Jodoh yang di takdir (Complet...

By raralovestory

30.7K 1.2K 36

☆ Pengenalan Watak utama☆ ❤Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❤ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15... More

BAB 1 : PENGENALAN
BAB 2 : KECEWA DENGAN MAMA
BAB 3 : MiMPI
BAB 4 : PERTEMUAN
Bab 5 : PERMULAAN PEPERANGAN
BAB 6 : MEMALUKAN
BAB 7 : SENJATA RAHSIA
BAB 8 : KEPUTUSAN MAMA
Bab 9 : STALKER
Bab 10 : HARRIS AND THE GENGS
Bab 11: PERGADUHAN
Bab 12 : PLAN JAHAT HARRIS
Bab 13 : MALAM YANG TAK DI JANGKA
BAB 14 : TERIMA KASIH MAK EHSAH
BAB 15 : PERISTIWA HITAM DAN PERMULAAN BARU
BAB 16 : PERKENALAN DENGAN KELUARGA HARRIS
BAB 17 : JANJI
BAB 18 : FIRST CALL
BAB 19 : KFC
BAB 20 : KANTOI
BAB 21 : GREEN LIGHT
BAB 22 : WANITA MISTERI🤐
BAB 23 : SEKSI
BAB 24 : MULA RENGANG
BAB 25 : KECEWA
editing semula
BAB 26 : SAKIT
BAB 27 : AIR MATA
BAB 28 : TIDAK PERCAYA
BAB 29 : DiNGIN
BAB 30 : KENA SERANG
BAB 31 : BENCI
BAB 32 : PENYESALAN
BAB 33
BAB 34 : NASIHAT
BAB 35 : PERTEMUAN
BAB 36 : PERMINTAAN DATO' ROMZI
BAB 37 : PLAN KAMAL
BAB 38 : PEMBERITAHUAN
BAB 39 : Pertunangan
BAB 40 : Permintaan Harris
BAB 41: Hari pernikahan
BAB 42 : Malam pertama
BAB 43 : Permulaan baru
BAB 45 : Harris cemburu
BAB 46 : Misi Qirah
BAB 47 : terus mencabar Harris
BAB 48 : Misi baru Qirah
BAB 49 : Misi bermula
BAB 50 : Pengakuan Harris
BAB 51: Perjanjian baru
BAB 52 : Patut ke?
BAB 53 : Mama
BAB 54 : Kantoi
BAB 55 : Degupan
BAB 56 : Sekatil
BAB 57 : sweet girl
BAB 58 : Majlis Persandingan
BAB 59 : Bulan Madu
BAB 60 : Buah Tangan
BAB 61 : Apa salah aku?
BAB 62 : Kemaafan dan Janji Qirah
BAB 63 : Kepercayaan
BAB 64 : Rindu
BAB 65 : Harris merajuk
BAB 66 : You are mine
BAB67 : Peringatan dari Kamal dan surprise
BAB 68 : Hadiah istimewa
BAB 69 : Kemunculan semula
BAB 70 : Kecewa dan berita gembira
BAB 71 :
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 44 : Susun Strategi

384 18 0
By raralovestory

Qirah duduk di dalam biliknya selepas makan malam. Qirah termenung seorang diri di dalam biliknya. Sudah masuk malam ke empat Qirah duduk serumah dengan Harris.

Selama empat hari itu juga, Harris sentiasa menganggu Qirah. Bila Qirah mahu masak pasti Harris akan sibuk ingin membantunya. Walaupun Qirah sudah memarahi Harris tetapi Harris langsung tidak ambil peduli.

Bukan itu sahaja, bila Qirah ingin menonton rancangan korea kegemarannya pasti Harris akan sibuk ingan menonton bersamanya. Yang paling menyakitkan hati Qirah apabila Harris menghina jejaka pujaan hatinya iaitu Park Seo Joon.

