16

18.1K 784 59
                                    

AKU tersenyum melihat tuan Ian yang sedang sibuk melayan Adam, sekali-sekala Adam akan tersengih menunjukkan gusinya yang masih tiada gigi. Suka betul Adam bila baba dia bermain dengannya.

Tiba-tiba rasa sebu mengundang di hati, sepatutnya Noah yang berada di tempat tuan Ian. Perasaan kasihan terbit di hati aku tatkala melihat wajah Adam yang gembira menumpang kasih seorang lelaki yang bukan bapa kandungnya.

Pandangan aku mulai kabur dek air mata, ini aku yang tidak gemar. Sejak menjadi seorang ibu, mudah benar aku mengalirkan air mata. Cepat sangat sensitif!

Tuan Ian mengalihkan pandangan ke arahku, cepat-cepat air mata aku seka. Tidak mahu dia tahu aku sedang menangis, tuan Ian memandang sejenak wajahku sebelum Adam dibawa ke dalam dukungan lalu punggungnya dilabuhkan sebelah dengan aku.

"Kenapa awak menangis ni Lia? Jangan tipu saya, jujur sahaja. Saya sudi dengar. Jangan risau, Adam takkan dengar sebab saya dah suruh dia jangan dengar. Anak saya ni baik, dia dah tutup telinga." ujar tuan Ian serius namun sempat lagi diselitkan gurauan di dalam kata-katanya.

Aku menggeleng menafikan.

"Mana ada, saya cuma rasa terharu tengok Adam suka sangat dengan tuan Ian. Bahagia je muka dia, dari semalam merengek tapi bila dengan tuan Ian, dia berhenti menangis. Mungkin nak rasa sentuhan seorang ayah pula." saat bibir aku menuturkan perkataan ayah, jiwa aku sebagai seorang ibu bagai dihancurkan. Sakitnya, hanya tuhan tahu.

"Memanglah Adam nak rasa sentuhan saya sebab Adam kan anak saya.." pipi Adam dikucupnya lama.

Aku tersenyum, sekali lagi air mata aku mengalir.

Kenapa tuan Ian sudi melayani kerenah Adam? Kenapa tuan Ian sangat baik pada aku dan juga Adam? Sedangkan kami tak layak untuk terima semua ini.

"Terima kasih sebab sudi jadi ayah olok-olok pada Adam, tuan Ian. Jangan dilayan sangat kemahuan dia, nanti Adam semakin manja. Lagipun, tak lama lagi saya nak keluar dah dari sini dengan Adam, susah pula nanti." tuan Ian seakan terdiam mendengar kata-kataku.

Wajah aku ditenung lama sebelum dia berdehem kecil.

"Kalau saya betul-betul jadi ayah kepada Adam, apa kata awak?" soalnya secara tiba-tiba membuatkan aku tersentak, rasanya pendengaran aku masih jelas.

Wajahku jelas terkejut.

"Huh? Apa maksud tuan Ian?" dia menarik nafas dalam sebelum punggung Adam didodoi perlahan sehingga Adam berhenti merengek, suasana kami berubah menjadi sepi. Manakala aku, jantung aku berdetak lebih cepat dari sebelumnya.

"Maksud saya, saya nak kahwin dengan awak Lia. Awak dengar benda yang betul! Saya nak kahwin dengan awak, saya tak nak jadi ayah olok-olok pada Adam, saya nak jadi ayah yang sebenar Adam. Saya tak nak awak pergi dari rumah ni, saya tak nak sebab saya dah mulai jatuh sayang pada awak. No! Saya dah lama jatuh sayang pada awak dan Adam, sejak Adam masih lagi dalam perut awak, Lia. Tolonglah, kahwinlah dengan saya dan lupakan ayah kandung Adam. Saya akan jaga awak dengan baik, saya akan sayangkan awak sepenuhnya, Saya akan jadi suami dan lelaki yang terbaik buat awak, Lia." aku terkedu mendengar luahan hati tuan Ian.

Aku tak sangka selama ini dia menaruh perasaan pada aku. Aku ingatkan selama ini dia melayanku dengan baik kerna kasihan dengan nasibku.

"Sa.."

Matanya penuh dengan pengharapan, aku takut untuk melukakan hatinya tetapi malangnya cinta aku bukan miliknya kerana aku hanya menganggap dia sebagai pemilik rumah tempat aku berlindung dan seorang abang yang penyayang.

"Apa jawapan awak Lia? Kalau awak setuju, lepas awak habis pantang. Kita boleh berkahwin, saya akan jumpa keluarga awak dan pinang awak dengan cara baik." ujarnya bersungguh-sungguh, bibirnya juga tidak berhenti mengukirkan senyuman lebar.

Ya Allah, tidak sanggup aku melukakan insan di hadapanku ini.

Adam yang sudah tertidur di dalam dukungannya, aku ambil dan aku letakkan di sisiku. Manakala tangan tuan Ian aku ambil dan aku genggam erat.

"Tuan Ian,"

"Ye Lia? Apa keputusan awak?" soalnya teruja.

"Saya minta maaf tuan Ian, sejujurnya rasa cinta saya pada tuan hanyalah sekadar seorang adik kepada abang. Sikap tuan Ian yang sangat caring dan baik terhadap saya membuatkan saya rasa selamat setiap kali bersama dengan tuan Ian. Tuan Ian sentiasa bersama dengan saya, tidak menghina kekurangan diri saya, tidak menghina saya kerana kewujudan Adam yang tidak sah taraf. Tanpa tuan Ian, entah di mana keberadaan saya dan Adam sekarang ini. Budi baik tuan Ian, hanya Allah yang boleh bayar semula. Saya minta maaf tuan Ian, saya tak boleh terima lamaran ni sebab saya masih mencintai bapa kepada Adam. Saya tahu, saya bodoh. Saya tidak mahu andai saya terima perkahwinan ni nanti, saya akan melukakan hati tuan Ian kerana mengharap pada perempuan seperti saya. Saya minta maaf." ujarku lembut.

Tuan Ian terdiam.

Dia menekur memandang tangan aku yang berada dalam genggamannya lama. Tidak lama kemudian, wajahnya diangkat dan senyuman kecil dihadiahkan. Tidak selebar tadi, jelas nampak dia sedang kecewa. Matanya juga sudah berkaca-kaca tapi tidak pula mengalir air matanya.

"Saya faham, saya faham awak Lia. Cinta tak boleh dipaksa kan? Saya faham." kepala dijatuhkan beberapa kali.

"Tuan Ian, saya.."

"Awak rest lah dulu, Adam tu biar saya masukkan dalam buaian." Adam diangkat lalu dimasukkan ke dalam buaian, sebelum berlalu keluar dia memandang aku lama. Aku tidak mampu untuk menghalang kerana aku tidak mahu memberinya sebarang harapan lagi. Cukuplah, cukuplah sekarang tuan Ian kecewa. Itu lebih baik dari dia mengharap di kemudian hari.

Saya mint maaf tuan Ian, saya minta maaf.

***

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now