39

13.4K 498 4
                                    

ISMAIL serta Nora terkejut saat datin Zahira membuka bicara tentang hajat mereka datang ke kampung.

"Noah nak nikahi anak pak cik? Amanda.." Kelu lidahnya hendak meneruskan kata-kata, sungguh terkejut dia mendengar bahawa Noah ingin mengahwini anak perempuannya semasa lelaki itu sudah bergelar suami kepada Amanda.

Datin Zahira mengeluh kecil.

Dia tahu semua ini terlalu drastik, dirinya juga masih dalam fasa terkejut dengan permintaan anak lelakinya sendiri.

"Tapi Kamelia.."

"Aku tak kisah Kamelia ni janda, Mail. Aku yakin dia boleh jaga makan pakai Noah dengan sempurna. Tentang Adam, kami sekeluarga terima dengan tangan terbuka meskipun Adam bukan darah daging Qaiser. Nora, Mail, aku tahu semua ini terlalu cepat tapi tak baik kalau kita perlambatkan benda yang baikkan? Lagipun, Qaiser, Amanda dengan Lia ni dah bersahabat baik dari dulu lagi kalau dengan membina hubungan sebegini dapat merapatkan hubungan kita semua, aku rasa tiada yang salah," ujar datin Zahira panjang lebar.

Ismail tidak mengerti maksud datin Zahira saat wanita itu mengelar anaknya janda? Bila masa Kamelia berkahwin? Kamelia ada kahwin secara senyap-senyap semasa dia dihalau dulu? Gerutu hati tuanya.

"Aku tiada masalah tentang kahwin ni asalkan Lia sudi dan Amanda ikhlas nak bermadu.. Yelah, isu bermadu ni bukan perkara kecil. Berkongsi kasih ni bukan senang nak diadilkan." Luah Ismail, wajah Noah ditenung lama sehingga membuatkan lelaki itu tidak senang duduk.

"Pak cik nak tanya, ikhlas ke Noah terima Kamelia dengan Adam ni? Sebagai seorang bapa, pak cik risaukan masa depan Lia. Amanda pula? Amanda ikhlas ke terima Lia sebagai madu Amanda? Pak cik tak nak di kemudian hari, kamu menyimpan dendam antara satu sama lain memandangkan kasih-sayang ni bukan perkara main-main." Soal Ismail tegas.

Amanda menyimpul senyum palsu.

"Amanda tak kisah pak cik, Lia dengan Amanda kan dah lama kawan. Adam pun Lia dah anggap macam anak Amanda sendiri, lagi pula, Amanda yakin Noah boleh bagi kasih-sayang secara adil. Kan abang?" Bahu suaminya ditolak.

Noah laju mengangguk.

"Iya pak cik, Noah ikhlas terima Lia." Mendengar balasan dari kedua mereka membuatkan Ismail mengeluh berat, wajah isterinya dipandang. Nora hanya mengangguk kecil.

"Lia pula? Lia yakin Lia boleh hidup bermadu?" Kamelia mengangguk yakin, dia ikhlas andai mereka harus berkongsi suami.

"Hurm.. Kalau begitu, abah dah tak boleh nak kata apa. Bila nak tunang dan nikah?" Datin Zahira menghela nafas lega, kedua-dua keluarga terus berbincang tentang urusan perkahwinan.

ISMAIL mengambil tempat di sisi anaknya yang sedang duduk memandang langit.

"Lama dah tak tengok Lia duduk memandang langit macam ni kan? Rasanya dah lama sangat. Abah rasa rindu pula," Kamelia terus menghadiahkan senyuman manis buat abahnya.

Kepalanya dilabuhkan ke lengan Ismail.

Ya, dia juga rindu. Dia tidak sangka keadaan sudah kembali normal semula. Dia benar-benar bersyukur atas nikmat pemberian tuhan ini.

"Lia pun sama, Lia rindu sangat-sangat dengan abah. Terima kasih abah sebab sudi maafkan dosa-dosa Lia. Lia takut Lia tak dapat jumpa syurga-syurga Lia lagi dah, masa dalam perjalanan ke sini, jujur Lia katakan, Lia takut abah akan menolak menemui Lia." Luahnya sebak, tubir matanya mulai bertakung.

