Jodoh yang di takdir (Complet...

By raralovestory

30.1K 1.2K 36

☆ Pengenalan Watak utama☆ ❤Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❤ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15... More

BAB 1 : PENGENALAN
BAB 2 : KECEWA DENGAN MAMA
BAB 3 : MiMPI
BAB 4 : PERTEMUAN
Bab 5 : PERMULAAN PEPERANGAN
BAB 6 : MEMALUKAN
BAB 7 : SENJATA RAHSIA
BAB 8 : KEPUTUSAN MAMA
Bab 9 : STALKER
Bab 10 : HARRIS AND THE GENGS
Bab 11: PERGADUHAN
Bab 12 : PLAN JAHAT HARRIS
Bab 13 : MALAM YANG TAK DI JANGKA
BAB 14 : TERIMA KASIH MAK EHSAH
BAB 15 : PERISTIWA HITAM DAN PERMULAAN BARU
BAB 16 : PERKENALAN DENGAN KELUARGA HARRIS
BAB 17 : JANJI
BAB 18 : FIRST CALL
BAB 19 : KFC
BAB 20 : KANTOI
BAB 21 : GREEN LIGHT
BAB 22 : WANITA MISTERI🤐
BAB 23 : SEKSI
BAB 24 : MULA RENGANG
BAB 25 : KECEWA
editing semula
BAB 26 : SAKIT
BAB 27 : AIR MATA
BAB 28 : TIDAK PERCAYA
BAB 29 : DiNGIN
BAB 30 : KENA SERANG
BAB 31 : BENCI
BAB 32 : PENYESALAN
BAB 33
BAB 34 : NASIHAT
BAB 35 : PERTEMUAN
BAB 36 : PERMINTAAN DATO' ROMZI
BAB 37 : PLAN KAMAL
BAB 38 : PEMBERITAHUAN
BAB 39 : Pertunangan
BAB 40 : Permintaan Harris
BAB 41: Hari pernikahan
BAB 42 : Malam pertama
BAB 43 : Permulaan baru
BAB 44 : Susun Strategi
BAB 45 : Harris cemburu
BAB 46 : Misi Qirah
BAB 47 : terus mencabar Harris
BAB 48 : Misi baru Qirah
BAB 49 : Misi bermula
BAB 50 : Pengakuan Harris
BAB 51: Perjanjian baru
BAB 52 : Patut ke?
BAB 54 : Kantoi
BAB 55 : Degupan
BAB 56 : Sekatil
BAB 57 : sweet girl
BAB 58 : Majlis Persandingan
BAB 59 : Bulan Madu
BAB 60 : Buah Tangan
BAB 61 : Apa salah aku?
BAB 62 : Kemaafan dan Janji Qirah
BAB 63 : Kepercayaan
BAB 64 : Rindu
BAB 65 : Harris merajuk
BAB 66 : You are mine
BAB67 : Peringatan dari Kamal dan surprise
BAB 68 : Hadiah istimewa
BAB 69 : Kemunculan semula
BAB 70 : Kecewa dan berita gembira
BAB 71 :
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 53 : Mama

383 21 1
By raralovestory

Qirah membantu ibu mertuanya menyediakan sarapan pagi. Riuh suasana di dapur apabila tawa mereka terhambur.

"Hubungan Qirah dengan Harris macam mana?". Dayang mula menyoal Qirah.

"Okay ibu." Jawab Qirah ringkas.

"Bagus laa kalau macam tu. Qirah kena ingat apa-apa pun masalah yang datang Qirah kena berbincang dengan Harris elok-elok."

"Kita sebagai isteri kena berfikir dengan waras sebelum bertindak. Jangan ikutkan perasaan marah kita."

"Suami tu adalah tiket paling mudah untuk kita masuk syurga. Jadi, kita perlu jaga perasaan suami kita, kita kena hormat dia. Tapi kalau dia suruh kita buat benda yang tak baik kita boleh tolak." Pesan Dayang.

