26

15.4K 601 23
                                    

NOAH menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan, hatinya semakin dipalu rasa risau dengan isterinya. Isterinya yang terbaring di atas katil dipandang sayu, rasa bersalah semakin mencengkam.

Pintu bilik yang dibuka membuatkan Noah mengalihkan pandangan ke arah pintu, muncul ibu mertua serta bapa mertuanya.

"Noah, macam mana anak mummy boleh pengsan ni? Apa Noah buat dekat anak mummy?" Soal datin Sri Hasmiza tegas sambil air matanya dikesat perlahan.

Hampir gugur jantungnya mendapat khahar bahawa satu-satunya anak dia masuk ke hospital.

"Noah minta maaf, mummy. Amanda masuk hospital kerana salah Noah sendiri," jujurnya yang membuatkan datin Sri Hasmiza memukul lengannya perlahan.

"Noah janji dengan mummy haritu yang Noah akan jaga Amanda macam mummy dengan papa jaga. Tapi kenapa sekarang Amanda masuk hospital sebab Noah? Noah dera anak mummy ke?" Tuduh datin Sri Hasmiza melulu.

Laju Noah menidakkan.

"Noah sayangkan isteri Noah, tak.. Noah tak sanggup sakitkan Amanda. Mummy.. Tolong percaya cakap Noah, Noah yang lalai sampai Amanda boleh masuk hospital macam ni," dato' Qamarul terus mengosok belakang menantunya.

Tangan isterinya ditarik menjauh.

"You ni cuba jangan nak tuduh melulu, kesian menantu kita I tengok. Biarkanlah mereka uruskan hal keluarga mereka sendiri, kita tiada hak. Lagi pun, ada Amanda mengadu dekat awak yang Noah pukul dia ke? Haih, drama queen betul awak ni." Bebel dato' Qamarul geram.

Membulat mata datin Sri Hasmiza.

"You tak sayang keluarga ke? Rose satu-satunya anak I sebab itu I takut kalau dia disakiti! I ibu, jadi I tahu apa yang rasakan." Tegas isterinya, dato' Qamarul mengeluh perlahan.

"Okey, fine. Tapi you tengok keadaan sekarang ni, Noah pun turut terkesan. Jangan buat keadaan semakin keruh." Dato' Qamarul mengalah, malas hendak bertekak dengan sang isteri.

Baginya, isterinya sentiasa mengutamakan "Perempuan sentiasa benar," jadi dia malas nak berdebat lebih kerana pada akhirnya dia juga akan kalah.

Datin Sri Hasmiza menjeling perlahan suaminya sebelum mendekati Noah yang sedang mengenggam erat tangan anak perempuannya.

"Bila Amanda masuk hospital?" Soal datin Sri Hasmiza serius. Wajahnya tiada langsung secalit senyuman. Dari dulu dia memang tidak gemar sangat dengan lelaki pilihan anak perempuannya kerana bagi dia, Noah tidak menepati citarasanya. Dibandingkan kekayaan keluarganya dengan keluarga Noah, keluarganya jauh lebih kaya dan ternama.

"Semalam mummy." Mendadak besar pupil mata datin Sri Hasmiza.

"Anak I masuk hospital semalam dan baru sekarang Noah bagitahu? How dare you?!" Tengkingnya secara tiba-tiba, Noah hanya mampu mendiamkan diri.

"You kalau.." muncul pula ahli keluarga Noah, datin Sri Hasmizah memutarkan bebola matanya ke atasnya. Wajah besannya dipandang sebelum pandangannya dialih ke arah lain, datin Zahira hanya mampu mengikur senyuman pendek.

Tangan yang dihulur oleh datin Zahira dibiarkan sepi sehingga wanita itu menarik sendiri tangannya.

Dato' Qamarul hanya mengeluh perlahan, tidak mahu mengeruhkan keadaan, terus dibawa ke dalam peluk suami kepada datin Zahira iaitu dato' Azam.

"Zam, macam mana sihat?"