Qirah mula rimas dengan sikap Harris yang cuba mencari perhatian darinya. Qirah juga hairan kenapa Harris sering duduk di rumah dan tidak keluar lepak atau keluar berseronok. Bukan Qirah tidak tahu perangai buaya Harris itu.

Qirah membuka laptopnya lalu google cara-cara meminta fasakh. Qirah membaca perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh.

Salah satunya ialah lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita. Terpacul satu Idea di kepala Qirah.

"Aku kena buat harris pukul aku, baru senang aku nak minta fasakh nanti". Kata Qirah di dalam hatinya.

"Tapi macam mana?hmm". Omel Qirah seorang diri.

Tiba-tiba Qirah teringat kejadian lepas, apabila Harris memarahi wanita itu. Wajah bengis Harris mula bermain di dalam fikirannya.

"Aku kena buat dia marah". Kata Qirah lagi.

Satu persatu peristiwa mula berlegar - legar di fikiran Qirah. Peristiwa Harris memarahinya kerana Balqis, peristiwa Qirah bergaduh dengan Harris. Qirah yakin, Harris mempunyai sifat baran sedikit. Jadi, mudah baginya untuk membuat Harris memarahinya.

Kejadian Harris menumbuk muka Danish pula mula muncul di dalam ingatannya.

"Ishhh.. seram pula.. tak boleh, tak boleh, nanti kalau dia pukul aku macam danish macam mana? Takut aku. " omel Qirah sambil memegang pipinya.

"Cukup laa aku kena dulu dengan si bangsat tu. Tak sangup aku nak tahan sakit lagi". Sambung Qirah lagi.

Qirah terus menutup laptopnya, lalu berjalan untuk menutup lampu dan menuju ke tilam empuknya. Qirah memandang kosong ke arah silingnya.

"Hmmm.. tidur laa dulu. Esok dah start kerja". Kata Qirah lalu memejamkan matanya.

***********************************

Tepat jam 6 pagi, bunyi alarm di Iphone milik Qirah kedengaran. Qirah meraba-raba mencari Iphonenya lalu mematikannya. Qirah bangun dari tidurnya dan mencapai tualanya. Qirah berjalan menuju ke bilik air dalam keadaan mamai.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, qirah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 7.10 pagi, qirah membersihkan dapur dan menutup nasi goreng, telur mata, coffee panas dengan tudung saji. Qirah beredar menuju ke biliknya untuk menukar pakaiannya.

---

Harris menuruni anak tangga sambil memasang jam tangannya. Harris berjalan ke arah meja makan lalu membuka tudung saji. Harris menuangkan coffee ke dalam gelasnya dan gelas Qirah. Harris menyenduk nasi goreng dan mengambil telur ma ke pingannya.

Harris menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Mata Harris mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan ke angka 8.

Tak lama kemudian wajah Qirah menghiasi pandangan Harris. Harris memerhatikan pakaian Qirah yang agak seksi itu. Qirah memakai skirt pendek bersama blouse berlengan pendek.

"Wow". Usik Harris.

Qirah tidak mempedulikan pandangan Harris. Lalu mengambil nasi dan telur matanya.

Setelah selesai makan Qirah mengutip pingan dan cawan harris untuk di basuh. Sudah menjadi kebiasaan Qirah untuk mencuci pingan selepas makan. Qirah berjalan menuju ke singki.

Harris memandang peha Qirah yang gebu itu. Dari peha harris memandang pula punggung Qirah yang montok itu.

"Dekat dalam rumah tak nak pula pakai macam ni, time nak pergi offis boleh pula pakai seksi macam ni". Kata harris di dalam hatinya.

Qirah meletakkan pingan dan cawan yang sudah di basuhnya di tempat letak pingan. Qirah menutup baki nasi goreng tersebut dengan tudung saji.

"Dah. Jom laa cepat". Ajak Qirah kepada Harris. Qirah mengambil handbegnya lalu mula melangkah.

