Jodoh yang di takdir (Complet...

By raralovestory

30.7K 1.2K 36

☆ Pengenalan Watak utama☆ ❤Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❤ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15... More

BAB 1 : PENGENALAN
BAB 2 : KECEWA DENGAN MAMA
BAB 3 : MiMPI
BAB 4 : PERTEMUAN
Bab 5 : PERMULAAN PEPERANGAN
BAB 6 : MEMALUKAN
BAB 7 : SENJATA RAHSIA
BAB 8 : KEPUTUSAN MAMA
Bab 9 : STALKER
Bab 10 : HARRIS AND THE GENGS
Bab 11: PERGADUHAN
Bab 12 : PLAN JAHAT HARRIS
Bab 13 : MALAM YANG TAK DI JANGKA
BAB 15 : PERISTIWA HITAM DAN PERMULAAN BARU
BAB 16 : PERKENALAN DENGAN KELUARGA HARRIS
BAB 17 : JANJI
BAB 18 : FIRST CALL
BAB 19 : KFC
BAB 20 : KANTOI
BAB 21 : GREEN LIGHT
BAB 22 : WANITA MISTERI🤐
BAB 23 : SEKSI
BAB 24 : MULA RENGANG
BAB 25 : KECEWA
editing semula
BAB 26 : SAKIT
BAB 27 : AIR MATA
BAB 28 : TIDAK PERCAYA
BAB 29 : DiNGIN
BAB 30 : KENA SERANG
BAB 31 : BENCI
BAB 32 : PENYESALAN
BAB 33
BAB 34 : NASIHAT
BAB 35 : PERTEMUAN
BAB 36 : PERMINTAAN DATO' ROMZI
BAB 37 : PLAN KAMAL
BAB 38 : PEMBERITAHUAN
BAB 39 : Pertunangan
BAB 40 : Permintaan Harris
BAB 41: Hari pernikahan
BAB 42 : Malam pertama
BAB 43 : Permulaan baru
BAB 44 : Susun Strategi
BAB 45 : Harris cemburu
BAB 46 : Misi Qirah
BAB 47 : terus mencabar Harris
BAB 48 : Misi baru Qirah
BAB 49 : Misi bermula
BAB 50 : Pengakuan Harris
BAB 51: Perjanjian baru
BAB 52 : Patut ke?
BAB 53 : Mama
BAB 54 : Kantoi
BAB 55 : Degupan
BAB 56 : Sekatil
BAB 57 : sweet girl
BAB 58 : Majlis Persandingan
BAB 59 : Bulan Madu
BAB 60 : Buah Tangan
BAB 61 : Apa salah aku?
BAB 62 : Kemaafan dan Janji Qirah
BAB 63 : Kepercayaan
BAB 64 : Rindu
BAB 65 : Harris merajuk
BAB 66 : You are mine
BAB67 : Peringatan dari Kamal dan surprise
BAB 68 : Hadiah istimewa
BAB 69 : Kemunculan semula
BAB 70 : Kecewa dan berita gembira
BAB 71 :
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 14 : TERIMA KASIH MAK EHSAH

430 19 0
By raralovestory

☆ 2 Minggu kemudian ☆

Harris memerhatikan riak wajah kosong qirah yang sedang berjalan menuju ke cafe. Harris perasan sejak kebelakang ini, wajah qirah kelihatan sangat muram berbanding dulu.
Semenjak dari kejadian tersebut harris tidak lagi menggangu qirah.

"Hoii.. riss, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?". Tanya kamal kepada harris.

"Hah. Apa dia? " tanya harris. Dengan pantas harris terus memandang kamal.

Kamal menepuk dahi.

"Kau ni punya laa aku panjang lebar aku explain dekat kau, satu hapak pun kau tak dengar. Kau tengok apa?". Tanya kamal sambil menoleh ke belakang.

"Tak ada apa-apa. Hah sambung cakap". Arah harris sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Kamal dan kawan-kawannya yang lain hanya mengelenggkan kepala mereka.

***********************************

Harris menepuk lembut bahu kamal.

"Kau asal bro? Muka tension semacam jer aku tengok?". Tanya harris.

