31

15.6K 575 45
                                    

AMANDA yang sedang tenang menyisip susu suam dipandang tidak puas hati, Noah sedar kelakuan isterinya seakan pelik. Apa niat isterinya menyuruh dia mengahwini Kamelia, takkan Amanda bisa menerima kehadiran Kamelia?

Kepala digeleng. Dia kenal Amanda, Amanda merupakan seseorang yang tidak suka haknya disentuh.

"Abang nak tanya sebab sayang suruh abang kahwin dengan betina sundal tu?" Soalnya dingin, roti bakar yang bersapukan nutella dikunyah geram.

Amanda menghela nafas perlahan.

Gelas kaca diletak semula ke tempatnya. Wajah tegang Noah dipandang.

"Nothing.. I just nak you belajar bertanggungjawab," balasnya tenang. Roti bakar kosong digigit sedikit.

Majalah wanita diselak ke helaian seterusnya.

Noah menahan amarah.

"Apa maksud sayang by tanggungjawab? Abang tak cintakan dia, how come I kena bertanggungjawab? No! Abang tak nak, abang cintakan sayang. Abang tak nak duakan sayang." Jawapan ikhlas Noah membuatkan Amanda tertawa perlahan.

Noah mengerut dahi, aneh dengan reaksi isterinya.

"Tak nak duakan? Buat lawak apa? Huh, dah sayang tak terima penolakan abang. Abang kahwin dengan Kamelia atau ceraikan sayang, its up on you." Ujarnya sebelum melangkah pergi. Sengaja melepaskan sindiran terhadap suaminya.

Noah setia? Huh. Kalau setia, mengapa dulu tergoda dengan godaan dari betina murahan seperti Kamelia? Amanda sudah tawar hati.

Yang tinggal hanya dendam kesumat buat Noah dan juga Kamelia.

Rahang Noah bergerak-gerak menahan amarah.

Dia masih bingung dengan motif sebenarnya Amanda memaksanya mengahwini Kamelia.

Siti hanya berdiri tegak di sisi kanan, dalam kepala dia hairan. Sundal? Sundal mana? Namun soalan itu hanya berbiar sepi.

"Siti.." panggil Noah secara tiba-tiba membuatkan Siti tersentak.

"Ya, tuan?"

"Kemaskan meja ni, saya nak pergi pejabat dulu." Nadanya dingin, tablet diraih sebelum melangkah pergi. Siti mengaru kepala tidak gatal.

Sebelum ni aku tak kemas ke? Gumamnya di dalam hati. Aneh dengan sikap tuan dan puannya. Nampaknya mereka masih belum berbaikan.

Malas hendak kecoh, Siti terus mengemas meja makan.

IMRAN berjalan perlahan sambil mendekati Kamelia yang sedang mengacau kuah, dengan sengihan nakal bahu Kamelia terus dipegang lalu disergah kuat.

Akibatnya terjatuh senduk yang dipegang wanita itu.

"Abang Im!" Jerit Kamelia geram, Imran terus melepaskan tawa besar saat wajah terkejut Kamelia sempat disimpan dalam kotak memorinya.

Perutnya dipegang sambil tertawa galak sehingga kedengaran oleh para pelanggan. Hajah Samsiah yang sedang mendukung Adam segera mendapatkan Kamelia saat terkejut mendengar jeritan wanita itu.

Hampir melurut jantungnya.

"Kenapa Lia?" Soal Hajah Samsiah risau.

Imran terus berdiri tegak dan berdehem kecil.

"Umi tengok abang Im ni, Lia tengah sibuk tengok kuah, dia kacau Lia! Hisy geram betul. Makin Lia diam, abang Im makin menjadi-jadikan? Lia cucuk abang pakai senduk ni kang apa pun tak jadi!" Ugut Kamelia geram, senduk yang jatuh diambil dihalakan ke arah Imran.

Lelaki itu kembali tertawa galak.

