53

489 35 27
                                    

Jiu WangQi menggigit kukunya sambil matanya mencerlung tajam ke arah cermin air yang menunjukkan keadaan di Dunia Manusia. Anak Dewi Bunga, dia telah menjumpainya. Akhirnya, dia berjaya menjejaki anak itu. Namun malang apabila sesaat dia menjumpai anak dewi tersebut, kelibatnya kembali hilang.

"Ada seseorang.. Dewa yang sangat kuat telah melindunginya. Siapa?!" Jiu WangQi menjerit tidak puas hati sebelum membaling barang-barang di atas meja.

Ke semua barangan perhiasan itu jatuh dan pecah di atas lantai. Jika dewa itu lebih kuat darinya sehingga mampu menyembunyikan anak Dewi Bunga, bermakna pangkat dewa itu bukanlah sesuatu yang Jiu WangQi boleh cabar. Jiu WangQi yang hanya merupakan seorang Dewa Tertinggi tidak boleh melawan dewa yang mana pangkatnya lebih tinggi daripadanya.

Pangkat dewa dan dewi ada empat. Dewa Bawahan, Dewa Tengah dan Dewa Tertinggi manakala Dewa Agung pula adalah pangkat yang diberikan pada pemerintah atau dewa yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman. Kuasa Dewa Agung melebihi segalanya dan mempunyai autoriti yang sangat hebat. Tidak semua Dewa Tertinggi mampu mencapai pangkat Dewa Agung.

Dalam erti kata lain.. Dewa yang melindungi anak Dewi Bunga adalah Dewa Agung. Dalam Tiga Alam  Dunia, tidak banyak dewa yang berpangkat Dewa Agung. Raja Tiga Alam Dunia Fu Hann Li, Dewa Takdir Manusia Hua Disung, dan Demon Lord pemerintah Dunia Kegelapan. Cuma tiga.

Antara tiga dewa ini, salah satu darinya telah melindungi anak Dewi Bunga. Namun apabila difikir semula, kenapa dan untuk apa anak dewi itu dilindungi? Apa yang mereka dapat daripada melindungi anak tersebut? Mengarut betul. Lantas Jiu WangQi mengadu pada Dewi Petir Lan Yurong tentang masalahnya.

"Ah, tentu saja Dewa Agung Fu Hann Li yang melakukannya." jawab Lan Yurong dengan yakin.

"Untuk apa?!" Jiu WangQi berkerut.

"Kau tak tahu? Dewa itu berada di Dunia Manusia sekarang. Jangan risau.. Aku akan uruskan dewa itu." Lan Yurong tersenyum sumbing.

"Huh.. Kau cuma Dewi Petir, apa yang kau boleh lakukan pada Dewa Agung?" perli Jiu WangQi.

Lan Yurong ketawa. Cuma Dewi Petir? Memang dia cuma Dewi Petir. Namun begitu, dia lebih lama hidup dari Dewa Agung itu. Dia mengetahui lebih banyak rahsia. Sedang mereka berbincang, satu bayang-bayang hitam menyelinap masuk ke bawah bayang dua orang tersebut. Disebabkan dia hanyalah bayang, tidak ada sesiapa menyedari akan kehadiran 'orang ketiga' itu.

Dari jauh, Lan Jiayi mengeluh. Lagi, orang yang mahu mencederakan anaknya. Lagi, orang yang dengki dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Selepas selesai perbincangan Lan Yurong dan Jiu WangQi, bayang tadi kembali ke sisi Lan Jiayi.

"Pergi pada Hann Li." arah Lan Jiayi.

Bayang hitam itu kemudiannya menghilang. Beberapa minit kemudian Lan Yurong datang ke bilik kurungan Lan Jiayi. Dengan peluang yang ada, Lan Jiayi telah menghantar bayangnya yang lain untuk meletakkan racun ke dalam minuman kesukaan dewi itu.

Memang setiap hari pun begitu. Bukan mudah untuk membunuh dewa dan dewi namun jika kena caranya, mereka akan mati juga. Lan Jiayi telah merancang perkara itu sejak dia mendapat tahu akan rahsia Lan Yurong yang mahu membunuh anaknya. Dia telah menggunakan masa Lan Yurong datang melawatnya bagi meletakkan racun ke dalam minuman dewi itu.

Racun itu, jika terkumpul dalam badan akan membawa maut. Dia tidak mahu Lan Yurong menyedari akan tindakannya jadi dia telah melakukannya sedikit demi sedikit. Kini, dia cuma menanti masa untuk dewi itu mati dengan sendirinya kerana racun yang telah terkumpul dalam badan.

Lan Jiayi tidak akan memaaafkan sesiapa saja yang telah menyakiti keluarganya. Lan Yurong, Jiu WangQi.. Lan Jiayi akan pastikan mereka tidak akan terlepas. Walaupun dia dikurung di dalam penjara, dia masih ada cara lain untuk membunuh mereka dengan senyap.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon