Pilihan Kedua | C

Par farahnotfara

1.2M 61.6K 10.8K

Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Mac... Plus

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
bukan update
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
bukan update pt 2
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
epilog
dari hati
Chapter 58- happy
Chapter 59- happy
Chapter 60- happy
Chapter 61- happy
Chapter 62- happy
Bonus Chapter
Raya 1
Raya 2
Raya 3

Chapter 63- happy

18.7K 654 60
Par farahnotfara

4 tahun kemudian....

Adara sekarang di sebuah padang sekolah. Ini kerana, Eiman ada menyertai pertandingan bola sepak yang dianjurkan di sekolahnya.

Sebagai ibu yang baik dan supportive, di sinilah Adara sambil menggendong Irfan Adhwa. Menjadi penyokong yang bersemangat buat anaknya. Ellyna yang berada di sebelahnya juga tidak lepaskan peluang untuk menjerit nama abangnya berkali-kali.

"Honey!"

"Hubby! Datang pun. Ingat tak jadi." Adara berkata sambil menepuk kerusi yang kosong disebelahnya. Nak suruh Zafran duduk disitu.

"Of course datang honey. Meeting cancel tadi." Zafran sempat mengucup tepi kepala Adara.

"Mana anak kita?" Zafran mengecilkan matanya sambil pandang ke hadapan.

"Tu! Jersey nombor 7." Adara berkata sambil jari telunjuknya dihalakan kedepan.

"Peh hebatnya anak baba!" Zafran berkata dengan penuh semangat apabila dia melihat anaknya lincah menggelecek bola dari pihak lawan.

"Weh foul!"

"Weh offside lah weh!"

"Mana kad kuning?!"

"Apa ni reff?"

"Aku rasa reff ni dibayar lah."

"Aku pun rasa benda sama."

Adara mengerutkan mukanya. Ish bising betullah.

"Hubby! Diorang ni bising betullah." Bengang betul Adara apabila Zafran seboleh-boleh suruh dia ajak Danish dan Alex untuk menemaninya.

Agaknya Zafran tu masih trauma dengan kejadian Adara pernah kena culik dahulu.

Dari tadi Danish dan Alex buat bising. Gaya macam tengok perlawanan bola yang betul-betul sengit. Padahal ni anjuran sekolah saja untuk hari sukan. Yang main pun budak-budak.

Tiba-tiba...

"SIUUUUU!!!" Bukan Danish dan Alex saja, Zafran pun sama naik. Lagi-lagi apabila Eiman baru saja menjaringkan gol.

Eiman pun kemain buat gaya celebrate Cristiano Ronaldo.

"SIUUUU!!" Adara menekup telinga Irfan Adhwa. Ya Allah! Kiri kanan menjerit.

"Anak saya tu! Anak saya! Saya baba dia!" Zafran sempat berkata pada orang sekelilingnya.

"Ni mama dia!" Zafran menunjuk Adara.

Adara menekup mukanya. Ya Allah...

"Saya papa dia!"

"Saya daddy dia!"

Adara geleng kepala. Alex dan Danish pun nak juga... Ya Allah...

********

Adara tergelak mendengar celoteh Eiman yang dari tadi tidak berhenti bercakap. Bahagia betul apabila pasukannya memenangi nombor satu. Eiman pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Dari tadi pingat yang tergantung di lehernya tidak dilepaskan. Biarlah dia.

"Ayyad nanti kalau dah besar nak masuk team mana?" Danish tanya sambil memeluk tubuh Ellyna yang berada di atas ribanya. Ellyna memang suka dengan Uncle Danish dia.

"Ayyad nak masuk team PSG. Nak main dengan Mbappè." Dengan petah Eiman menjawab.

"Ayyad masuk team PSG, time tu Mbappe dah bersara dah." Alex berkata.

"Ish kau ni! Tak baiklah merudumkan semangat waja dia!" Danish mengetuk kepala Alex.

"Eh eh! Ketuk-ketuk kepala jangan buat depan anak-anak aku eh!" Zafran bersuara. Tangannya bergerak menghulurkan air kepada isterinya.

"Padan muka kena marah." Alex menjuihkan bibirnya.

"Weeeee!" Alex menggoyangkan tangannya yang memegang sepeti kapal terbang. Lalu sudu itu disuapkan ke mulut Irfan Adhwa yang duduk di atas ribanya.

"Sedap?" Alex bertanya dengan suara lembut pada Irfan Adhwa.

"Ngeee." Irfan Adhwa tersengih lebar.

Adara dan Zafran tersenyum melihat telatah anaknya.

"Dah boleh dah tu, Alex." Adara berkata.

"Calon takda lagi." Alex menjawab.

"Eleh takda apanya? Lia kata kau tu je yang memilih. Padahal awek beratur nak kat kau." Adara berkata lagi.

"Tch! Tak nak lah. Perempuan ni menyusahkan lah." Alex menjawab lagi. Tangannya tak berhenti menguruskan Irfan Adhwa.

"Hello? Aku perempuan tau." Adara berkata.

"Kau dengan Amelia tak lah."