"Wait". Kata harris sambil memegang tangan Qirah lalu berdiri menghadap Qirah.

Qirah menjarakkan tubuhnya apabila terasa Harris sangat dekat dengannya. Qirah menarik tangannya kembali.

"Pergi tukar baju, lepas tu baru kita gerak". Kata Harris.

"Kau merepek apa ni? Aku dah lambat nak pergi kerja, tak ada masa nak tukar baju." Jawab Qirah.

"Aku tak peduli. Pergi tukar sekarang". Kata harris.

"Aku tak nak." Balas Qirah sambil menyilangkan tangannya tanda protes.

Harris berjalan menghampiri Qirah, Qirah perasan dengan tindakkan Harris lalu cuba melarikkan dirinya tetapi harri lebih pantas menarik tangan Qirah.

"Apa ni harris. Lepas laa". Kata Qirah. Qirah cuba menarik  tangannya tetapi gagal.

"Pergi tukar baju sekarang atau kau nak aku yang tukarkan baju untuk kau?". Kata Harris

Mata Qirah membulat mendengar kata-kata Harris.

"Kalau aku yang tukarkan takut jadi benda lain. Jangan salahkan aku pulak kalau kita dua-dua tak masuk Offis hari ni". Sambung Harris lagi.

Qirah menelan air liurnya.

"Lepas laa. Aku nak pergi tukar laa ni". Kata Qirah.

Harris melepaskan gengamannya, lalu mengarahkan Qirah untuk naik ke atas. Harris mengalihkan pandanganya untuk melihat jam di tangannya.

Qirah yang perasan Harris yang terleka terus berlari ke arah pintu keluar. Harris terus mengejar Qirah lalu memeluk pinggang Qirah dari belakang. Qirah meronta-ronta minta di lepaskan.

"Harrisss, Lepas laa". Bentak Qirah.

Harris terus mencampung tubuh kecil Qirah ke bahunya, lalu berjalan ke arah tangga.

"Arghhh.. harrisss". Jerit Qirah.

Kaki harris mula melangkah tangga.

"Okay okay.. aku tukar. Pleasee turunkan aku.. pleasee". Rayu Qirah.

"Betul ni?". Tanya Harris.

"Iya.. turunkan aku please". Jawab Qirah.

Apabila mendengar jawapan dari Qirah, Harris terus menurunkan Qirah. Qirah membetulkan rambutnya.

"Go". Kata harris dengan suara lembutnya sambil merenung wajah Qirah.

Qirah membalas renungan Harris dengan renungan yang tajam sebelum Qirah melangkah naik ke biliknya.

10 minit kemudian Qirah turun dengan memakai seluar slack hitam yang ketat dan baju blouse berlengan separuh.

"Dah, jom". Kata Qirah.

Harris meneliti penampilan Qirah.

"No. Change again". Balas Harris.

"What?? Baju dengan seluar ni jer yang dah siap iron. Yang lain tak Iron lagi. Dah jom laa cepatt". Jawab Qirah.

"Nooo.. I said go change to other clothes . Baju tu terlampau pendek. Kau nak tunjuk dekat siapa pungung kau tu?" Kata Harris.

Qirah mengetap giginya tanda geram lalu mencampak handbegnya ke arah sofa dan terus berjalan naik ke biliknya.

10 minit kemudian

"Dah.. puas hati kau?". Kata Qirah.

Harris memandang ke arah Qirah sambil tersenyum kemenangan.

"Hah.. macam ni laa. Pakai baju kurung. Sejuk sikit mata memandang. Lagi elok kalau pakai tudung". Jawab harris.

Qirah hanya menjeling apabila mendengar kata-kata Harris. Harris bangun dari duduknya lalu mengambil Handbeg Qirah dan di beri kepada Qirah.

"Masam betul muka. Senyum sikitt". Usik Harris.