Qirah hanya mendengar nasihat ibu mertuanya. Kata-kata dayang memberi kesan kepada Qirah

"Qirah kenapa ni? Ibu ada salah cakap ke? Atau Harris ada berkasar dengan Qirah?" Tanya Dayang apabila Dayang perasan perubahan air muka Qirah.

"Tak ibu. Harris layan Qirah baik sangat. Ibu jangan risau."balas Qirah.

"Alhamdullilah". Kata Dayang sambil tersenyum. Qirah membalas senyuman kepada ibu mertuanya.

---

Setelah selesai memasak Qirah membantu bibik menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Morning kak long". Sapa Harras.

"Morning". Balas Qirah.

"Abang mana?". Tanya Harras lagi.

"I'm here". Kata Harris sambil berjalan ke arah Qirah dan Harras.

"There you are my brother. Kak long tak nak follow jog sekali ke?". Tanya Harras

Harris memandang ke arah Qirah. Di dalam hati Qirah, terdetik untuk melihat keadaan rumah lamanya itu.

"Pergi laa Qirah. Boleh kamu ambil udara segar dekat luar tu". Kata Puan Dayang.

"Tak apa ke ibu? Kerja dekat dapur tu banyak tak siap lagi". Kata Qirah.

"Uish. Kamu ni. Kerja tu nanti ibu dengan bibik boleh urusakan. Kamu pergi jer ikut mereka ni". Balas Dayang.

"Jom laa kak long bukan selalu kita dapat jog sama-sama". Pujuk Harras.

"Amboi Harras, melebih nampak". Kata Harris sambil menyekeh kepala Harras.

"Aduh sakit laa along. Ibu tengok along ni". Kata Harras kepada Dayang.

Qirah tersenyum melihat telatah dua beradik tersebut. Qirah memandang ke arah Harris lalu mata mereka bertembung. Harris memberi isyarat kepada Qirah untuk mengikutinya sekali.

"Okay. Tunggu jap. Nak pergi tukar baju". Kata Qirah. Qirah terus berlari menuju ke bilik.

---

"Ni sesi berjogging ke sesi berjalan ni?". Kata Harris kepada Qirah.

Qirah memberikan renungan tajam kepada Harris.

"Kejap laa. Aku dah penat ni dah lama tak jog". Kata Qirah. Qirah mengambil nafas.

"Sokay. Take your time. Slow-slow kayuh. Berjalan pun kira exercise". Kata Harris.

Harras sudah terlebih dahulu meninggalkan Harris dan Qirah kerana tidak sanggup menunggu Qirah.

Qirah memberhentikan langkahnya sebaik sahaja mereka melalui lorong rumah lamanya.

"Kenapa berhenti?". Tanya Harris.

"Hmm.. kita pergi sana kejap boleh?". Tanya Qirah kepada Harris.

"Nak buat apa? Tak payah laa". Balas Harris.

"Alaaa.. pleaseee. Kejap jer". Qirah cuba memujuk Harris.

Harris mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Pleasee Harris". Kata Qirah. Qirah memegang tangan Harris.

Harris memandang tangan Qirah yang telah menyetuh tangannya.

"Okayy". Harris mengalah.

"Thank you." Balas Qirah lalu Qirah melepaskan pegangnya dan mula melangkah. Harris juga ikut berjalan bersama dengan Qirah.

Sampai sahaja di depan pagar rumah lamanya itu, Qirah merenung rumah tersebut. Rumah ini la tempat dia di besarkan. Banyak kenangan manis dah pahit yang berada di rumah tersebut.

Kenangan Qirah bersama mamanya mula berlegar-legar di fikirannya.

♡ Flash back waktu Qirah berumur 12 tahun ♡

"Mamaaa, where are you?". Jerit Qirah.

"Here, sayang". Balas Linda yang sedang duduk di laman rumahnya.

"Mama look. Cantik tak?". Kata Qirah dengan nada terujannya. Qirah menunjukkan lukisannya kepada linda.

"Waaa. Cantiknya anak mama lukis. Pandainya anak mama ni". Puji Linda sambil mencubit lembut pipi Qirah.

