40

18.2K 569 11
                                    

SEMPENA permintaan Kamelia sendiri, majlis pernikahan mereka dibuat secara kecil-kecilan di kampung. Simple sahaja majlis pada hari itu, nikah dan kemudian ada makan-makan sedikit buat orang-orang kampung yang datang ke majlis nikah mereka.

Perbualan tentang pernikahan mereka menjadi bualan hangat orang-orang kampung memandangkan berita tentang Kamelia menjadi isteri kedua Noah dan madu kepada Amanda tersebar. Banyak pandangan sinis diberikan kepadanya namun Kamelia hanya mengabaikan sahaja.

Udang galah masak butter diangkat diletakkan ke dalam pinggan Noah, lelaki itu hanya sekadar membiarkan. Dia terpaksa berlakon seakan-akan bahagia pada hari pernikahannya yang kali kedua.

Dia sedar banyak mata-mata dan gosip murahan mengata dirinya, namun hanya ditahan sahaja sedangkan telinga terasa bernanar.

"Kau.. Eh abang nak apa-apa lagi tak? Lia boleh ambilkan?" Pelawanya lembut, hampir sahaja lidahnya tersasul memanggil suaminya dengan bahasa kurang sopan.

Noah menggeleng.

Kamelia mengangguk lambat, baru sahaja hendak dilabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Noah, Amanda terlebih dahulu menolak dirinya dan duduk di tempat yang seharusnya menjadi tempat duduknya.

Noah pula hanya membiarkan sahaja Amanda merampas tempat duduk isteri keduanya.

Kamelia mengeluh, malas hendak bertekak dia terus bergerak di kerusi kosong berhadapan Noah. Datin Zahira yang baru tiba di meja makan pengantin mengerut dahi pelik.

"Eh kenapa Amanda pula duduk dekat situ, Lia pula duduk sini? Siapa pengantin sekarang ni? Amanda, itukan tempat duduk Lia.." soal datin Zahira aneh.

Amanda menyimpul senyuman sinis.

"Amanda nak duduk sini, well Amanda pun isteri Noah. Lia, takpe kan aku duduk sini?" Selamba sahaja nadanya, tidak dipedulikan perasaan Kamelia.

Datin Zahira mengalihkan pandangan ke arah menantu barunya.

Kamelia mengukir senyuman kelat.

"Takpe mama, mana-mana duduk pun sama je." Balas Kamelia perlahan, datin Zahira mengeluh. Malas hendak kecoh, datin Zahira mengambil tempat duduk di sebelah Kamelia.

"Mama, Adam mana?" Soalnya saat bayangan anaknya sedari tadi tidak kelihatan. Terbit rasa risau andai terjadi apa-apa pada Adam.

"Lia jangan risau, Adam ada dengan auntie Natasya dia. Save and sound." Jawapan datin Zahira melegakan sekeping hati Kamelia.

Lauk sambal ayam diceduk dan diletakkan ke dalam pinggan menantu barunya.

"Makan banyak sikit biar badan Lia ni tak kurus sangat. Takut nanti Noah ni tak selera tengok Lia sebab kurus sangat. Kan Noah," kata-kata dari mamanya membuatkan Noah hampir tersedak. Amanda memusingkan bebola mata ke atas, menyampah!

"Hehe, terima kasih mama."

"Ha makan cepat, lepasni ada sesi tangkap gambar dengan pengantin dan ahli keluarga."

KAMELIA memandang Noah yang sedang berdiri di sisinya, sejujurnya dia tidak tahu hendak berbuat apa sekarang ini. Dia rasa janggal.

Photographer yang diupah oleh datin Zahira mengaru kepala perlahan melihat pasangan pengantin di hadapannya ini yang seakan tidak sebulu. Pengantin lelaki ke sana, pengantin perempuan ke sini.

"Err dekatkan sikit jarak dia. Puan Kamelia dekat sikit dengan tuan Noah supaya nampak chemistry tu." Arah photographer tatkala tidak tahan melihat reaksi yang ditunjukkan pengantin.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now