"Kau tahukan sabtu ni ada birthday party Khalisya adik aku". Jawab kamal perlahan.

"Tahu. Then apa masalah dia?".

"Papa, aku minta aku ajak qirah datang sekali, aku dah try call qirah banyak kali tapi dia tak angkat call aku". Jelas kamal.

"Papa kau ada try call qirah sendiri tak?" Tanya harris.

"Dah wehh.. qirah tak pernah nak angkat call papa dia. Aku bukan apa, aku tahu yang papa dia mesti rindukan dia. Tu aku stress tu. Kalau papa dia tak minta tolong dekat aku jangan harap laa aku nak call dia. Pening laaa" . Luah kamal.

"Lek laa bro.. aku tahu dia dekat mana. Jom ikut aku". Ajak harris.

"Hah?? Serious laa kau ni?". Tanya kamal pelik.

Harris hanya menggunguk kepalanya.

"Kau nak jumpa dia tak ni?" Tanya harris sambil menganggkat keningnya.

"Nak. Jom jom" ajak kamal.

Haikal yang perasan harris dan kamal mahu meninggalkan mereka terus memanggil mereka.

"Woii.. korang nak pergi mana?" Tanya haikal.

"Library" jawab harris.

"Tunggu aku, aku nak ikut". Jawab haikal sambil berlari mengejar mereka.

Naim dan haziq hanya membiarkan mereka bertiga pergi kerana mereka sibuk melayan awek mereka.

***********************************

Harris menjuihkan bibirnya kearah qirah yang sedang membuat revision seorang diri di meja paling belakang. Kamal memandang dan tersenyum sedikit. Mereka bertiga berjalan ke arah qirah.

"Qirah". Tegur kamal

Qirah memandang kearah mereka dan menjeling lalu menyambung semula membuat kerjanya.

Kamal menarik kerusi dan duduk berhadapan qirah. Harris dan haikal mengikut tindakan kamal. Harris duduk disebelah kanan manakala haikal duduk disebelah kiri kamal.

"Qirah..". Tegur kamal lagi

"Kau nak apa?." Tanya qirah tak acuh.

"Hari sabtu ni, ada birthday party untuk khalisya. Papa suruh aku invite kau datang".

"Aku tak nak datang". Jawab qirah ringkas padat dan dingin. Qirah langsung tidak memandang muka mereka.

"Tapi qirah..".

"Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi?" Marah qirah sambil memandang mata kamal tajam.

"Dengar.."

"Then blah laaa". Bentak qirah.

Harris dan haikal terkejut melihat respond dari qirah.

"Qirah aku bukannya nak paksa kau tapi papa nak sangat jumpa dengan kau". Jelas kamal.

"Ehh!! Aku tak peduli laaa.. korang nak buat birthday party ke nak buat doa selamat ke.. aku tak peduli.. aku TAK ada kena mengena dengan urusan ENGKAU SEKELUARGA." Marah qirah sambil mengemas semua barang-barangnya dan beredar dari situ.

"Dah laa tu kamal.. biar laa dia. Yang penting kau dah ajak" cakap harris untuk menyedapkan hati kamal.

Kamal tersengeh. " tak ris.. aku kena cuba sekali lagi mana tahu dia setuju lagipun aku dah janji dengan papa aku".

"Kau ni tak serik laa kamal, dia dah tengking kau tadi kot" selit haikal.

Kamal hanya diam.

************************************

Harris yang sedang bermesra dengan syasya ditegur kamal.

"Ris.. sori kacau kau, aku nak cakap sikit dengan ko jap". Pinta kamal

"Eh tak apa bro. Cakap laa". Balas harris.

"Aku nak cakap dengan kau jer". Terang kamal sambil memberi isyarat mata kepada syasya supaya meninggalkan mereka berdua sebentar.

"Apeeee". Jawab syasya gedik seolah-olah tidak faham isyarat yang diberikan oleh kamal.

"Riss tolong ris". Pinta kamal.

"Hah.. okok".

"Syasya you boleh tunggu dekat sana jap i ada benda nak discuss jap". Arah harris.

"Alaaaa biyyyy i tak puas lagi bermanja dengan you biyyy." Rengek syasya.

