlukannya. Sangat-sangat! Tapi apakan daya, kewujudanku di Kuala Lumpur ini langsung tidak diketahui olehnya.

Air mata yang mengalir deras aku seka, teresak-esak aku sendiri di atas katil. Kenapa aku merasa sangat sedih saat ini? Bukankah aku sudah mengatakan aku akan teruskan hidup selepas ini tanpa Noah di sisi tapi mengapa hati ini seakan tidak rela? Mengapa aku masih mahukan Noah? Mengapa?

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now