"Sihat, Qam. Kau dengan keluarga macam mana?" Baru sahaja ingin dibalas kata-kata besannya, isterinya terlebih dahulu menjawab.

"Tengoklah dengan mata kepala sendiri, sampai masuk hospital, sihat ke?" Sindirnya berbaur geram. Dato' Qamarul terus menyiku tangannya perlahan. Sempat pandangan mata diberikan.

Datin Sri Hasmizah menjeling benci.

Datin Zahira hanya tersenyum kelat. Dari dulu lagi dia sedar Hasmizah membencinya, nampaknya besannya masih belum melupakan kisah yang lama. Keluhan berat dilepaskan.

"Kalau macam itu Noah, papa dengan mummy balik dulu. Kalau ada apa-apa, call papa." Mendapat sahaja anggukan dari Noah, tangan isterinya terus ditarik. Menjerit-jerit wanita itu meminta dilepaskan.

Hilang sahaja mereka, datin Zahira mendekati anak lelakinya.

"Macam mana boleh sampai Amanda masuk hospital ni, Qaiser?" Soal datin Zahira lembut. Bahu anaknya dipegang.

Noah mengeluh kecil.

"Semua sebab Qaiser sendiri mama, Qaiser sakitkan hati Amanda sampai dia pengsan. Sekarang Qaiser penyebab kita kena marah dengan mama Amanda." Datin Zahira menggeleng perlahan.

"Mama tak hirau sangat Hasmizah tu, yang mama risaukan Amanda ni. Tak pernah-pernah lagi mama dengar dia masuk hospital kerna kamu, apa yang kamu buat sampai dia masuk ni?" Soalan maut dari mamanya membuatkan Noah terdiam seribu bahasa.

"Kalau tak mahu cerita, takpe mama faham.. Itu hak kamu nak berahsia dengan mama, mama tak boleh nak masuk campur urusan keluarga kamu sendiri.." datin Zahira mengalah.

"Mama dah makan?" Noah terus menukar topik.

SUDAH dua hari sejak Amanda ditahan wad, hari ini dia telah dibenarkan pulang. Hubungannya dengan Noah berubah dingin, tiada lagi abang-sayang melainkan awak-saya.

Noah tidak putus-putus cuba memujuk sang isteri malangnya Amanda langsung tidak menghiraukan kewujudannya.

"Mulai harini, saya akan tinggal dengan mama dan lepastu awak tunggu surat dari mahkamah. Saya nak kita berpisah.." ujar Amanda dingin.

Membulat besar anak mata Noah.

Tangan isterinya terus diraih.

"Please sayang jangan macam ini, berapa kali abang nak cakap bukan salah abang. Kamelia yang goda abang, Kamelia yang perangkap abang. Dia dengki dengan hubungan kita yang bahagia, dia cemburu abang pilih sayang dari dia. Tolonglah percaya, abang tak salah dalam hal ni, please.. Abang merayu." Tangan isterinya digenggam sepenuh hati.

Amanda tidak langsung menoleh ke arah suaminya yang sedang merayu.

Hatinya sakit, sakit sangat dihancurkan begitu.

Dia tidak sangka Noah mencuranginya bersama teman baik mereka sendiri. Amanda rasa dikhianati.

"Tolong lepaskan tangan saya.. Saya dah tawar hati dengan awak, Noah. Awak dah khianati cinta kita. Saya benci awak! Awak tunggu sahaja mahkamah hantar surat persetujuan perceraian." Selepas itu, Amanda terus menapak pergi bersama mummynya. Noahnya yang menjerit memanggil namanya tidak diendahkan.

Air mata lelaki Noah mengalir deras.

Sakit, ya, sakit sangat di dada sekarang ini Amanda meninggalkan dia. Rasa ibarat dicucuk-cucuk dengan pisau yang tajam.

"Amanda.." orang yang lalu-lalang hanya memandang aneh ke arah Noah.

"Please sayang.."

***

Heh, padan muka Noah.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now