"Sekejap jer babyy.. nanti kita sambung balik". Jawab harris selamba.

Tempat tersebut agak sunyi jadi disitu laa port harris dan syasya untuk berasmara.

"Okeyy biyy." Jawab syasya sambil beredar dari situ.

"Hah citer laa." Arah harris.

"Aku nak jumpa qirah lagi, kau tolong aku cari dia."

"Haihh.. kau ni tak makan saman langsung bro.. semalam kau tak serik lagi ke kena maki?." Jawab harris sambil menggosok tengkuknya.

"Please Bro.. kau kena tolong aku bro." Rayu kamal dan tidak mengendahkan soalan Harris.

"Hah yelaaa.. tapi bukan sekarang lepas habis kelas nanti" . Terang harris.

"Okay. Bro.. thanks riss.." jawab kamal sambil tersenyum.

"No problem bro".

***********************************

"Qirah". Sapa Danish.

Qirah memandang danish dengan riak wajah yang malas.

"Hurmm.. qirah, awak dah ada partner untuk assignment tak?." Tanya danish sambil menggaru tengkuknya.

"Belum". Jawab qirah ringkas.

"Why not kita jadi partner untuk assignment tu". Pelawa Danis.

"Okey". Jawab qirah ringkas dan berlalu dari situ.

Danish tersenyum seorang diri. Dia tidak menyangka qirah akan bersetuju untuk menjadi partnernya.

***********************************

Qirah berjalan menuju ke keretanya. Langkahnya menjadi perlahan setelah nampak sosok badan kamal dan harris yang sedang duduk berhampiran keretanya. Qirah melepaskan keluhan berat.

Qirah mengeluarkan kunci kereta dari handbeg lalu menekan butang unlock.

Harris dan kamal terus memandang ke arah qirah. Belum sempat qirah mahu memasuki ke dalam kereta dengan pantas kamal menghalang qirah.

Harris hanya memerhatikan mereka.

"Qirah besok jangan lupa datang, kalau kau datang dengan tangan kosong pun tak apa, sebab papa nak sangat jumpa kau qirah". Cakap kamal tanpa membuang masa.

Riak muka qirah semakin tegang.

"Tepi". Arah qirah.

"Tak nak. Kau janji dulu dengan aku yang kau akan datang esok". Ajak kamal tanpa putus asa.

Qirah memandang mata kamal tajam.

"Aku tak faham laa kenapa kau nak sangat aku datang birthday party adik kau tu.. penting sangat ke dia? Sampai aku perlu ada?". Tanya qirah sinis.

"Aku tahu benda ni tak penting bagi kau tapi at least kau tunjuk muka kau supaya papa sedap hati sikit." Rayu kamal.

"Sedapkan hati Dato? Habis hati aku macam mana? Kau expect aku datang sana dan pura-pura senyum bahagia lepas tu blah. Macam tu?."

"Tak.. bukan tu maksud aku qirah".

"Eh dah laa kamal, aku tak nak dengar pun ni semua. Macam ni laa kau sampai dekat PAPA kesayangan kau tu, yang aku dah lama sedar bertapa pentingnya anak tiri dia dari aku anak kandung dia sendiri. Dia ajak aku pergi sana sebab nak sakitkan hati aku kan?.. eh dah laa tepi". Bentak qirah sambil menolak kamal dan terus menghidupkan ejinnya lalu beredar dari situ.

Kamal terdiam.

Harris menepuk bahu kamal perlahan.

" dah laa tu bro.. jom blah". Ajak harris.

Kamal hanya mengekori harris.

***********************************

Khalisya memakai dress labuh berwarna pink memberi senyuman kepada harris. Harris membalas senyuman tersebut.

"Abang harris, jemput laa makan". Ajak khalis gedik.

Harris hanya menangguk kepalanya.

"Amboi khalis, bukan main lagi senyuman ko ehh". Perli kamal.

"Mana ada laa.. abang ni". Khalis tersenyum malu.

"Ni hadiah untuk khalis". Selit Harris sambil menghulur sebuah beg hadiah kepada khalis.

"Ya Allah abang harris.. terima kasih." Jawab khalis sambil tersenyum bahagia.

