24

15K 604 53
                                    

SITI bantu memimpin Kamelia masuk ke dalam rumah agam majikannya.

"Terima kasih Siti sebab tolong saya dan tolong sampaikan juga ucapan terima kasih saya pada lelaki tadi. Bantuan awak saya sangat hargai," Siti mengangguk sahaja, kepergian Kamelia dihantar dengan sorotan mata.

Harun mendekati Siti.

"Siti, siapa perempuan tu? Kenapa dia tinggal dekat sini? Abang tak pernah tengok pun dan kenapa dia luka-luka macam tu?" Soal Harun panjang lebar.

Siti mengeluh perlahan.

Tangan Harun ditarik mendekati kereta Saga lelaki itu.

"Macam ni, siang tadi dia datang dengan anak dia. Lepastu dia cakap dia kawan pada tuan Noah dan puan Amanda, Siti takdelah nak kecoh sangat sebab dari gaya puan layan perempuan tadi tu nampak akrab sangat. Mungkin betul dorang kawan dan..." katanya terjeda.

Pandangan dihala kiri dan kanan dan saat sedar tiada orang, bibirnya didekatkan ke wajah Harun.

"Perempuan tadi dia ada gaduh dengan tuan Noah dan cuba teka apa Siti dengar?" Harun menjungkit keningnya.

"Dia kata anak yang ada dalam dukungan dia tu anak tuan Noah." mulut Harun yang ternganga ditepuk perlahan, cepat-cepat lelaki itu mengaru leher malu.

"Siti tak tipu kan? Mana tahu Siti dengar salah ke?" Teka Harun, Siti laju menggeleng.

"Masalahnya dorang cakap tu masa Siti ada dekat situ tau, bang. Abang fikir Siti pekak sangat ke?" Raut wajahnya kelihatan tidak puas hati.

"Hehe, abang saja nak confirm je."

"Jadi, kenapa pulak perempuan tu boleh tiba-tiba dekat tengah hutan tu sorang-sorang dengan anak dia? Hisy, abang rasa peliklah dengan perempuan. Dan Siti tak rasa aneh ke? Sejak tuan Noah dengan puan Amanda kahwin, tak pernah lagi nampak wajah perempuan tu kan?" Ujar Harun secara tiba-tiba, Siti mengangguk setuju.

"Itu Siti tak tahu, bang. Apa-apa pun esok abang datang kerjakan? Jangan lupa jumpa Siti sebelum balik. Bye, love you abang. Muah!" Sempat flying kiss diberikan kepada bakal imamnya, Harun tersengih malu sebelum kucupan cinta yang dibiarkan kekasih hatinya disambut.

"Abang balik dulu, bye sayangku. Muah and love you forever and ever." Sempat lagi adegan romantik dilakukan seperti sediakala.

Siapa tidak kenal Harun dan Siti? Kisah cinta mereka lagi romantik dari Romeo and Juliet. Itu kata merekalah.

"Hehe, bye." Hilang sahaja kereta Harun dari pandangan, Siti terdiam sejenak memikirkan kembali kata-kata Harun. Benar juga, kenapa Kamelia boleh berada di tengah-tengah hutan seorang diri bersama bayinya?

Malas hendak memikirkannya lagi, Siti terus menapak masuk ke dalam rumah agam majikannya. Namun saat hendak mengapai selipar yang sering digunakan sebelum masuk ke rumah terhenti saat mendengar pertengkaran hebat di dalam rumah.

Laju dia menapak masuk, terkedu dia saat melihat majikannya sedang bergaduh.

Pertama kali dia melihat mereka bergaduh, selama ini mereka seperti belangkas. Kemana-mana sahaja berdua dan ada sahaja adegan romantik yang ditunjukkan.

Siti bingung, apa sudah jadi dengan keadaan rumah majikannya?

"Lepaskan sayang, awak penipu, Noah! Awak penipu. Keluar dari sini, bawa betina simpanan awak ni sekali! Bawa sekali anak haram awak ni." Dada Noah dipukul bertubi-tubi.

Kamelia yang sedang mendukung anak tirinya dipandang benci.

Rasa jijik kerana telah menyalurkan kasih-sayang pada budak yang merupakan anak luar nikah suaminya bersama kawan baiknya sendiri.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now