Billionaire vs Millionaire โœ”...

By CikAiZa243

157K 7K 248

๐Ÿ†#1 ranking in Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) ๐Ÿ†#1 ranking in Islamik (06.06.23) ๐Ÿ†#1 ranking in Romantik... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 100
BAB 101
BAB 102
BAB 103
BAB 104
EPILOG
Special Chapter
Coming up next!

BAB 66

1.2K 59 3
By CikAiZa243

"PATIENT bed number 7, Fahryil Danial, 26 years old. Patient ni patient VIP, anak Tan Sri. Post-MVA (motor vehicle accident) diagnosed with brain concussion, non-displaced ribs fracture at left-side number 5th and 6th, day 10. Branula at left hand. Patient on normal diet. Dressing dah buat, luka dia semua makin baik, okey saja tak ada signs of inflammation, tak ada puss. Masa doktor round pagi tadi, doktor Lee order untuk cuci guna normal saline saja dan tutup gauze dengan Povidone untuk luka dekat tangan dan bahu dia. Saya dah call physio dan dah order spirometry untuk patient proceed chest physio. Ubat dia pukul 12 tengahari tadi semua dah bagi. Kalau patient request painkiller nanti, bagi Tramal macam biasa, ni doktor ada order Tramal PRN (bila perlu). Tapi kena assess dulu pain score dia. Vital signs pukul 4 petang ni tak payah ambil sebab dia tengah meeting. Patient ambulating well. Cuma, kalau wife dia datang, korang boleh nampak patient ni buat drama Melayu. Tiba-tiba tak boleh nak jalan, tiba-tiba nak kena dipapah. Nak makan pun kena suap. Padahal kalau wife dia tak ada... elok je buat semua sendiri, tak pernah panggil nurse pun." Jururawat senior yang sedang memberikan laporan hanya mampu menggelengkan kepala di hujung ayatnya. Dua orang jururawat yang sedang menerima laporan syif petang itu tergelak mendengar kenyataan yang terakhir. Beberapa orang jururawat yang lain turut ketawa geli hati. Karenah Fahryil sudah menjadi bualan ramai kakitangan di wad itu.

"Adik, awak baru masuk kerja hari ni, kan? Nanti awak jumpalah patient bilik 7 ni. Muka dia handsome macam pelakon Thailand. Tinggi lampai, sado, kulit putih, kening lebat, suara pun macho tau!" Salah seorang jururawat di situ memberitahu kepada jururawat muda yang baru sahaja lapor diri pada hari itu. Beberapa orang lagi jururawat yang ada di situ turut mengangguk kecil dengan wajah yang teruja.

"Korang tak tengok waktu syif aku, masa tu dia baru saja bangun lepas dah sehari tak sedarkan diri. Dia bukannya panggil kita, tapi eh tahu-tahu dia dah hilang. Tak ada dekat bilik. Korang tahu dia pergi mana? Dia pergi berdrama dekat lobi bawah dengan wife dia. Kita ni macam nak tercabut jantung dengar patient hilang tak inform apa-apa pada staff nurse tahu! Jenuh weh nak kena buat incident report nanti."

"Tapi korang tengok tak wife dia? Cantik gila! Sumpah! Cantik macam anak patung. Aku yang perempuan ni pun boleh fangirl wife dia tau. Sudahlah cantik, baik pula tu selalu bagi makanan ke wad," Seorang lagi jururawat mula menyampuk.

"Eh, come on! Tu crush akak tu. Kalau kau tengok muka dia kan dik, mesti kau terkejut sebab cantik macam bidadari. Mata dia... warna biru." Jururawat senior yang memberikan laporan tadi menambah lagi.

"Eh, itu bukan sebab dia pakai lense ke?"

"Itu original mata dialah. Takkan dia pergi sekolah pakai contact lense warna biru pula? Wife dia tu bersolek pun tidak, takkan tiba-tiba nak pakai contact lense warna biru?" jururawat yang mengaku sebagai 'fangirl' Humayraa mula mempertahankan.

"Wife dia pergi sekolah? Cikgu ke?" jururawat muda itu bertanya ingin tahu. Melihatkan umur Fahryil, disangkakan isteri lelaki itu berusia tidak kurang berbeza dengan Fahryil.

"Eh, tak. Wife dia tu budak sekolah. Muda lagi. Umur pun baru 18 tahun. Umur kau berapa dik? Umur wife dia lagi muda daripada kau," jururawat yang baru melapor diri itu bertambah terkejut apabila mengetahui umur Humayraa 18 tahun.

"Umur dia 18 tahun tapi dia masih Tingkatan 5. Baru nak ambil SPM bulan depan, kan? Macam adik saya." Jururawat yang lain meminta kepastian.

