Jodoh yang di takdir (Complet...

By raralovestory

30.7K 1.2K 36

☆ Pengenalan Watak utama☆ ❤Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❤ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15... More

BAB 1 : PENGENALAN
BAB 2 : KECEWA DENGAN MAMA
BAB 3 : MiMPI
BAB 4 : PERTEMUAN
Bab 5 : PERMULAAN PEPERANGAN
BAB 6 : MEMALUKAN
BAB 7 : SENJATA RAHSIA
BAB 8 : KEPUTUSAN MAMA
Bab 9 : STALKER
Bab 10 : HARRIS AND THE GENGS
Bab 11: PERGADUHAN
Bab 12 : PLAN JAHAT HARRIS
Bab 13 : MALAM YANG TAK DI JANGKA
BAB 14 : TERIMA KASIH MAK EHSAH
BAB 15 : PERISTIWA HITAM DAN PERMULAAN BARU
BAB 16 : PERKENALAN DENGAN KELUARGA HARRIS
BAB 17 : JANJI
BAB 18 : FIRST CALL
BAB 19 : KFC
BAB 20 : KANTOI
BAB 21 : GREEN LIGHT
BAB 22 : WANITA MISTERI🤐
BAB 23 : SEKSI
BAB 24 : MULA RENGANG
BAB 25 : KECEWA
editing semula
BAB 26 : SAKIT
BAB 27 : AIR MATA
BAB 28 : TIDAK PERCAYA
BAB 29 : DiNGIN
BAB 30 : KENA SERANG
BAB 31 : BENCI
BAB 32 : PENYESALAN
BAB 33
BAB 34 : NASIHAT
BAB 35 : PERTEMUAN
BAB 36 : PERMINTAAN DATO' ROMZI
BAB 37 : PLAN KAMAL
BAB 39 : Pertunangan
BAB 40 : Permintaan Harris
BAB 41: Hari pernikahan
BAB 42 : Malam pertama
BAB 43 : Permulaan baru
BAB 44 : Susun Strategi
BAB 45 : Harris cemburu
BAB 46 : Misi Qirah
BAB 47 : terus mencabar Harris
BAB 48 : Misi baru Qirah
BAB 49 : Misi bermula
BAB 50 : Pengakuan Harris
BAB 51: Perjanjian baru
BAB 52 : Patut ke?
BAB 53 : Mama
BAB 54 : Kantoi
BAB 55 : Degupan
BAB 56 : Sekatil
BAB 57 : sweet girl
BAB 58 : Majlis Persandingan
BAB 59 : Bulan Madu
BAB 60 : Buah Tangan
BAB 61 : Apa salah aku?
BAB 62 : Kemaafan dan Janji Qirah
BAB 63 : Kepercayaan
BAB 64 : Rindu
BAB 65 : Harris merajuk
BAB 66 : You are mine
BAB67 : Peringatan dari Kamal dan surprise
BAB 68 : Hadiah istimewa
BAB 69 : Kemunculan semula
BAB 70 : Kecewa dan berita gembira
BAB 71 :
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 38 : PEMBERITAHUAN

366 18 0
By raralovestory

Harris berjalan menuju ke meja makan. Tali lehernya di betulkan sambil berjalan.

"Morning. Ayah.". Tegur harris kepada ayahnya yang sedang duduk sambil membaca surat khabar.

"Morning." Jawab Tan Sri Khairuddin. Matanya masih fokus.

Dayang datang sambil membawa sejag air Teh o panas. Di tuangkan Air teh O panas tersebut ke dalam cawan suaminya dan anaknya lalu mengambil tempat di sebelah suami tercinta.

Puan dayang menghulurkan pingan yang berisi roti canai kepada suami dan harris.

"Abang, makan dulu" . Kata Dayang kepada suaminya.

Tan Sri Khairuddin meletakkan surat khabar di sininya lalu membasahkan tekaknya dengan teh O panas. Harris sudah menjamah roti canainya bersama kuah kari.

"Morningg semua, Harras pergi dulu takut lambat nanti". Pinta harras dengan nada tergesa-gesa. Sempat harras menyalami orang tuanya lalu berlalu dari situ.

Harris hanya mengelengkan kepalanya melihat tingkah lalu adiknya itu. Harris menyambung menyuapkan roti canai ke dalam mulutnya.

Dayang memandang wajah harris lalu mengalihkan pandangan kepada suaminya. Tan Sri khairuddin pula kusyuk menikmati makanannya. Dayang mencucuk pinggang suaminya perlahan sambil memberi isyarat supaya memberitahu harris tentang hajat mereka.

Tan Sri Khairuddin memandang ke arah Harris yang sudah siap makan. Harris meneguk air teh O panasnya.

"Harris, ayah nak cakap sikit dengan kamu". Tan Sri Khairuddin memulakan perbualan.

"Cakap apa ayah?". Tanya harris. Matanya mula fokus memadang ke arah ayahnya.

"Hujung minggu ni, Ayah dengan ibu dah sepakat untuk tunangkan kamu dengan.."

"Hah?? Tunang??". Potong harris.

