52

21.3K 692 39
                                    

DATIN ANITA memandang rumah Kamelia, dia hairan. Benarkah wanita itu tinggal di sini? Bagaimana?

"Lia tinggal sini dengan siapa?" Soal datin Anita selepas puas menilik kawasan rumah tersebut.

"Err Lia tinggal dengan.." katanya terhenti saat matanya dan mata Tengku Ian bertentangan. Dia takut akan mengecewakan lelaki itu tetapi dia juga tidak sampai hati untuk memberikan terus harapan kepada Tengku Ian.

Dari cara Tengku Ian melayannya dan juga Adam hari ini membuktikan lelaki itu masih menyimpan harapan untuk bersamanya.

"Dengan siapa Lia?" Soal datin Anita lagi. Cara percakapan Kamelia terhenti saat dia sedang menanti membuatkan rasa ingin tahunya membuak-buak.

Kamelia menarik nafas dalam.

Ya, dia seharusnya hentikan harapan Tengku Ian sekarang juga kerana tidak mungkin mereka bersama. Dia sudah bersuami dan dia masih cintakan Noah meskipun Noah mengatakan dia hanyalah pelacur di kaki lelaki tersebut.

Maafkan saya, Tengku Ian.

"Lia tinggal sini dengan suami Lia, ayah kandung Adam." Wajah Tengku Ian perlahan-lahan berubah kendur. Jadi selama ini, Kamelia sudah berkahwin dengan lelaki yang dia cakapkan pada mereka berbulan-bulan lepas.

Prak!

Hancur sekeping hati Tengku Ian Hadith.

Datin Anita sedar perubahan anak lelakinya, dia tahu Tengku Ian sedang kecewa saat ini. Namun, dia tidak bisa berbuat apa-apa. Kebahagiaan Kamelia dan Adam adalah kebahagiaannya juga.

"Tahniah, bila Lia kahwin? Tak sempat mama nak tengok Lia bersanding.." datin Anita bersuara, cuba memeriahkan suasana yang secara tiba-tiba berubah menjadi sunyi sepi.

Kamelia mengebam bibirnya. Dia sedar dia sedang mengecewakan Tengku Ian.

"Err sebulan lepas mama," balasnya perlahan.

"Mama turut happy buat Lia dengan Adam, Ian.. Ian senyap je? Tak nak ucapkan tahniah dekat Kamelia ke?" Anaknya yang membisu diseru, lelaki itu segera mencarik senyuman kelat.

Hidung Kamelia dicuit.

"Tahniah, dah jadi isteri orangnya rupa Lia. Adam, Adam pun dah ayah eh? Tapi ingat papa Ian tetap first papa bagi Adam. Adam tetap anak papa dan Lia tetap.." katanya dihentikan.

Jelas wajahnya sedang kecewa. Bagai kaca terhempas ke batu hatinya saat mendengar kata-kata, dia sedar dia sudah tiada peluang buat menjadi suami buat wanita yang dicintainya.

Harapan yang tinggi tadi sudah terbang dibawa angin saat Kamelia jujur padanya.

"Apa-apa pun, Ian ucapkan selamat pengantin baharu dan semoga Lia bahagia sehingga ke anak cucu," bahu Kamelia ditepuk lembut.

"Tuan Ian.."

"Panggil sahaja Ian, kita sekarangkan kawan? Tak selesa pula Ian kalau Lia panggil Ian dengan gelaran tuan, Ian bukan tuan Lia tau." Tawa dipaksa keluar. Dia harus bahagia demi Kamelia dan juga Adam.

Kamelia menghela nafas lega.

Sekurang-kurangnya Tengku Ian tidak memutuskan persahabatan mereka.

"Ian dengan Lia pergilah bincang dekat luar, mama tunggu dekat dalam kereta." Arah datin Anita, dia pasti Kamelia dan juga anaknya pasti ada benda yang hendak dibincangkan secara privacy.

Kedua mengangguk akur, Adam diambil oleh Tengku Ian.

Badannya disandarkan ke badan kereta, pandangannya dibuang ke arah langit malam.

MRS NOAH QAISER©Where stories live. Discover now