50 !

28.5K 726 41
                                    

AMANDA melangkah angkuh ke arah meja makan, Noah yang sedang fokus menatap tabletnya dipandang. Lelaki itu hanya diam, tidak menyapanya seperti selalu. Amanda mengulingkan mata ke atas, dia tahu Noah pasti sedang merajuk dengannya kerana tidak melayan keinginannya semalam.

Tangan Noah digenggam.

"Abang.. Abang marah dengan sayang ke?" Soalnya dengan nada lunak, Noah tidak mengalihkan pandangannya ke arah Amanda. Huh benci! Dia masih kesal dengan layanan dingin Amanda semalam terhadapnya, sebaik dia mempunyai Kamelia untuk melepaskan kemahuannya.

Amanda berdecit perlahan.

Mengada betul!

"Well, semalam sayang ada meeting tergempar dekat butik. Sayang tak sedar semalam dah pukul empat pagi," pujuknya terpaksa. Matanya tunak memandang wajah Noah.

"Hm.." singkat sahaja balasannya.

"Kenapa abang layan Amanda dingin ni? Amanda cakap Amanda tak sengaja kan? Yang tarik muka masam tu kenapa?" Suaranya secara tiba-tiba melenting tinggi.

Geram dengan reaksi Noah.

"Sejak kebelakangan ni, sayang asyik sibuk dengan kerja dekat butik. Abang ni sayang abaikan, makan pakai abang Kamelia jaga, takkan sekarang nafsu abang sebagai suami pun Kamelia juga kena uruskan? Mana pergi isteri abang dulu yang sentiasa melayan kerenah abang? Sayang balik sekarang pun lewat." Balas Noah semula, sudah lama dia pendam rasa sakit hatinya dengan sikap Amanda.

Amanda berpeluk tubuh, senyuman sinis dicarik.

"Oh sekarang ni salah Amanda pulak?" Melihat Kamelia yang muncul dengan membawa jag berisi teh suam membuatkan dia segera menukar riak wajahnya.

"Abang.. Takkan sebab sayang tak main adik abang, abang merajuk dengan Amanda macam ni? Kenapa? Layanan Amanda best sangat ke?" Nadanya senjaga dibuat manja. Noah mengerut dahi melihat perubahan sikap Amanda.

Dah kenapa dengan isteri aku ni? Tadi bukan mengamuk ke? Gerutunya sendiri.

Kamelia menahan rasa sahaja mendengar perbualan kotor suami serta madunya. Haih benda boleh bincang dalam bilik, tak perlu kot sampai bawa depan rezeki. Omel Kamelia sendiri.

Dituang air teh suam buat Noah.

Amanda mengetap bibir geram saat matanya ternampak kesan lebam di leher Kamelia, keadaan itu cukup membuktikan bahawa suaminya benar-benar melakukan apa yang dia katakan malam tadi.

Noah memang lelaki tak guna!

Tangan Noah ditarik ke arah ruang tamu, terkejut Kamelia dengan pasangan suami isteri itu. Kepalanya digeleng.

Macam-macam!

Malas hendak menyibuk, dia melabuhkan punggungnya untuk menikmati sarapan. Dia sudah lewat ini untuk bergerak ke warung umi.

Noah menarik tangannya dari pegangan Amanda. Dia sedang keliru dengan perbuatan Amanda. Sekejap wanita ini memarahinya, sekejap manja dan sekarang menariknya ke ruang tamu tanpa hala tuju.

"Sayang ni kenapa? Tiba-tiba tarik abang ke depan? Abang nak makan, dah lewat ni." Soal Noah geram, dia masih merajuk dengan Amanda perihal semalam.

Amanda memeluk tubuh. Wajah selamba Noah dipandang tajam.

"Tak cukup ke dah makan betina murahan tu semalam? Sampai lebam-lebam Amanda tengok." Noah meneguk air liur kesat, Amanda nampak ke kesan lebam hasil gigitannya di leher Kamelia semalam?

"Biarlah, semalam siapa yang halau abang dekat Kamelia?" Ujar Noah bermain tarik tali. Dia tidak salah dalam hal ini, dia seorang lelaki dan dia mempunyai nafsu. Jarang kucing hendak menolak rezeki di hadapan matanya.

