83

25.3K 784 25
                                    

NORA mendekati anak perempuan yang sedang mendukung Cahaya sambil memerhatikan suami serta anak lelakinya bermain kejar-kejar di halaman rumah mereka.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah Kamelia.

"Dah seminggu Noah duduk sini, Lia masih tak bincang isu kamu berdua ke?" Tegur Nora, Cahaya diambil dari dukungan Kamelia.

Kini gilirannya pula mendodoikan si cilik.

"Err belum umi, Lia masih tak bersedia," balasan anak perempuannya membuatkan dia menghela nafas berat.

"Nak tunggu Lia bersedia sampai bila? Tak kasihankan Adam dengan Cahaya? Takkan nak jadikan dorang mangsa atas ego Lia sendiri? Cuba tengok Adam sekarang? Bahagia dia dengan papa dia. Masa Noah jejak kaki hari tu ke sini, Lia nampak sendiri Adam rindukan papa dia," panjang lebar Nora menasihati.

"Umi yakin jauh dari sudut hati Lia, Lia sayangkan Noah. Lia sayangkan Cahaya.. Tapi kenapa masih tak nak cuba berbincang baik-baik dengan Noah. Cuba dengar penjelasan dia dan cuba maafkan.. Umi boleh nampak dari mata dia, dia memang ikhlas nak Lia kembali pada dia. Abah, abah pun yakin perkara sama. Kalau tidak, masakan abah kasi peluang pada Noah untuk memujuk Lia?" Tambah Nora lagi.

Kamelia tidak membalas sebaliknya mendiamkan diri sahaja.

"Jangan disebabkan ego Lia kali ini membuatkan Noah terlepas dari tangan Lia sekali lagi.." sengaja diprovok anak perempuannya itu.

"Lia cuma takut.."

"Takut digelar perampas lagi ke?" Tekaan Nora dibalas dengan anggukan.

"Amanda bukan isteri Noah lagi, dia dah tiada hak nak kata Kamelia rampas Noah dari. Sekarang ini Lia ni isteri sah Noah, Lia yang memiliki hak sepenuhnya terhadap Noah. Umi percaya ada hikmah kenapa Allah satukan korang berdua semula. Dan umi yakin jodoh Lia memang bersama Noah." Kata-kata Nora sedikit sebanyak membuatkan Kamelia sedikit tersedar dari pemikirannya sendiri.

Patutkah dia memberi peluang pada Noah?

"Lia.."

"Lia cakap pada umi.. Lia sayangkan Noah dan Cahaya tak?" Nada Nora berubah serius, Kamelia memandang sekilas wajah Cahaya yang polos sebelum mengangguk.

"Lia sayangkan Noah, Lia sayangkan Cahaya umi tapi.." Nora menggeleng.

"Sudah tiada tapi-tapi lagi.. Umi nak malam ni Lia bincang dengan Noah baik-baik tapi kalau betul Lia tak percayakan Noah dan taknak beri Noah peluang kedua.. Minta dia lepaskan kamu cara baik, umi ke Noah sekejap." Sejurus itu ditinggalkan Kamelia sendirian di pangkin.

Nora tahu sedikit sebanyak kata-katanya akan mempengaruhi Kamelia.

Dia yakin anaknya akan buat keputusan yang bijak.

MAKAN malam tiba, semua ahli keluarga sudah berada di meja makan.

Daus dan Afiq paling bersemangat kerana ada lauk kegemaran mereka iaitu ayam goreng bersama ayam masak merah.

"Sedapnya lauk malam ni kak," tegur Daus. Air liur ditelan.

Kamelia tersenyum.

"Akak masak memang sedap, hmm awak hulurkan saya pinggan awak tu nak cedokkan nasi," tangannya dihulurkan ke hadapan Noah. Segera lelaki itu memberikan seperti yang diminta.

"Abang pun suka kakak Daus masak sebab itu badan abang berisi tau," ujar Noah sambil sekali-sekala matanya mengerling ke arah Kamelia. Wanita itu hanya diam tidak membalas sedangkan jantungnya sudah berdegup kencang.

Daus tertawa saat mendengar kata abang iparnya.

"Abang suka lauk apa? Daus suka ayam goreng dengan ayam masak merah.." balas Daus.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now