Qirah merampas handbegnya lalu terus berjalan ke arah pintu. Harris tersengeh melihat kelakuan Qirah lalu mengekori Qirah.

---

Qirah berjalan laju menuju ke bilik pejabatnya dengan muka tegangnya itu.

"Qirahhh". Kata kamal apabila mereka terserempak di tengah laluan. Kamal memerhatikan penampilan Qirah.

"Lambat kau masuk hari ni? Harris tak nak lepas ke?". Usik kamal.

"Kau diam laaa". Marah Qirah sambil memukul kamal dengan menggunakan handbegnya lalu berjalan menuju ke bilik pejabatnya.

---

Satu notifikasi whatapps masuk Di Iphone milik Qirah.

Harris

kita lunch sama-sama.
Aku dah otw ni.

Mata Qirah membulat apabila membaca Whatapps dari Harris. Qirah dengan pantas menutup PC nya dan mengambil handbegnya.

"Melissa, I keluar lunch dulu ya". Kata Qirah kepada melissa.

"Baik Cik. Maaf, Puan Qirah". Jawab melissa.

Qirah memerhatikan sekelilingnya untuk memastikan tiada kelibat Harris. Setelah line clear Qirah terus berjalan kaki menuju ke shopping mall berhampiran.

Qirah bernasib baik kerana pejabat papanya itu berdekatan dengan shopping mall. Qirah hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja.

Qirah memilih untuk lunch di sushi king, kerana Qirah tahu Harris tidak suka makan sushi.

Sedang Qirah memilih makanannya satu panggilan masuk. Tertera nama Harris di skrin Iphone milik Qirah. Qirah tidak menjawab panggilan Harris. Lagi sekali, Iphone milik Qirah berbunyi tetapi Qirah tidak mengendahkannya.

---

Harris yang telah berputus asa untuk menghubungi Qirah terus mendail nama Kamal.

"Hello.. broo". Jawab kamal.

"Hello mal, Qirah ada dengan kau ke?". Tanya Harris.

"Mana ada.. dia ada dekat bilik dia laa kot. Kenapa?".

"Tadi aku ada bagitahu dia, aku nak lunch sekali. Ni aku call tak angkat pulak. Aku dah ada dekat bawah dah ni". Balas Harris.

"Jap, aku pergi tengok dekat bilik dia jap." Kata kamal.

"Ok".

"Melissa, Qirah ada dekat bilik dia tak?". Kedengaran suara kamal sedang bercakap dengan staffnya.

"Bro.. pa dia cakap. Qirah dah keluar lunch tadi."

Harris melepaskan keluhan.

"Kau tak lunch ke? Jom laa makan sekali dengan aku".

"Alololo.. sedihnya suara kau. Demi adik ipar kesayangan aku join laa". Usik kamal.

"Jangan nak lebih-lebih. Cepat aku tunggu kau dekat bawah". Balas Harris.

"Hah.. okok". Balas kamal lalu mematikan panggilan.

---

Qirah mengunyah sambil berfikir tentang plan nya malam semalam. Wajah Danish masa di pukul oleh harris bermain di minda.
Qirah mengelengkan kepalanya kerana berasa seram.

Peristiwa pagi tadi juga mula bermain di mindanya. Harris berani mengugut dan menyentuh dirinya. Qirah yakin pasti Harris akan mengunakan cara yang sama untuk memaksa Qirah mengikuti kehendaknya.

"Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh tunduk dengan dia." Kata Qirah di dalam hatinya

"Nampaknya terpaksa laa, aku teruskan plan aku tu. So, kau kena kuat Qirah untuk di pukul oleh Harris nanti". Sambung Qirah di dalam hatinya.

Qirah sudah tekad untuk meneruskan rancanganya itu.

"Heyy, Qirahh". Tegur Daniel.

Qirah mengalihkan pandangannya ke arah kanan.

"Owh.. daniel. Hey". Balas Qirah.