"Ayah, ibu harris tak sedia lagi nak tunang atau kahwin. Tolong laa jangan buat harris macam ni". Sambung harris lagi.

"Ayah tak nak dengar alasan dari kamu. Keputusan kami dah tetap. Kamu akan kahwin 2 bulan dari sekarang." Jawab Tan Sri Khairuddin dengan nada tegas.

"What?? lagi 2 bulan??? No! I can't.". Jawab harris mukanya berubah menjadi terkejut apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.

"Jangan nak melawan harris. Ikut sahaja permintaan ayah ni.". Kata Tan Sri khairuddin.

"Ikut?? Harris, tak kenal perempuan tu. Macam mana harris nak kahwin dengan dia. Lagi satu ayah, ni pasal perkahwinan bukan benda main-main. Kalau harris buat perempuan tu terseksa, ayah jangan salahkan harris". Harris cuba mengugut ayahnya.

Air muka tan Sri khairuddin mula berubah menjadi tegang. Dayang perasan perubahan air muka suaminya lalu dengan pantas dayang memegang tangan suaminya untuk menenangkan suaminya sebelum suaminya menghamburkan kemarahannya kepada harris.

Harris berdiri dari duduknya kerana dia mahu beredar dari situ. Fikirannya kusut

"Harris akan berkahwin dengan Qirah". Kata puan dayang.

Langkah harris terhenti saat mendengar nama Qirah lalu memandang wajah ibunya.

"Harris, dengar cakap Ibu ya, sayang? Ibu tahu Qirah seorang jee yang boleh buat harris bahagia". Pujuk dayang.

"Ayah Qirah pun dah setuju.". Sambung dayang lagi.

"Bagi, harris masa untuk fikir dulu. Harris pergi dulu, ibu, ayah". Kata harris lalu melangkah keluar dari rumahnya.

---

Harris dan haikal duduk di meja kosong dan memesan makanan. Muka harris dingin. Harris telah menceritakan semuanya kepada haikal. Sekarang mereka berdua sedang menunggu kamal. Air yang di pesan oleh mereka telah sampai.

Kamal berjalan menghampiri mereka. Dari jauh kamal dapat melihat riak wajah dingin harris. Kamal duduk di sebelah haikal.

"Sorry lambat sikit". Kata kamal.

"Kau tahu ke pasal plan mak dan ayah aku?". Harris terus mula berkata. Dia sudah tidak boleh tunggu lagi.

"Dah bro". Jawab kamal ringkas.

"Kau ke yang punya idea kamal?". Tanya haikal.

"Memang aku ada idea macam tu tapi papa aku was-was. Kau tak boleh nak salahkan aku sebab Ibu dengan Ayah kau pun memang ada niat nak satukan korang. Aku cuma yakinkan papa aku jer". Jawab kamal dengan tenang.

Harris melepaskan nafas berat.

"Sorry, bro aku bukan nak tikam belakang kau, aku cuma.."

"Qirah tahu pasal benda ni?". Potong harris. Harris malas mahu mendengar alasan kamal.

"Belum tahu lagi. Papa aku tak kasi bagitahu qirah lagi. Papa aku cakap malam sebelum korang tunang baru dia bagitahu.". Jawab kamal.

"Kenapa tak bagitahu?". Tanya Harris lagi.

"Sebab tak nak Qirah buat benda yang bukan-bukan". Jawab kamal.

Harris hanya mendiamkan dirinya. Makanan mereka sampai dan dihidang oleh pelayan restoran.

**********************************

Qirah menutup lap topnya. Badannya di geliat sikit akibat terlalu penat menyiapkan kerjanya. Qirah mencapai hand begnya lalu bangun dari duduk. Qirah melangkah keluar dari biliknya.

Ruang pejabatnya telah pun gelap. Kebanyakkan pekerja sudah balik termasuk lah kamal. Qirah berjalan keluar dan menuju ke tempat letak kereta.

---

Qirah sampai di kawasan perumahannya dan melihat pintu pagar rumah sudahpun terbuka luas. Qirah memandu masuk ke ruang letak kenderaan.

Qirah meneka pasti ada tetamu di dalam rumahnya kerana dia melihat ada 2 buah kereta yang tidak di ketahuinya turut berada di tempat letak kereta. Pintu rumahnya juga terbuka.

Qirah menanggalkan kasut tumit tingginya dan melangkah masuk kedalam rumah. Qirah terdengar suara riuh rendah di ruang tamu lalu berjalan menuju ke arah ruang tamu.

Qirah melihat terdapat sebuah mini pelamin yang hampir siap. Qirah berasa pelik.

"Cantik tak?". Tanya Khalis dari belakang.

Qirah menoleh ke arah khalis tetapi tidak menjawab soalan Khalis. Dalam hatinya dia suka dengan design pelamin itu simple but nice.

"Aku yang pilih tau". Kata Khalis lagi.

"Kesah pulak aku.". Jawab Qirah lalu jalan meninggalkan Khalis.

"Elehhh.. bukan nak terima kasih.". Khalis mencebik seorang diri.

