30

523 47 23
                                    

Zhong Yi yang saat itu baru selesai persembahan miliknya, kembali semua ke bilik. Kalau dia berterusan berlama-lama di ruang lobi Flower House itu, alamatnya nanti ada yang datang nak 'makan' dia. Berada di dalam bilik adalah lebih selamat.. atau itu apa yang dia fikir.

"Xiao Yi~" XiHua yang sedang tersenyum ke arahnya itu buat Zhong Yi kembali menghempas pintu biliknya.

Macam mana dia boleh lupa tentang lelaki bertopeng tu yang kini sedang menjadikan biliknya sebagai tempat persembunyian?!

"Xiao Yi!" XiHua membuka semula pintu bilik Zhong Yi. Wajah Zhong Yi yang masam mencuka di hadapan bilik dipandang penuh minat.

"Kenapa tak masuk?" soal XiHua sambil bersandar di tepi pintu. Soalan yang agak bodoh.

Zhong Yi mengetap bibirnya sebelum berpaling. Bajunya yang berkain lembut nampak beralun bila dia berjalan. XiHua tersengih. Eii.. betul la macam perempuan lelaki yang seorang ni. Langkah kaki XiHua lantas memintas jalan Zhong Yi membuatkan lelaki itu terpaksa berhenti.

"Nak ke mana?" soal XiHua sambil menyilang tangan di dada.

"Hmph!" Zhong Yi berpaling sekali lagi dan berjalan semula ke arah  biliknya sebelum masuk ke dalam dan.. Bum! Pintu bilik dihempas di depan muka XiHua.

"Ganas." sekali lagi XiHua memberi komen tentang personaliti Zhong Yi.

Dia cuba membuka pintu bilik Zhong Yi namun perasan yang pintu tersebut telah dikunci dari dalam. XiHua ketawa kecil. Macam budak kecil la lelaki yang seorang ini. Alahai.. Sekarang, apa patut XiHua buat? Sedang dia berfikir di hadapan pintu, dia merasa akan tangan seseorang menyentuh bahunya. XiHua menoleh. Cuma seorang saja yang akan memanggilnya begitu, dengan cara menyentuh bahu. Wen Chong. Memang perangai dia suka pegang bahu orang.

"Tuan XiHua. Akhirnya." mata Wen Chong mencerlung tajam. XiHua rasa ditikam dengan bilah pisau.

"Hehe.."

"Hehe.. banyaklah hehe Tuan!!" marah Wen Chong. Dia membuka mulutnya untuk berkata sesuatu namun tangannya digenggam dan dia mengeluh. Wen Chong akhirnya menumbuk perut XiHua secara tiba-tiba.

"Urghh!!" XiHua yang langsung tak bersedia jatuh melutut ke atas lantai. Senak! Sakit! Argh!

"Kenapa.. tiba-tiba.." XiHua menahan nafasnya. Perutnya ditekan dengan tangan.

Wen Chong mengeluh lagi sambil melutut di hadapan XiHua. "Putera Kelima, Mu XiHua, Maharaja telah mengeluarkan titah supaya Tuanku Putera Kelima pulang ke istana segera. Ada sesuatu yang telah berlaku. Patik akan menceritakan segalanya dalam perjalanan pulang."

XiHua terkedu. Wen Chong bercakap menggunakan bahasa rasmi. Dalam erti kata lain, sesuatu yang serius telah berlaku di istana semasa ketiadaan dia di istana. Wajah XiHua bertukar serius. Tidak ada lagi senyum dan gelak tawa.

"Kita faham. Kita akan ikut Wen Chong pulang ke Istana." balas XiHua sambil Wen Chong membantunya untuk bangun.

XiHua menghela nafas berat. Dia melihat ke arah pintu bilik Zhong Yi yang masih tertutup rapat. Sesaat kemudian dia berpaling dan berjalan mengikuti Wen Chong. Apabila dia kembali semula dengan YiFan sebelum ini, XiHua sudah perasan tentang perkara pelik yang berlaku di sekeliling bnadar. Malah dia juga hairan mengapa berita dari istana telah disekat dan dia diburu oleh tentera dan pengawal istana. Rupanya memang betul ada perkara buruk yang telah berlaku.

Sambil dia berjalan pulang dengan Wen Chong, Wen Chong telah menceritakan semua perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan XiHua. Selepas XiHua meninggalkan kediaman Permaisuri Li JianSu, pengawal menyedari akan bunyi pinggan yang pecah dari dalam setengah jam kemudiannya. Apabila pengawal masuk, didapati permaisuri telah mati diracun.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Место, где живут истории. Откройте их для себя