♡ End of Flash back ♡

"Heyy, are you okay?". Tegur Harris apabila perasan Qirah termenung.

"Yeah okay". Balas Qirah.

"Mama, where are now?". Desis Qirah di dalan hatinya.

"Jom". Ajak Qirah kepada Harris.

Lalu mereka berdua meninggalkan rumah tersebut.

---

"Qirah, Ibu cadangkan masa bersanding kita buat hotel ni. Dewan hotel ni cantik lepas tu mereka ada sediakan wedding planner sekali". Terang Dayang kepada Qirah

"Qirah ikut jer ibu. Apa-apa pilihan ibu Qirah setuju". Jawab Qirah.

"Betul ni? Ibu ada tanya Ibu Arissa, dia pun okay." Terang Dayang lagi.

"Betul ibu". Jawab Qirah ringkas.

Dayang memadang ke arah wajah muram Qirah.

"Qirah.. kenapa ni? Muka muram jer Ibu tengok. Qirah ada masalah ke?". Tanya Dayang kepada Qirah.

"Qirah okay laa ibu. Ibu jangan risau". Balas Qirah sambil memberikan senyuman kepada Dayang.

"Macam mana ibu tak risau Qirah. Sejak balik dari jogging tadi muka Qirah muram. Harris buat apa dekat Qirah sampai jadi muram macam ni. Mana Harris? Patutnya dia ada sekali bincang pasal ni". Balas Dayang.

"Harrisssss". Puan Dayang memangil Harris.

"Ibuu. Harris tak buat apa-apa pun ibu."

"Ibu tak percaya. Harrisss!!". Panggil Dayang lagi.

"Iya ibu." Jawab Harris.

Qirah memegang dahinya sambil melepaskan keluhan berat.

"Kamu buat apa?". Tanya Dayang kepada Harris.

"Harris tolong Harras tengok kereta dia tadi. Kenapa bu?". Jawab Harris.

"Kenapa kamu tanya? Kamu tak nak bincang untuk majlis kamu nanti? Kita dah tak banyak masa dah ni". Kata Dayang.

"Sorry sorry. Okay I'm here. Kita dah boleh start bincang". Balas Harris. Harris duduk di sebelah Qirah.

"Sebelum mula. Ibu nak tanya apa kamu dah buat dekat Qirah sampai Qirah muram macam ni?". Tanya Dayang lagi.

Harris memandang ke arah Qirah dengan wajah kelirunya.

"Harris tak ada buat apa-apa." Balas Harris sambil merenung wajah Qirah.

"Ibu, Harris tak ada buat apa-apa pun. Qirah okay, ibu jangan risau." Kata Qirah. Qirah cuba menyakinkan ibu mertuanya itu.

"Tadi ibu bagitahu yang majlis kita nanti ibu nak buat dekat hotel ni. Kau setuju tak?". Tanya Qirah terus kepada Harris kerana mahu mengubah topik.

Qirah menunjukkan Iphonenya kepada Harris.

"Nice. Aku setuju. Pandai ibu cari". Kata Harris sambil tersengeh.

Puan Dayang memandang ke arah Harris dan Qirah dengan mata bulatnya.

"Ibuu.. ibu okay tak ni?". Tanya Harris.

Dayang mengelipkan matanya banyak kali.

"Aku? Kau?. Kamu berdua memang cakap macam tu ke? Tak ada panggilan manja? Hah?". Tanya Dayang dengan riak wajah kelirunya.

Harris menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Qirah pula hanya diam membisu.

"Kamu berdua tak boleh terus macam ni. Kahwin dah sebulan tapi masih berkomunikasi macam kawan tak romantik langsung."

"Harris, kamu bukan dah biasa ke pikat perempuan siap bersayang-sayang lagi. Tapi dengan isteri sendiri masih ber aku-kau.". Bebel Dayang kepada anak sulongnya.

Harris seperti terkena tembakkan tepat apabila mendengar kata-kata ibunya. Qirah menyimpan senyumannya apabila melihat wajah kelat harris.

"Qirahh". Dayang menyebut nama Qirah.

Bahu Qirah terhinjut kerana terkejut.

"kamu tak boleh cakap macam tu dengan suami kamu. Harris lagi tua dari kamu, jadi kamu kena hormat Harris. Tak manis ber aku-kau dengan suami sendiri." Kata Dayang.

Qirah hanya tersengeh mendengar bebelan dari ibu mertuanya.

"Tersengeh-sengeh. Elok sangat laa tu. Lepas ni ibu nak kamu berdua kena ubah. Guna panggilan manja baru nampak aura perkahwinan tu". Kata Dayang lagi.

"Dah laa.. ibu dah penat membebel. Sekarang ni kita bicang. Hotel dah settle. Menu makan nak pilih yang mana?". Tanya Dayang.

"Terpulang dekat ibu. Qirah okay jer". Balas Qirah.

"Yup. Harris pun". Kata Harris.

Dayang mengambil nafas panjang lalu melepaskan nafasnya.

"Kalau semua benda ibu yang pilih, ibu yang aturkan. Jadi, apa fungsi kita berbincang? Ibu ke atau kamu berdua yang nak bersanding ni?". Kata Dayang.

"Kami berdua". Jawab Harris dan Qirah serentak.

"Tahu pun. Ibu tak kira, korang berdua kena bincang. Pilih nak menu apa, Design pelamin nak yang macam mana, baju sanding nak berapa? Kek nak yang macam mana. Door gift nak bagi apa. Semua tu kena bagitahu ibu malam ni selepas makan malam." Terang Dayang.

"Kalau tak bagi keputusan malam ni. Siap kamu berdua". Sambung Dayang lalu terus meninggalkan Qirah dan Harris yang sedang terpinga-pinga itu.

---

Qirah mengantung telekungnya setelah selesai menunaikan solat berjemaah bersama Harris.

"Err.. Harris, kau ada idea tak tema untuk majlis tu nanti?". Qirah mula berbicara.

"Ada. Sini, duduk sini. I wanna show you something". Kata Harris sambil membetulkan keduduknya di atas katil.

Qirah berjalan lalu terus melabuhkan pungungnya di hadapan Harris yang sedang duduk bersila.

Harris menunjukkan Iphonenya kepada Qirah.

"Aku plan kita buat tema melayu klasik. Macam ni. Lawa kan?". Kata Harris.

"Lawaa". Balas Qirah dengan suara terujanya.

"So, nanti kita upah orang buat pertunjukkan silat. Main Menu kita letak rendang daging and ayam, ketupat palas dan banyak lagi laa." Terang Harris.

Qirah hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mata Qirah masih lagi memandang gambar-gambar yang di tunjuk oleh Harris.

"Tapi baju nak warna apa?". Tanya Harris.

"How about purple gold?". Jawab Qirah dengan suara terujanya.

"Okay. Nice tapi boleh tak aku nak request something?". Tanya Harris lagi.

"Boleh. Apa dia?". Balas Qirah sambil memandang mata Harris.

"Aku nak kau pakai tudung boleh masa bersanding tu?". Kata Harris. Harris membalas renungan lembut kepada Qirah.

"Kenapa?". Tanya Qirah kembali.

"Sebab aku tak orang lain menikmati kecantikkan kau". Jawab Harris.

Qirah tunduk malu mendengar pujian dari Harris.

"Boleh tak?". Tanya Harris lagi.

Qirah menganggukkan kepalanya perlahan.

"Terima kasih". Kata Harris sambil tersenyum puas.

---

"Hah. Macam ni laa ibu nak. Kamu berdua kena ingat dalam alam perkahwinan ni kena selalu berkomunikasi untuk selesaikan sesuatu masalah. Kena ada tolak ansur." Kata Dayang apabila Qirah menerangkan tema perkahwinan mereka.

"Betul tu ayah setuju sangat apa yang ibu kamu cakap. Apa yang dah berlaku itu kita jadikan sebagai ikhibar dan pastikan jangan melakukan kesilapan yang sama". Sambung Tan Sri Kharuddin.

Harris dan Qirah hanya menganggukan kepala mereka tanda setuju.

"Owhh ya. Ibu dah jumpa butik nak tempah baju, nanti kamu berdua pergi ya fitting baju. Warna purple and gold kan?".

"Iya ibu". Jawab Qirah.

"Okay. Nanti ibu discuss dengan ibu Arissa untyk family punya baju. Tapi ibu rasa nak purple cair." Kata Dayang.

"Qirah setuju bu. Lawa sangat". Kata qirah sambil tersenyum.

"Hah.. macam ni laa menantu ibu senyum. Kan lawa tu". Kata Dayang lagi.

"Haah laaa bu, lawa gila bila Qirah senyum macam tu. One more please". Usik Harris.

Qirah menepuk lengan Harris kerana malu. Lalu mereka mula berbual-bual kosong.

---

Qirah melabuhkan punggungnya di atas katil, Harris berjalan menghampiri Qirah untuk mengambil bantal.

"Pagi tadi, kenapa kau moody?". Tanya Harris.

"Tak ada apa-apa". Jawab Qirah ringkas.

"Tipu. Citer laa dekat aku. Kenapa tiba-tiba kau muram sampai ibu pun boleh perasan. Aku ada sakitkan hati kau ke?". Tanya Harris lagi.

Qirah menundukkan wajahnya. Jari Qirah bermain dengan hujung baju tidurnya. Harris melabuhkah punggungnya di sebelah Qirah.

"Kenapa ni? Aku ada salah cakap ke pagi tadi?". Tanya Harris dengan suara lembutnya.

"Tak ada. Aku, aku.. rindu mama". Jawab Qirah.

"Patutnya mama kena ada sekali dengan aku masa bersanding nanti. Aku penat cari mama tapi tak jumpa. Aku risau kalau benda buruk jadi dekat mama". Sambung Qirah lagi.

Qirah cuba menahan air matanya tetapi air matanya tetap berdegil untuk jatuh membasahi pipinya.

"Heyy.. don't cry". Pujuk Harris. Harris memegang pipi Qirah supaya Qirah memandang wajahnya.

Perlahan-lahan Harris mengusap air mata Qirah.

"She fine. Don't worry about her." Kata Harris.

"How you know she was fine? Kau tahu mama ada dekat mana?". Tanya Qirah.

"Tak. Aku tak tahu mama ada dekat mana sekarang. Tapi kau jangan risau mama tahu jaga diri dia." Terang Harris.

Qirah menolak perlahan tangan Harris dari terus memegang pipinya.

"Macam mana aku tak risau Harris. Dekat 6 tahun aku tak jumpa mama." Balas Qirah.

"Iya aku tahu Qirah. Tapi sekarang ni aku tak nak kau fikir lagi pasal ni. Kita doa banyak-banyak supaya mama dalam keadaan selamat dan In sha Allah kau akan dapat jumpa mama nanti". Terang Harris.

Qirah memandang wajah Harris dengan riak wajah kosongnya. Harris mengusap sisa air mata yang berada di bawah mata Qirah.

"Dah lewat ni. Tidur ya". Kata Harris lagi sambil mengusap lembut rambut Qirah.

Qirah menarik selimut lalu terus membaringkan badannya.

"Selamat malam my wife". Kata Harris.

Harris merenung lembut mata Qirah sambil mengukir senyuman di bibirnya.

"Selamat malam". Balas Qirah. Qirah memejamkan matanya.

Harris mengusap rambut Qirah lembut lalu bangun dari duduknya dan berjalan ke arah suis lampu untuk menutup suis lampu tersebut.

Setelah menutup lampu Harris berjalan ke arah sofanya untuk tidur.

***********************************







































Continue Reading

You'll Also Like

8.9K 208 53
Mengisahkan seorang lelaki dipaksa kahwin dengan pilihan ibubapanya.Pada suatu hari,dia terlanggar seorang perempuan dan tersuka pada perempuan itu.P...
845K 34.2K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
58.2K 6.1K 36
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
3.1M 279K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...