Suasana menjadi senyap seketika apabila Juvieya Aima berjalan di hadapan kaunter jururawat. Gadis model tinggi lampai itu sempat menjeling ke arah jururawat-jururawat yang berkumpul di kaunter.

"Typical nurses." Sempat dia membisikkan ayat itu sebelum berlalu pergi ke bilik wad persendirian Fahryil.

"Siapa tu? Artist ke?" jururawat muda itu bertanya dengan nada suara yang perlahan.

"Dik. Complicated sebenarnya cerita orang-orang kaya ni. Macam novel," seorang jururawat senior berkata sambil menepuk lembut bahunya.

.....

"BABY, you masih marahkan I ke? You memang dah tak sayangkan I lagi ke? You tak nak ke belikan I handbag LV collection yang baru ni?" Juvieya yang menerjah masuk ke dalam wad peribadi Fahryil berhenti apabila melihat Fahryil mengangkat tangannya. Wajah lelaki itu kelihatan serius sambil dia menunjuk ke arah komputer ribanya.

"Meeting." Lelaki itu membuat isyarat mulut ke arah Juvieya.

Gadis model itu tidak berpuas hati dengan layanan teman lelakinya. Dia mula melangkah mendekati Fahryil yang sedang khusyuk mendengar pembentangan salah seorang pegawai Empire Berhad. Juvieya mencapai tangan lelaki itu lalu digenggam erat. Dia kemudiannya merangkul lengan Fahryil pula membuatkan Fahryil terkejut.

"I'm sorry. I will come back in 5 minutes." Cepat saja Fahryil bertindak untuk keluar dari ruang mesyuarat atas talian tersebut. Lelaki tampan itu menoleh ke arah model cantik yang sudah menarik muncung itu. Keluhan halus terhembus keluar.

"Vie, you nak apa? I busy ni you tak nampak ke? Can you just please stop disturbing me?"

"You said, I am disturbing you now?" Mata Juvieya membulat tidak percaya.

"Danny, I feel like you are different now. You hilang ingatan ke sebab accident ni? I'm your girlfriend, okay?!" kata-kata itu membuatkan Fahryil memicit dahinya. Dia melepaskan pelukan di tangannya, lalu menggenggam erat kedua belah bahu Juvieya.

"Vie, please. I told you to stop. I tak boleh teruskan lagi. 4 tahun dah, and our relationship didn't go anywhere. I penat tipu diri I sendiri." Fahryil merenung tepat ke dalam anak mata Juvieya.

"Honey, you're just confused. Whatever you feel about her, that's all temporary excitement, okay? We can get married now. Divorce her and marry me." Gadis itu masih tidak berputus ada dan merangkul leher Fahryil pula. Mata almond itu kelihatan berkaca. Perlahan-lahan, dia merapatkan wajahnya ke wajah Fahryil.

Fahryil memusingkan kepalanya ke arah lain, cuba mengelak. Sekali lagi dia meleraikan tangan Juvieya yang melingkar di lehernya.

"Vie, I ada meeting." Fahryil berdehem sedikit dan kembali fokus pada skrin komputer ribanya.

"Danny, lately ni I rasa pinggang I sakit." kata-kata itu menyebabkan Fahryil terdiam seketika. Lama lelaki itu membisu sebelum dia terus sahaja menyertai semula mesyuarat atas talian yang tergendala sebentar tadi. Perlakuan Fahryil membuatkan Juvieya mengetap bibirnya. Dia mula bangkit dan berniat untuk melangkah keluar dari wad persendirian itu sebelum panggilan Fahryil mematikan niatnya.

"Vie," lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepada gadis model tersebut.

"Go buy it," ringkas sahaja ayat Fahryil menyebabkan Juvieya tersenyum lebar.

"Thank you, baby! I love you!" gadis itu menjadi ceria dan cepat-cepat dia menyambut huluran tersebut. Sempat dia mengucup pipi teman lelakinya sebelum beredar pergi.

.....

HUMAYRAA SYAHLAA mengemaskan lagi pegangan tangannya pada beg makanan yang dibawa. Gadis bermata biru itu sekadar menghadiahkan senyuman nipis kepada pengawal keselamatan yang berjaga di lobi hospital. Kekerapannya bertandang ke hospital swasta itu sejak Fahryil ditahan wad membuatkan pengawal keselamatan yang ada di situ sudah mengenalinya.

Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu melihat skrin telefon pintarnya sementara menunggu pintu lif terbuka. Dia tersenyum apabila membaca mesej yang dihantar oleh Nisyha. Seketika kemudian, Humayraa kembali mengangkat pandangan apabila pintu lif di hadapannya sudah terbuka. Gadis itu terkaku seketika apabila matanya bertaut dengan mata Juvieya Aima. Senyuman yang tadinya mekar di bibir masing-masing kini sudah hilang. Juvieya berjalan keluar dari kotak lif dengan langkah yang elegan selayaknya dia seorang model fesyen antarabangsa. Dia sengaja menjatuhkan kad kredit milik Fahryil ketika berselisih dengan gadis bermata biru itu.

"Ops... habis dah kotor kad kredit Danny." Sengaja dia mengungkapkan ayat itu supaya Humayraa dapat mendengarnya. Juvieya tunduk lalu mencapai kad kredit yang terjatuh ke atas lantai. Kad tersebut dilayangkan di hadapan muka Humayraa. Gadis bermata biru itu dapat membaca nama Fahryil Danial terukir di situ.

"You are just a game Danny is playing with for now. He will come back to me in the end. I will make sure of it. I'm just letting you borrow him. So have fun with him for now, okay?" Juvieya menyentuh bahu Humayraa sebelum berlalu pergi. Namun langkahnya tersekat apabila gadis kacukan itu mencapai pergelangan tangannya.

Humayraa merenung tajam ke dalam anak mata Juvieya sambil genggamannya dieratkan lagi sehingga menyebabkan si model itu mengaduh sakit.

"That's hurt!" Juvieya cuba melepaskan cengkaman tangan Humayraa namun tidak berjaya.

"Kau ingat aku kisah ke pasal lelaki tu? Kau ingat hidup aku ni macam kau ke tak ada benda lain nak buat? Kau rasa aku ni tak laku ke sampai nak terhegeh-hegeh? Silap." Humayraa mencebik sebelum melepas kasar pergelangan tangan Juvieya yang sudah kemerahan. Dengan lagak yang selamba sahaja gadis bermata biru itu melangkah ke dalam kotak lif dan menekan butang tutup.

Juvieya Aima yang sudah terkedu, mula membentak marah dan menghentakkan kakinya. "Cazzo! (Damn!)" dia benar-benar tidak puas hati melihat ketenangan pada wajah gadis bermata biru itu.

.....

HUMAYRAA terduduk mencangkung di dalam lif. Dadanya berombak deras menahan segala rasa yang membuak-buak. Rasa geram, marah, sakit hati, kecewa, semuanya bergabung menyebabkan gadis itu terasa seperti mahu meletup. Dia mahu menjerit dan menghamburkan rasa hatinya tetapi tidak boleh. Akhirnya, air mata mula menitis perlahan-lahan mengalir membasahi pipi mulusnya.

Humayraa bangkit dan mengipaskan wajahnya yang terasa hangat dengan menggunakan tangan sendiri. Dia menarik nafas dalam-dalam. Air mata yang mahu mengalir lagi, cuba ditahan. Humayraa, kau kuat!

Sejujurnya, kata-kata yang dilontarkan kepada Juvieya tadi, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu sejauh mana kebenarannya. Semestinya dia tidak mahu Juvieya tahu yang Fahryil sudah lama bertakhta di dalam hatinya. Lumrah seorang manusia, dia juga tidak terlepas.

Humayraa keluar dari perut lif dengan langkah yang longlai. Dia tidak terus pergi ke wad Fahryil, sebaliknya gadis tersebut menuju ke taman permainan kanak-kanak yang ada di dalam hospital swasta itu. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain riang dan bergelak ketawa sambil diawasi oleh orang tua mereka. Ada di antara kanak-kanak itu yang memakai baju pesakit hospital.

Humayraa melabuhkan punggungnya di salah sebuah bangku yang ada di situ, jauh daripada semua orang. Wajahnya kosong, tiada sebarang riak. Perlahan-lahan, air matanya menitis lagi.

"Ya Allah, usaha aku selama ni cuma sia-sia saja ke?" gadis itu mengurut perlahan dadanya yang terasa sakit. Bibirnya membisikkan lafaz istighfar. Ingatannya mula memutarkan kenangan beberapa hari lepas.

.....

LARUT malam itu, Humayraa duduk di sebelah mama ketika mereka berada dalam perjalanan pulang dari Empire Berhad setelah bertungkus-lumus menyiapkan persiapan untuk pembentangan esok pagi. Gadis itu kelihatan teragak-agak untuk berbicara namun digagahkan juga hatinya.

"Mama..." panggilannya telah menghentikan Puan Sri Jeanne yang sedang meneguk air mineral di dalam botol yang ada di dalam kereta mewah itu.

"Betul ke... Juvieya dengan Fahryil pernah bertunang?" Akhirnya, persoalan yang berlegar-legar di kotak fikirannya sedari di hospital lagi, diluahkan juga. Pertanyaan itu jelas menyentakkan Puan Sri Jeanne hingga menyebabkan wanita itu terbatuk-batuk. Cepat-cepat Humayraa mengusap belakang badan ibu mertuanya.