---

Setelah selesai menunaikan solat Isyak, Qirah menyimpan sejadah dan telekungnya ke tempat asal. Qirah menyikat rambutnya yang separas dada lalu meletakkan sedikit minyak di hujung rambutnya. Setelah selesai Qirah melangkah keluar menuju ke ruang makan.

Qirah berjalan memasukki dapur apabila melihat makanan belum siap di hidang.

"Bibik, meh saya tolong". Kata qirah sewaktu melihat bibiknya ingin menganggkat lauk untuk di hidang di meja makan.

"Terima kasih cik". Kata bibik tersebut. Qirah hanya menpaparkan senyuman kepada bibik tersebut.

Mereka menghidangkan makanan bersama-sama.

"Hmm.. bik. Khalis nak tunang ke?". Qirah mula bertanya. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling untuk memastikan tiada orang yang dengar selain dari bibiknya.

Bibik tidak menjawab soalan Qirah. Bibiknya hanya menayangkan senyuman kepada Qirah lalu berjalan menuju ke dapur untuk mengambil sudu.

"Eh eh bibik ni, orang tanya bukan nak jawab. Boleh pulak dia senyum-senyum". Kata qirah seorang diri.

"Tanya apa qirah?". Tegur Puan Arissa dari belakang.

Qirah menoleh ke arah puan arissa lalu mengalihkan pandangannya semula ke arah meja. Qirah mengabaikan pertanyaan Puan Arissa.Tangannya ligat menyusun pingan.

Puan Arissa sudah biasa dengan perangai qirah yang sering memulaunya tetapi dia tidak kisah. Puan Arissa mula membantu qirah. Puan Arissa menyusun cawan lalu menuangkan air ke dalam cawan.

Suara Dato' Romzi dan kamal kedengaran. Mereka berdua berjalan menuju ke meja makan sambil berborak. Mereka mengambil tempat masing-masing.

"Wowww.. sedapnya bauuu". Kata khalis sambil duduk di sebelah kamal.

Qirah pula duduk di sebelah puan Arissa. Dato' Romzi duduk di hujung meja bersebelahan Puan Arissa dan kamal.

Mereka semua menikmati makanan sambil berborak-borak. Qirah hanya mendiamkan diri.

Setelah siap makan, qirah menganggkat pingan dan cawannya ke dapur untuk membasuhnya sendiri. Setelah selesai, qirah berjalan untuk naik ke biliknya.

Langkah Qirah terhenti apabila Dato' Romzi menyeru namanya

"Qirah, kejap papa ada benda nak cakap dengan qirah." Kata Dato' Romzi.

Qirah hanya menurut perintah Papanya kerana Qirah tiada mood untuk membantah. Bibik mengemas meja makan. Qirah ingin membantu tetapi di tegah oleh Dato' Romzi.

"Cakap laa cepat. Qirah mengantuk dah ni". Kata qirah dengan nada malas.

Dato' Romzi mengambil nafas sebelum memulakan bicaranya.

"Esok ada tetamu penting datang bawak hajat besar untuk kamu". Kata Dato' Romzi.

Qirah memandang tepat ke arah wajah Dato' Romzi. Qirah masih tidak faham apa yang papanya cuba cakapkan. Wajahnya keliru.

Puan Arissa, kamal dan Khalis hanya mendengar.

"Esok, qirah akan bertunang". Sambung Dato' Romzi.

Mata Qirah membulat. Jantung rasa seperti baru sahaja di sambar petir.

Dup dap dup dap

"Whatt???". Kata Qirah dengan riak wajah terkejutnya.

"I know you hear me. Qirah suka ataupun tak qirah akan tetap bertunang dengan pilihan papa.".

"Gilaaa. Qirah tak.."

"Listen, Qirah kena ikut cakap papa kalau tak Qirah tak akan dapat share saham syarikat papa dan Papa akan block semua credit card qirah.". Ugut dato' Romzi kepada qirah.

Dato' Romzi tidak mahu bergaduh dengan Qirah sebab itu Dato' Romzi tidak memberi peluang untuk Qirah bercakap.

"You dah melampau Dato', kalau memang you tak suka dengan I, you tak boleh paksa I macam ni". Bentak Qirah lalu bangun meninggal mereka semua.

Qirah menghempas pintu biliknya kuat. Fikirannya kusut. Mahu sahaja di meninggalkan rumah ini tapi Qirah risau dengan ugutan Papanya itu.

Air matanya jatuh membasahi pipinya. Habis rosak semua rancangannya. Qirah tidak menyangka Dato Romzi akan sanggup melakukan dirinya seperti ini. Qirah menangis sehingga tertidur.

***********************************

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 283K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
155K 4.5K 34
1st Story❤ Rhea Medina Amrin Zahin Kehadiran cinta mengajar 1001 erti hidup. RHEA MEDINA seorang gadis biasa. Di limpahi kemewahan dari kecil tida...
10K 544 61
Niat di hati Lily Imani yang mahu melarikan diri ke kota Paris untuk menggelakkan diri daripada papanya yang sibuk mengaturkan janji temu buta bersam...
11.1K 829 36
Pertemuan kembali antara Karl dan Manis selepas 12 tahun terpisah. Kisah cinta lama kembali terukir. Namun, penderitaan yang di lalui Manis sepanjang...