Aydeel tersenyum nipis.

Lega sangat mendengar kata - kata itu.



"ASSALAMUALAIKUM". Ucap Aydeel perlahan sebaik saja kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup perlahan. Bibir di gigit bila melihat ruang rumahnya gelap - gelita. Pasti saja keluarga sudah lena di buai mimpi.

Kaki menapak mendekati tangga. Kunci di sangkut pada hiasan berbentuk rumah yang tergantung elok pada dinding.

"Deel". Aydeel menoleh apabila suara lembut si mama menyapa halwa telinganya.

"Mama..." Aydeel senyum segaris.

"Lambat balik. Deel pergi mana, sayang?" Soal Ayreena lembut. Dahinya berkerut halus. Hairan. Tak pernah anaknya pulang lewat malam sebegini.

"Deel baru balik dari rumah Uncle Adif". Balas Aydeel sambil tersengih hambar.

"Uncle Adif? Kenapa?"

Aydeel garu dahi. Dia hanya tersengih tatkala mendengar soalan si mama.

"Hanan ya?" Soal Ayreena sambil mengangkat sebelah kening. Dapat di teka berdasarkan wajah matang anak sulungnya.

Aydeel tersenyum kecil.

Kepala tidak pula mengangguk dan tidak pula dia menggeleng.

"Mama tak tidur lagi? Lewat ni mama...." Tegur Aydeel pula. Mata mengerling jam yang berada di tangan lalu wajah si mama di tatap.

Ayreena tersenyum manis. Rahang anak sulungnya di belai lembut.

"Mama tunggu Deel. Mama risau",

Aydeel tersenyum sayu.

"Kenapa kau tak balik lagi? Kan aku kata kau tak perlu tunggu aku sebab aku ada hal dengan Cikgu Badrul".

"Aku sengaja tunggu kau. Kau kan abang aku... lagipun, yelah... aku risau kau balik seorang".

"Deel...." Ayreena kerut dahi melihat wajah mendung si anak. Dia ada salah kata ke?

"Deel rindukan dia mama... Deel rindukan adik kembar Deel sangat - sangat". Perlahan suara Aydeel. Serak. Pilu.

Ayreena tayang wajah serba salah.

"Deel...."

"Deel bukan abang yang baik. Deel lembik. Deel lemah. Deel tak sempurna..." Luah Aydeel. Langsung dia tak malu menangis di hadapan si ibu. Dia seringkali mengakui kelemahan diri. Berharap sangat jikalau masa mampu diundur, dia akan dan mahu menjadi seorang abang yang terbaik buat Aydeen Hyraz.




"DEEN....", Lembut suara Annas memujuk. Sukar untuk melenturkan hati Aydeen yang tak makan saman dengan pujukan. Keras. Degil.

"Jomlah Deen, sekarang dah lewat. Kita balik dorm ya?" Celah Aniq pula. Wajah di tayang, lembut saja.

Kata orang tua - tua, kalau nak memujuk api, kena jadi air.

"Kau berdua memang tak faham bahasa ke? Aku kata, nanti aku baliklah. Kau berdua balik aje dulu!" Tempik Aydeen. Wajahnya mula membengis. Marah!

"Deen... kau ikut kami balik okey? Aku tahu, kalau kau balik sendiri, belum tentu esok pagi kau akan balik lagi". Bidas Annas.

Aniq yang berada di sisi laju saja mengangguk.

"Blah lah! Kau semua sama aje macam dia! Aku bencilah. Bodoh!" Marah Aydeen. Melihat cara Annas memujuknya, buat fikirannya mula terbayang - bayang wajah seseorang. Dan dia sangat bencikannya!

"Deen..." Aniq masih tak berputus asa memujuk.

"Blah lah!" Tengking Aydeen. Tubuh Annas dan Aniq di tolaknya kasar sehingga kedua - dua kawannya itu jatuh terjelopok di hadapan pintu bilik rehat.

"Deen... kenapa kau ni? Aku dan Aniq ajak kau balik bersebab Deen", Sayu suara Annas. Dalam hati, dia kasihankan Aydeen. Terpinggir, kurang kasih sayang.

"Kau semua jangan nak berlagak baik depan aku. Kau semua sama aje macam dia. Sial!" Hambur Aydeen.

Tak menunggu lama, dia masuk semula ke bilik rehat yang tidak ubah seperti syurga dunia.

Hatinya sudah lali dengan pujukan kawan - kawannya. Semua manusia sama sahaja. Mendekatinya kerana kepentingan!

"Kau okey Aniq?" Lembut Annas menyoal. Tangan di hulurkan pada Aniq. Membantu kawannya bangun.

Aniq tersenyum nipis.

"Aku okey. Tapi Deen..." Pintu bilik rehat yang terkatup rapat di renung kosong.

Annas urut pelipis.

"Deen tu... memang degil. Hati dia tu besi agaknya. Keras kepala sangat. Orang tegur semua tak mahu dengar. Tahu ikut kepala dia aje", Omel Annas sambil menggeleng. Sesekali bibirnya mengeluh halus.

Aniq turut mengeluh.

"Habislah dia". Tambahnya.

"Betul tu... memang habislah dia". Annas turut mengiakan.

Sebelum ini segala kesalahan yang di lakukan Aydeen, mereka lindungi. Tapi sekarang ni... sorry Deen... memang diluar batasan mereka!





MEJA besi di hempuknya kasar. Bibir mendesis sambil merengus benci. Marah!

Kenapa semuanya mahu berpihak pada abangnya?

Apa kekurangan dirinya?!

"Sial! Kau sial Deel.." Carut Aydeen perlahan. Matanya merenung kosong meja kaca yang sudah berkecai.

"Deen...." Bisikan suara gemersik membuatkan Aydeen merenung tajam gadis yang berada di sisinya. Matanya mencerlung.

Dendam.

Benci.

"Kau nak apa pelacur?!" Soal Aydeen kasar. Langsung tak di hiraukan perasaan gadis yang mendengarnya.

"Hey, baby kenapa you marah sangat ni... Hmmm?" Soal gadis itu lembut.

Rahang Aydeen di sentuhnya lalu bibir di labuhkan pada rahang lelaki itu.

"Berambuslah!" Tubuh gadis itu di tolaknya kasar.

"Deen... chill lah". Bibir gadis itu memuncung. Matanya memandang wajah Aydeen.

Aydeen merengus.

"Kau nak apa sebenarnya Trisha?!" Soal Aydeen marah.

"I cuma nak tolong hilangkan stress you aje". Bisik Trisha dada Aydeen di belainya lembut. Menggoda.

"Kalau kau nak ajak aku tidur dengan kau, lupakan. Aku tak mahukan pelacur!" Kasar tubuh Trisha di tolak mejauhi dirinya. Kaki melangkah mendekati pintu bilik rehat. Keluar.

Makin lama dia berada di sini, makin serabut kepala otaknya.

"Deen, wait!" Tangan Aydeen pantas di peluk erat. Menghalang Aydeen dari terus keluar. Aydeen merenung wajah Trisha.

"Apahal?"

"I bukan nak ajak you tidur dengan I. I cuma nak tolong you hilangkan stress aje. Betul". Pujuk Trisha. Mata di kerdip - kedip. Bibir sengaja digigit.

Aydeen merengus.

"Please Deen..." Rengek Trisha manja.

"Cepatlah!" Kasar suara Aydeen. Teruja Trisha bila Aydeen bersetuju. Terus saja lengan Aydeen di pautnya erat menuju ke bar minuman.

Dalam diam, bibir mula mengukir senyum misteri.

Poor, bad boy.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now