"4 tahun yang lepas. Selepas Aril habis degree, Aril beritahu yang dia nak kahwin dengan Juvieya. Masa tu..." Puan Sri Jeanne kelihatan serba salah untuk menyambung apabila melihatkan wajah suci menantunya. Lambat-lambat keluhan halus terhembus keluar.

"Masa tu, kami setuju saja mereka nak berkahwin. Tiada siapa bantah. Mama dengan papa pergi jumpa parents Vieya. Berbincang apa yang patut. Aril pun muda lagi waktu tu jadi kami plan untuk tunang ikat setahun mati."

"Baju, cincin, pelamin dan dulang-dulang hantaran semua dah siap. Untuk majlis tunang tu semuanya dah lengkap. Tapi masa hari kejadian, Juvieya kata cancel. Dia tak jadi nak bertunang sebab dia nak fly ke Itali. Dia baru sign kontrak 4 tahun untuk jadi model fesyen. Dia tak nak diikat jadi dia datang pada hari kejadian semata-mata nak beritahu yang tunang tu cancel, and on that very same day, dia pergi Milan." Mengingati kejadian itu kembali membuatkan Puan Sri Jeanne berasa marah.

"Kenapa dia tak inform awal-awal sebelum majlis? Parents dia pun takkan tak ada yang beritahu?" Humayraa yang berasa pelik dengan keterangan tadi kembali bertanya.

Puan Sri Jeanne menggeleng beberapa kali. "Tak, dia tak beritahu pada sesiapa pun yang dia dapat tawaran untuk jadi model fesyen. Parents dia tak bagi dia kerja tu. Coincidentally, flight dia pergi Itali sama dengan tarikh bertunang tu."

"Dia tak bersedia pun untuk ke arah serius. Selama empat tahun ni, mama tak nampak hubungan mereka pergi mana," Puan Sri Jeanne menambah lagi. Humayraa hanya mendiamkan diri.

"I don't know what she told Aril on that day but... he's still with her after everything happened. Aril masih berkeras mempertahankan hubungan dia dengan Vieya. Honestly, he looks plainly stupid. Selepas kejadian itu, kami bergaduh besar juga sebab terasa malu dan dipermainkan tapi itulah, Aril tetap sokong si Vieya tu. Akhirnya arwah papa hantar Aril sambung belajar lagi di Boston." Puan Sri Jeanne kelihatan seperti termenung jauh. Lambat-lambat, matanya kembali mencari seraut wajah bersih milik Humayraa. Dia menyentuh lembut tangan menantunya..

"Sekarang ni, mama langsung tak menyesal Aril dengan Vieya tak jadi bertunang. Lagipun mama tengok Aril dah banyak berubah." Senyuman wanita itu mengandungi maksud yang tersirat.

.....

BUNYI deringan telefon pintarnya membuatkan lamunannya berkecai ditiup angin petang. Humayraa cepat-cepat melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

'FD'

"Hello, assalamualaikum. Boleh saya bantu?"

"Lapar..." suara di hujung talian membuatkan Humayraa tersenyum nipis. Mata biru itu melirik memandang beg makanan di sebelahnya.

"Makanan hospital kan ada," ringkas sahaja Humayraa memintas.

"Anatra, kau pergi mana hah? Aku call Pak Tam, dia kata dia dah lama hantar kau ke hospital. Jangan sampai aku keluar cari kau. Kecoh satu hospital nanti aku buat announcement tau!" Ugutan itu membuatkan Humayraa tergelak.

"Fahryil, awak ingat saya takut ke?"

"Kau jangan, Anatra. Aku dah mula fikir skrip announcement ni. Sesiapa yang ternampak seorang gadis bernama Anatra Ianwood, bermata biru, berwajah kacukan Eropah dan Arab, pipi kemerah-merahan, tinggi 160 cm, berat..."

"Fahryil, awak memang tak ada kerja ke?"

"Honey, I'm hungry..." Humayraa mengukirkan senyuman manis tatkala mendengar suara manja di hujung talian.

"Okey, okey. Saya naik. Bye," ujarnya sebelum memutuskan talian.

Ya, Fahryil Danial sudah banyak berubah. Perubahan dalam layanan yang dulunya dingin, kini penuh dengan gurauan hinggakan Humayraa terkadang terhanyut dengan gurauan manja lelaki itu.

~

Continue Reading

You'll Also Like

3M 75K 59
Dhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya wa...
1.1M 39.8K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...
2.2M 85.3K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) โ… SilauunPurii 1st Gene...
1.5M 45.1K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...