Adara mengulum senyum sambil mengangkat keningnya berkali-kali ke arah Zafran.

"Kau bila Danish?" Giliran Zafran pula berkata. Pasangan suami isteri ini sibuk betul dengan kehidupan dua orang single di hadapan mereka ini.

"Diam ah." Danish dengan kasar membalas.

Alex tergelak.

"Apa jadi dengan awek sorang tu? Apa nama dia?" Zafran pandang Adara sambil menolak lengan Adara dengan sikunya.

"Dewi kan?"

"Ha Dewi."

"Ish biarlah minah tu. Malas nak ambil tahu." Danish berkata.

"Jangan cakap kau tunggu dia Danish. Dah empat tahun kot."

********

"Assalamualaikum ayah!!"

"Assalamualaikum atokk!!"

Serentak Adara dan anak-anaknya memberi salam setelah saja kereta yang dipandu Zafran masuk ke dalam perkarangan rumah kampung itu. Teruja sangat macam setahun tak balik kampung.

"Korang beri salam dalam kereta, memang Encik Hishamuddin tu dengar pun." Zafran berkata sambil menggeleng kepala. Bukan anak je, mak pun sama naik beri salam dalam kereta. Tingkap kereta pun tak turunkan.

"Unlock the door please, baba." Ellyna sudah mengeluarkan suara.

Setelah Zafran lakukan apa yang disuruh anak dara nya itu, bergegas mereka turun dari kereta. Tinggalkan Irfan Adhwa yang tertidur di car seat.

"Anak baba, wake up please. Dah sampai kampung." Zafran berkata lembut sambil perlahan-lahan mengambil Irfan Adhwa dari car seat.

Irfan Adhwa mula merengek perlahan.

"Shh... shh..." Zafran menepuk perlahan tubuh belakang anaknya itu.

"Wanginya dia!" Zafran mengucup berkali-kali pipi Irfan Adhwa.

"Sedapnya nenek! Ayyad suka sangat karipap pusing ni." Eiman dari tadi tak berhenti memuji karipap pusing yang baru digoreng oleh Puan Karina itu.

"Iya, sebab tu nenek goreng banyak-banyak. Nak bagi Ayyad makan lah." Puan Karina mengusap kepala anaknya.

Adara dalam diam kerisauan,

'Aku dah ada pesaing baru ke? Aku kena berebut karipap pusing dengan Ayyad pula ke lepasni? Tak boleh jadi ni!'

"Kamu tak payah buat muka macam tu, Adara. Ada ayah sumbat semua karipap ni ha. Risau betul. Ada banyak lagi tu ha ibu kamu buat." Tergeleng kepala Encik Hishamuddin nampak Adara dengan muka berkerut lepastu mulut terkumat-kamit bercakap bersendirian.

Zafran yang dengarkan itu tergelak.

"Assalamualaikum semua penduduk kampung Encik Hishamuddin! Umar dah balik ni." Seketul Umar berjalan laju ke arah ruang tamu selepas masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

"Wahhh ada Ayyad lah!" Umar teruja nampak Eiman kerana sekarang Eiman adalah kawan baik Umar. Umar bahagia dapat kawan seperti Eiman.

Eiman pun sama naik teruja.

"Hai Nana!" Umar lambaikan tangannya ke arah Ellyna yang dari tadi memeluk Zafran sejak Umar tiba di ruang tamu.

"Hmph!" Ellyna menjeling Umar.

"Sabar eh Umar." Adara menepuk bahu Umar.

"Sayang, tak baik lah buat macam tu. Abang Umar cakap hai tu. Nanti Abang Umar tak nak kawan dengan Nana dah." Zafran memujuk Ellyna. Mereka pun tak tahu kenapa Ellyna ni sombong betul dengan Umar. Kemain.

"Hai." Ellyna perlahan berkata sambil laju tangannya melambai. Lalu cepat-cepat dia peluk Zafran semula.

"Hai adik! Kucu kucu kucu!" Umar mencubit perlahan pipi Irfan Adhwa.

*********

"Zafran." Encik Hishamuddin menegur Zafran yang sedang fokus dengan Ipad nya.

"Eh ayah." Zafran berganjak ke tepi sedikit untuk memberi ruang Encik Hishamuddin labuhkan duduk.

"Banyak ke kerja tu?" Encik Hishamuddin tanya.

"Takda lah ayah. Ameerul ada minta tolong check sesuatu. Nak check dalam rumah, kang Nana tu nak main Ipad pula. Itu yang duduk kat luar ni ha." Zafran berkata sambil meletak Ipad nya di tepi. Dah selesai dah pun kerjanya.

"Iya lah kan. Budak-budak tengah semangat main-main dalam rumah tu." Tersenyum Encik Hishamuddin apabila dia terdengar betapa riuhnya rumahnya harini.

"Mak nya pun sama naik." Zafran berkata lalu tergelak apabila dia terdengar suara Adara bergaduh dengan akaknya, Adira.

"Terima kasih sebab dah bahagiakan anak ayah." Encik Hishamuddin berkata.