Hajah Samsiah mendekati Imran lalu dicubit perlahan lengan anak bujangnya itu, kuat betul sakat Kamelia.

Ya, sejak Kamelia menjadi pekerjanya sebulan lalu hubungan mereka perlahan-lahan menjadi rapat. Adam yang merupakan anak Kamelia juga sudah dianggap sebagai cucunya sendiri menakala Kamelia sudah dianggap seperti anaknya.

Panggilannya juga sudah berubah menjadi umi. Manakala Imran, sejak mengenali Kamelia, lelaki itu berubah sepenuhnya. Sudah rajin menolongnya di warung. Hubungan Kamelia dan Imran juga seperti adik dengan abang.

Bagaimana Hajah Samsiah boleh mengenali Adam? Pernah sekali Kamelia bergegas meminta untuk pulang ke rumah kerana dikhabarkan Adam mengalami demam panas, Hajah Samsiah yang kasihan dengan nasib Kamelia terus membantu wanita itu dengan menghantar Kamelia ke hospital. Sejak itu, Adam sudah dianggap seperti cucunya memandangkan dia teringin untuk memiliki cucu.

"Ouch ibu... Im tak salah, Im cuma nak gurau dengan Lia je.." bibirnya dijuihkan, kesan cubitan dari ibunya digosok perlahan.

Boleh tahan pedih. Gumamnya sendiri.

"Im nak sakat pun tengok tempat, inikan dekat dapur. Pelanggan dengar, apa diorang akan cakap? Sudah, pergi ke depan, tolong ibu angkat pinggan-pinggan yang ada dekat meja sana. Pergi sekarang!" Arah Hajah Samsiah tegas.

Semakin panjang muncung Imran.

Kamelia terus menjulur lidahnya mengejek. Dia bangga kerana dipertahankan oleh Hajah Samsiah.

"Yeleh, tengok nanti abang payback!" Jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah hidung mancung Kamelia. Kamelia menayang senyuman sinis.

"Muhammad Imran Syakil, pergi sekarang!" Bagai lipas kudung mencicit Imran lari sejurus nama panjangnya diseru oleh Hajah Samsiah.

Kini giliran Kamelia tergelak perlahan.

"Mengada betul Im tu sekarang, dulu takde dia sakat Lia macam ni. Sekarang ni haih, makin menjadi-jadi." Bebel Hajah Samsiah sambil mencium pipi Adam perlahan.

"Takpe umi, Lia tak kisah pun. Erm umi pergilah depan, sini panas." Ujarnya sempat ciuman sekilas diberikan di pipi bulat Adam.

Sejak dia mengenali keluarga Hajah Samsiah, jujur dia katakan layanan mereka sama seperti layanan datin Anita dan Tengku Ian Haditah. Bercakap tentang mereka, rindunya tiba-tiba membuak-buak.

"Okaylah, umi ke depan dulu. Lia lepas selesai masak datang ke counter." Arah Hajah Samsiah sebelum melangkah pergi.

Kepergian wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya dihantar dengan sorotan mata.

Keluhan berat dilepaskan.

Sekarang ini tiba-tiba muncul perasaan rindu terhadap keluarga kandungnya dan keluarga Tengku Ian. Bagaimana mereka sekarang? Abah dengan umi sihat tak? Mama dengan Tengku Ian? Matanya mula berkaca-kaca mengingatkan mereka semua.

Sudah berapa lama mereka tidak bertemu.

"Kamelia rindu korang semua," gumamnya perlahan bersama air mata yang mengalir perlahan.

***

hero untuk di-let go, conditions tiptop :

A) Hero idaman malaya aka Tengku Ian Hadith
B) Hero singa aka Noah Qaiser
C) Hero kaki sakat Muhammad Imran Syakil
D) Hero malaya aka abang Harun
E) Hero baby sayang aka Adam cute meletop!

Siapakah pemilik hati anda?

Berikan sebahnya sekali.

Harga : boleh bincang dengan I HAHAHA.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now