"Kamal". Sapa Dato Romzi

"Pa, papa tak dah makan ke". Tanya kamal.

"Dah tadi dengan ibu kamu. Ajak harris dengan lain-lain makan". Arah Dato Romzi.

Harris menghulurkan tangannya kepada Dato' Romzi. Dato' Romzi manyambut tangan harris.

"Baik pa".

"Owh iye, kamal, qirah tak datang ke?". Tanya Dato Romzi.

"Maaf pa, kamal dah ajak tapi dia busy pa". Tipu kamal.

"Alaaa biar laa dia papa, dia tak ada pun tak apa, nanti tak pasal-pasal dia cari gaduh dengan khalis". Sampuk khalis.

"Khalisya!!". Marah kamal.

Dato' Romzi menghembuskan nafasnya berat.

"Tak apa kamal, papa dah agak dia tak datang, papa ingat nak buat surprised dekat dia sebab birthday dia sama dengan khalis". Balas Doto' Romzi kesal.

Kamal dan harris terkedu dan mereka memandang antara satu sama lain.

"Tak apa lahh.. kamu semua pergi laa makan, papa pergi cari ibu kamu jap". Arah Doto Romzi sambil beredar dari situ.

***********************************

Qirah yang sibuk membusykan diri dengan membuat revision. Jam di lap top di pandang lalu qirah menghembuskan keluhan berat.

"Seronok jadi kau khalis, ramai orang sayang kau". Keluhan dilepaskan.

Tok tok tok

Qirah meneloh ke arah pintu sambil bertanya, "siapa?".

"Mak Ehsah ni".

Qirah melepaskan nafas lega. Qirah berjalan kearah pintu. Tersimbul wajah tua mak ehsah.

"Kenapa kunci pintu qirah? Dulu tak ada pun qirah kunci pintu." Tanya mak Ehsah kehairanan.

Qirah hanya membalas dengan senyuman. Mah ehsah mengusap lembut tangan qirah

"Jom kita makan". Ajak mak ehsah.

"Tapi mak ehsah qirah tak lapar lagi" .

"Kamu ni qirah dah 9.30 malam tak kan tak lapar. Lagipun mak ehsah tak nampak pun kamu makan dari tengah hari tadi. Jom laa qirah, penat mak ehsah masak tau". Ajak mak ehsah lagi.

"Mak ehsah masak?? Okok jom jom". Jawab qirah sambil menarik tangan mak ehsah.

Mereka berjalan menuju ke dapur. Qirah tergamam apabila ternampak sebuah kek coklat indulgence kegemaranya.

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Shaqirah, Allah selamatkan kamu". Nyanyi mak Ehsah.

Air mata qirah bergelinangan.

"Terima kasih mak ehsah, terima kasih". Qirah memeluk erat mak Ehsah.

Mak ehsah melepaskan pelukan dan memandang tepat kearah qirah yang sedang menagis. Mak ehsah memegang kedua belah pipi qirah lalu mengesat air mata qirah dengan menggunakan ibu jarinya.

"Selamat hari lahir qirah sayang". Mak ehsah bercakap dengan nada yang sangat lembut.

Qirah tersenyum gembira. " Terima kasih mak ehsah lalu mencium pipi orang tua tersebut.

"Tiup laa lilin tu". Arah mak ehsah.

Qirah mengesat air matanya, lalu meniup lilin tersebut sambil tersenyum gembira.

***********************************

Continue Reading

You'll Also Like

8.9K 208 53
Mengisahkan seorang lelaki dipaksa kahwin dengan pilihan ibubapanya.Pada suatu hari,dia terlanggar seorang perempuan dan tersuka pada perempuan itu.P...
10K 544 61
Niat di hati Lily Imani yang mahu melarikan diri ke kota Paris untuk menggelakkan diri daripada papanya yang sibuk mengaturkan janji temu buta bersam...
87.5K 2.3K 81
Adryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwataka...
155K 4.5K 34
1st Story❤ Rhea Medina Amrin Zahin Kehadiran cinta mengajar 1001 erti hidup. RHEA MEDINA seorang gadis biasa. Di limpahi kemewahan dari kecil tida...