Membulat besar mata Amanda mendengar jawapan selamba Noah.

"Oh so, abang tak jijik dahlah dengan dia? Kenapa? Tergoda tengok dia selalu tayang dada murah dia tu dekat abang? Inilah lelaki, cakap sahaja tak tergoda. Cuba kalau bagi, takkan tolak. Suka lagi adalah. Hancur dikerjakan!" Sindirnya geram.

"Sayang yang suruh Kamelia layan abang semalam kan? Abang nakkan sayang tapi sayang halau abang. Jadi, jangan salahkan abang. Abang lelaki ada nafsu, dan juga.. Abang tengok takde salah abang kerjakan Kamelia sebab dia isteri abang juga. Abang juga ada hak terhadap dia. Bukankah dulu Amanda juga pernah cakap dekat mama yang Amanda nak suruh abang kahwini Lia untuk jaga keperluan abang. Amanda kena ingat, abang juga memerlukan keperluan atas katil!" Bidas Noah tegas.

Kakinya dihala ke arah meja makan semula.

Amanda menghentak kaki geram ke lantai.

Geram sungguh dia dengan jawapan Noah. Oh sudah pandai pertahankan perempuan sundal tu? Okay kita tengok sampai bila! Desis hati jahatnya. Kakinya terus dihala keluar, beg kerjanya dibiarkan tinggal. Dia malas hendak ke butik hari ini, dia hendak bertemu Tengku Darwish. Dia sedang stress dan dia memerlukan peneman hibur.

NOAH mencari keberadaan Kamelia saat wanita itu sudah tiada di meja makan, kakinya dihalakan terus ke dapur. Kelihatannya Kamelia berada di singki membasuh pinggan makannya.

Tanpa menunggu, dia terus memeluk pinggang Kamelia dari belakang. Lehernya menghidu dalam leher putih Kamelia.

Kamelia terkedu.

Ah sudah, jangan kata mamat ni suruh aku layan dia sekarang. Omel Kamelia sendiri.

"Err kau kenapa Noah? Nak apa?" Soalnya, cepat-cepat pinggannya dibasuh.

Nafas kasar Noah melanggar bahunya.

"Aku nak kau," tangannya mulai menyelinap masuk ke dalam baju t-shirt Kamelia, dari bermain-main di sekitar perut, tangannya bergerak naik ke dada. Sempat diramas perlahan dada Kamelia.

Ah dia nak Kamelia sekarang! Jerit hati lelakinya.

Kamelia menahan tangan Noah segera.

Kenapa Kamelia seakan masakannya? Sekali rasa pasti membuatkan Noah mahu dan terus mahu.

"Err aku nak kena pergi kerja dah ni, nanti-nanti aku layanlah kau." Balas Kamelia perlahan.

Noah mengeluh berat.

Menyesal pula dia mengizinkan wanita ini berkerja,

Tangannya segera melepaskan pinggang Kamelia, nafas lega dihembus.

"Hisy, pergilah!" Dihalaunya Kamelia. Wajah masam terus ditarik.

"Err sorrylah, aku dah lewat ni. Malam ni.. Aku janji." Dia pula terasa bersalah saat wajah suaminya berubah tegang.

Noah mengangguk paksa.

"Ya, pergilah. Nanti aku ubah fikirannya kang, kau juga yang merana." Tegasnya. Apron di leher ditanggalkan lalu digantung ke dinding.

Baru sahaja kakinya hendak melangkah, Noah menahannya.

"Tanda dekat leher kau cover sikit, aku tak nak orang tegur kau nak show off pula dekat tempat kerja," pesan Noah. Kamelia menahan senyum, kepalanya dijatuhkan faham.

Kepergian Kamelia dihantar dengan sorotan mata.

Ish asal aku tak boleh move on ni! Lupakan! Bentak hatinya geram.

****

Kau tengok ha, jangan cakap masakan dia je boleh buat kau ketagih Noah, dengan dia pun sekali kau ketagih tau.

Hehe.

Amaran awal : buku ni matured sikit.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now