"Seorang jer?". Tanya Daniel.

"Yup". Jawab Qirah ringkas.

"Can i join?". Tanya Daniel lagi.

"Hmm". Balas Qirah.

"Sorry, sebab I tak datang masa you ni.."

Qirah ternampak Harris dan kamal yang sedang berjalan. Terus Qirah menundukkan wajahnya.

Daniel berasa pelik melihat tingkah laku Qirah.

"Are you okay qirah?". Tanya Daniel.

Qirah hanya menganggukkan kepalanya lalu mengangkat semula wajahnya untuk mengintip harris. Qirah melepaskan nafas lega apabila kelibat Harris sudah hilang dari pandangannya.

"Are you sure, you okay?". Tanya Daniel lagi.

"Kalau you ada problem. You boleh share dengan I. Maybe I boleh tolong you". Kata Daniel lagi.

"Yes. I'm okay." Balas Qirah. Qirah menyambung menyuap makananya ke dalam mulutnya.

Daniel hanya memerhatikan kelakuan Qirah yang agak pelik di matanya. Qirah juga kelihatan gelisah.

---

Qirah melihat jam di Iphonenya. Sudah hampir 20 minit Qirah menunggu Harris untuk menjemputnya.

"Mana, dia ni.. kata on the way tadi". Bebel Qirah seorang diri.

Pin

Qirah memandang ke arah kereta jenis lamborghini Aventador lalu berjalan ke kereta tersebut.

"Sori lambat, jem tadi". Kata Harris sejurus Qirah masuk ke dalam keretanya.

Qirah hanya menayangkan wajah masamnya.

"Tadi kau lunch dekat mana?". Tanya Harris.

"Kau tak perlu tahu."jawab Qirah dingin.

"Hantar aku pergi rumah Dato'. Aku nak ambil kereta aku. Sekarang". Kata Qirah lagi dengan suara tegasnya.

"Hari lain laa kita pergi ambil." Balas Harris.

"Hari lain tu bilaa?? Aku tak peduli aku nak hari ini juga. Aku susah nak bergerak, kau tahu takk? ". Marah Qirah lagi.

"Kau nak pergi mana? Kau cakap, aku boleh hantarkan". Balas Harris dengan nada tenangnya.

"Aku nak pergi rumah Dato' SEKARANG." Jawab Qirah.

Harris mendiamkan dirinya.

"Asal diam? Kau tak nak hantar?? Asal susah sangat kau nak hantar aku pergi ambil kereta aku? Hah??". Bentak Qirah.

"Harris! Aku cakap dengan kau ni. Kau pekak ke??". Qirah mula meninggikan suaranya.

"Qirah tak payah nak menjerit. Aku dengar." Harris menegur kelakuan Qirah.

"I told you already. Next time, we will pick up your car. I'm driving right now. So, please keep quite and stop disturbing me". Kata Harris lagi dengan suara tegasnya.

"I'm disturbing you??".

"Habis kau tak kacau hidup aku? Kau cepatkan tarikh nikah. Kau paksa aku duduk dengan kau. Kau control pemakaian aku. Kau tahu tak, kau tu dah kacau semua kehidupan normal aku. Apa yang kau nak sebenarnya??. Marah Qirah.

Harris tidak menjawab soalan Qirah kerana tidak mahu bertengkar dengan Qirah.

"Bagus, diam selagi boleh diam. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh diam". Sambung Qirah lagi.

Qirah membuang pandangannya ke luar tingkap.

"Ni baru permulaan Harris. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh tahan". Kata Qirah di dalam hatinya.

***********************************




















Continue Reading

You'll Also Like

425K 16.4K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...
26.7K 1.2K 52
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
235K 12.2K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
11.1K 829 36
Pertemuan kembali antara Karl dan Manis selepas 12 tahun terpisah. Kisah cinta lama kembali terukir. Namun, penderitaan yang di lalui Manis sepanjang...