"Terima kasih juga pada ayah sebab dah percayakan saya untuk menjaga Adara. Saya betul-betul sayangkan Adara, ayah. Saya tak boleh bayangkan kalau saya betul-betul lepaskan dia." Memikirkan itu, hati Zafran terasa sakitnya.

Perbualan mereka tidak terhenti disitu, malah abang-abang Adara juga turut menyertai perbualan di pangkin luar rumah itu. Malam ni, keluarga Encik Hishamuddin masing-masing tidur lambat.

********

Di dalam bilik,

"Tutup mata cepat!" Adara berkata pada Zafran.

"Ala kena ke? Nanti hubby tak dapat tengok muka honey." Zafran berkata dengan suara malas.

"Eh eh mengada betul ek? Cepat lah hubby." Adara mendesak.

"Jangan lama-lama eh? Nanti hubby rindu." Zafran berkata dan terus menutup kedua matanya.

"Alamak gelapnya honey. Cepat lah. Mana muka cantik honey ni." Zafran berpura-pura gelisah.

Adara gelak kuat.

"Ish banyak main lah dia ni. Serious lah sikit Japran." Adara berkata sambil tergelak-gelak. Lupa terus niatnya nak tunjuk sesuatu pada Zafran.

"Ish suka tau panggil suami dia Japran. Punya lah sedap nama suami dia, Japran juga dia panggil." Zafran buka mata lalu jentik perlahan dahi Adara.

"Sorry lah hubby. Tutup mata balik." Adara meletakkan tapak tangannya di atas kelopak mata Zafran.

"Okey dah boleh buka mata." Adara berkata setelah kotak kecilnya berada di tangannya.

"Macam mana hubby nak buka kalau tangan honey ada dekat mata hubby."

"Eh hehe." Adara laju-laju turunkan tangannya.

Zafran capai tangan itu lalu mengucup tapak tangan itu.

"Apa dia ni honey?" Zafran capai kotak kecil itu.

"Buka lah."

Seketika, mata Zafran terbeliak. Sebelah tangan menutup mulutnya yang sudah terlopong.

"Serious ke honey?" Mata Zafran berair.

"Serious lah!" Mata Adara turut berair.

"Alhamdulillah!" Zafran terus memeluk tubuh Adara lalu tangisannya terlepas.

"Janganlah nangis!" Adara turut nangis.

"Tahniah honey." Zafran mengucup pipi Adara.

"Tahniah untuk hubby juga." Adara mengucup pipi Zafran.

Zafran pandang pregnancy test di tangannya. Lama dia menatap benda kecil itu.

"Honey okey ke? Sebab bukan honey kata honey tak nak pregnant dah?" Zafran berkata.

"Honey okey lah! Lagipun honey tiba-tiba rasa nak pregnant lagi hehe." Adara menyengih.

"Dapatlah hubby jaga honey kalini!" Zafran teruja apabila memikirkan pregnancy journey yang bakal mereka tempuhi sama-sama.

"Thank you baba." Adara mengucup laju bibir Zafran.

"Sama-sama mama." Zafran juga mengucup laju bibir Adara. Berkali-kali.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini.

Akhirnya, Zafran dan Adara meneruskan tempuhi alam perkahwinan mereka bersama-sama. Zafran jaga Adara, Adara jaga Zafran.

Bahagia selamanya.

*************

Pilihan Kedua officially signing off!

Terima kasih tak terhingga kepada awak semua yang dah support cerita pertama saya. Doakan saya terus bersemangat nak tulis cerita seterusnya.

Saya minta maaf atas segala kekurangan yang terdapat dari awal sehingga habis cerita. Terlalu banyak kesilapan yang ada. Saya minta maaf. Saya akan cuba improve untuk menjadi yang lebih baik.

Saya akan rindukan journey saya sepanjang menulis cerita ni huhuhu! Saya akan rindukan Japran dan Adara saya! Huwaaa

Thank you korang! Jangan lupa kalau suka, vote dan komen!

Thank you, i love you <3

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

6K 195 33
ᴹᵃᵐᵖᵘᵏᵃʰ ᵃᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ᶜᵃʰᵃʸᵃ ᵈᵃˡᵃᵐ ᵈᵘⁿⁱᵃ ᵍᵉˡᵃᵖᵐᵘ? ᴄʜᴀʜᴀyᴀ ᴍᴀyᴀ & ꜰᴜʀqᴀɴ ᴀʟ-Qᴀᴍᴀʀ Dear Diary Of Sadness Live, Chahaya Maya. Sesungguhnya, kehadiran dia...
Hidden Love Par Nratqh

Roman pour Adolescents

29.3K 2K 26
IMAN | AIN Setiap perempuan di dunia ini menginginkan perkahwinan yang bahagia. Itu juga yang sering diimpikan oleh Nurul Ain. Namun siapa sangka pa...
112K 10.4K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
126K 10.9K 58
[COMEDY ROMANCE] Chris nak jadi muslim? Adakah itu namanya fakehope anak-anak? Kepercayaannya kepada Tuhan hanya err 0.1% mungkin? Atau tiada langsun...