"Abah yang salah, abah yan ego. Abah sayangkan Lia tapi abah buang Lia jauh sebab abah terlalu pentingkan pandangan orang terhadap keluarga kita sedangkan ahli keluarga itu paling penting tidak kira betapa buruknya dia," rambut Kamelia dielus. Sudah lama mereka tidak meluangkan waktu ayah dan anak.

"Lia tak pernah marah dekat abah. Lia yang salah, Lia yang ikutkan sangat keinginan dan nafsu Lia saat itu. Kalau tidak, mesti aib keluarga kita terjaga." Ismail menggeleng.

"Lupakan sahaja kisah lama, sekarang ini kita buka cerita baru."

Kamelia mengangguk akur.

"Kalau abah tanya, Lia jawab jujur boleh?" Soalan yang sudah lama berada di fikirannya akhirnya ingin ditanyakan kepada Kamelia.

"Tanya sahajalah,"

"Siapa ayah kandung Adam dan apa maksud Zahira bila cakap Lia dah jadi janda? Abah tak mahu membuat kesimpulan sendiri sebab itu abah nak jawapan sendiri dari Lia." Lama Kamelia terdiam sebelum nafas berat dihembus.

"Ayah kandung Adam ialah Noah." Terbungkam Ismail saat mendengar jawapan anak perempuannya.

"Maksud Lia? Abah tak faham." Kamelia memusingkan badan menghala ke arah abahnya, nampaknya dia harus menjelas perkara ini dari A sehingga Z agar Ismail memahami perkara sebenar.

"Abah ingat lagi tak kejadian malam di mana Lia kata Lia nak jumpa kawan dan keesokkannya baru Lia balik? Sebenarnya malam itu Lia bertemu dengan Noah di hotel. Lia yang goda Noah sampai dia tiduri Lia, Lia yang bodoh! Lia fikir dengan serah tubuh Lia pada Noah akan buat Noah tinggalkan Amanda dan mengahwini Lia. Lia silap! Malah Noah bencikan Lia. Sejak itu, Lia buat keputusan nak lupakan Noah. Tapi tak sangka, 3 bulan lepastu Lia disahkan hamil dan abah halau Lia." Ceritanya tanpa ragu-ragu.

Ismail hanya setia mendengar.

"Jadi, Noah tahu tak Adam tu anak dia?" Kamelia mengangguk.

"Habistu janda tu pula macam mana?" Kamelia mengeluh perlahan, bahunya dijungkit perlahan.

"Noah tak bagitahu mama dia yang Adam anak kitorang, dia cakap yang suami Lia mati. Lia malas nak kecoh, Lia biar sahaja mama Noah anggap Adam tu anak Lia dengan arwah suami lama yang tak pernah wujud," balasnya perlahan.

Ismail mengurut lembut dadanya setelah mendengar cerita dari bibir anaknya sendiri. Dia tidak sangka Noah begitu pengecut sehingga tidak mahu mengaku darah dagingnya sendiri.

"Allahuakhbar,"

"Jadi, Lia nak teruskan macam itu sahajalah?" Anggukan dari Kamelia membuatkan Ismail mengaru kepalanya.

"Lia sanggup tengok kewujudan Adam tak diketahui?" Kamelia terdiam sejenak.

"Lia ikhlas abah asalkan ayah dia sudi terima kehadiran dia. Lia cuma nak Adam rasa kasih-sayang dari ayah kandungnya sendiri." Jawapan Kamelia benar-benar meluluhkan sekeping hati milik Ismail. Tanpa disangka, anaknya lebih suka memendam rasa sakitnya demi kebahagiaan orang lain.

"Baiklah abah yakin ada sebab kenapa Lia biarkan Noah buat begini." Dahi anaknya dikucup kasih.

"Abah rahsiakan hal ini dari sesiapa tau, even umi.. Lia takut umi tak boleh terima kalau tahu Adam dilayan sebegini." Ismail mengangguk paksa.

Kamelia ditarik ke dalam pelukan.

"Bertabahlah sayang.."

***

Sebaik atuk mail baik.

MRS NOAH QAISER©जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें