32

516 54 15
                                    

Zhe Xuan Yu menutup buku di tangan dan mengangkat wajahnya untuk melihat Wen Chong yang sedang berlari macam tak cukup tanah. Apa lagi la kawan baik dia yang seorang ni tengah buat? Xuan Yu yakin semuanya mesti ada kena mengena dengan Putera Kelima Mu XiHua.

"Wen Chong, kau lari dari apa ni?" panggil Xuan Yu dari bawah gazebo tempat dia duduk berehat.

Wen Chong memberhentikan langkah kaki. Dia yang tak cukup nafas, mengheret juga kaki ke arah Xuan Yu. "Ahh.. Kau.. Beritahu aku, apa patut aku buat dengan Tuan XiHua yang seorang ni?"

Xuan Yu tersenyum kecil. Wajahnya manis sahaja. Walaupun kedua datuk dan neneknya dahulu merupakan general yang sangat terkenal, Zhe Long dan Yan Chi, Xuan Yu kini cuma seorang ahli sastera. Dia tak ikut langkah keluarganya yang lain yang mana merupakan tentera dan general Maharaja. Xuan Yu lebih suka membaca dari pergi berperang.

"Putera Kelima..apa lagi yang dilakukannya kali ini?" tanya Xuan Yu ingin tahu.

"Hm, Maharaja mahu Tuan XiHua kenalkan kekasih hati dia dan dibawa pulang ke Istana. Tapi Putera Kelima dah larikan diri." cerita Wen Chong.

Xuan Yu: "Oh? Jadi Maharaja dah maafkan tentang apa yang terjadi pada Permaisuri Li JianSu?"

"Ah.. Tentang perkara tu, melalui siasatan yang dijalankan...kau tahu bukan?" soal Wen Chong dengan kening terangkat sebelah.

"Pfft~" Xuan Yu ketawa kecil.

"Wen Chong, kau ni.. Macam tahu saja."

"Mesti la. Aku kenal kau. Walaupun kau pura-pura tak ambil kisah tentang perkara yang berlaku dalam istana, kau sebenarnya orang paling tahu banyak benda?"

"Hmm.. Tapi kau tak rasa pelik ke?"

Wen Chong memandang wajah sahabatnya yang tersenyum itu. "Apa yang pelik?" soalnya.

"Kenapa pembantu istana yang sepatutnya berada di dalam istana, dijumpai mati di luar istana? Perkara utama..apa yang dia buat di luar istana? Kebenaran siapa dia dapat untuk keluar dari istana?" Xuan Yu bersuara, membuatkan mulut Wen Chong yang tertutup sedikit terbuka.

"Lagi satu, kalau betul pun nak hapuskan saksi atau bukti.. Kenapa perlu dibunuh di luar istana? Jauh pula tu kawasan mayat dijumpai."

"Bunuh? Kau yakin pembantu istana tu dibunuh? Dia mati lemas.. Jangan cakap.. Ada orang yang lemaskan dia?!"

Xuan Yu hanya tersenyum. "Aku tak tahu."

Wen Chong: "Habis tu?"

Xuan Yu: "Aku cuma cakap apa yang aku fikir pelik."

Wen Chong mengangguk. Nampaknya dia perlu menyatakan perkara ni pada Putera Kelima dan Putera Mahkota nanti. Kalau boleh dia mahu selesaikan kes ni secepat mungkin. Tapi apa yang Xuan Yu katakan turut sama buat Wen Chong berfikir. Dia pasti Putera Mahkota sudah terfikir perkara yang sama namun dia tak faham apa yang Putera Mahkota rancangkan.

"Xuan Yu, kau rasa sebab Putera Mahkota suruh aku siasat di luar istana sebelum ini ada kena mengena dengan perkara ni ke?" soal Wen Chong apabila otaknya yang berotot tu tak berapa nak berguna.

Maklumlah, Wen Chong cuma tahu berlawan. Perkara lain dia lembab sikit. Tak berapa nak bijak dalam benda-benda macam ni.

"Mana aku tahu. Kau tanya la Putera Mahkota. Lagi satu.."

"Lagi satu apa?"

"Kau tak pernah ke fikir benda ni.."

"Fikir apa?"

"Aku pelik sangat..sebab tak ada sesiapa pun pernah cakap atau tanya tentang hal ni.."

"Cakap la cepat, apa benda yang pelik ni Xuan Yu?"

Xuan Yu memandang wajah Wen Chong yang jelas tak sabar dengan dirinya yang asyik melambatkan percakapan. Bibirnya menguntum senyum.

"Cakap la!" gesa Wen Chong.

"Kalau ada Putera Kedua, Mu XiCheng, Putera  Ketiga, Mu XiYue, Putera Kelima, Mu XiHua.. Mana putera pertama dan putera keempat?" balas Xuan Yu.

Wen Chong terdiam seketika. Eh.. Eh.. Eh?????

Kenapa dia tak pernah terfikir?

Sebab tak ada sesiapa pun yang sebut.

Kenapa tak ada orang sebut?

Sebab perkara itu semua orang lama di istana tahu Maharaja tak suka.

Tapi Wen Chong dan Xuan Yu tak tahu. Mereka bukan orang lama di istana. Mereka fikir ianya adalah sesuatu yang pelik kerana tak ada sesiapa pun yang menyuarakan tentang perkara tersebut.

"Xuan Yu!" Wen Chong mengenggam kedua belah bahu kawannya itu.

"Hm?"

"Kau ni, sayang betul sebab kau bukan general macam keluarga kau yang lain. Cuma sasterawan yang duduk saja baca buku."

Xuan Yu mengangkat sebelah kening. "Oh? Sekurang-kurangnya aku selamat."

Wen Chong tersengih. Faham maksud Xuan Yu. Lelaki di hadapannya itu takut mati. Dia akan sentiasa memastikan dirinya berada di tempat yang selamat. Kalau dia tahu lebih pun, dia akan diamkan diri. Kata Xuan Yu, orang yang tahu banyak perkara selalunya cepat mati.

"Aku pergi dulu. Ada sesuatu yang aku perlu uruskan." Wen Chong meminta diri.

Xuan Yu kemudiannya hanya melihat rakannya itu berpaling dan berlalu pergi. Setelah itu dia kembali menyambung untuk membaca buku. Dia sendiri pun sebenarnya tak pasti kalau apa yang dia cakap tu membantu. Cumanya dia kalau boleh nak tolong Wen Chong. Sahabat yang seorang itu kuat betul berusaha.

Sedang dia membaca elok di atas pangkin gazebo, lehernya tiba-tiba terasa disentuh dengan benda keras dan sejuk. Xuan Yu menelan liur. Dari belakang, seseorang mengacukan pedang ke lehernya. Terus Xuan Yu terdiam. Ah.. Betullah sangkaannya selama ini. Selalu orang yang tahu banyak benda ni cepat mati.

Xuan Yu tersenyum.

"Jadi?" soalnya sambil mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah diri.

"Kau tahu yang kau tak boleh sebut tentang Putera Pertama dan Putera Keempat. Kau memang nak mati cepat ke?" soalan Xuan Yu dijawab dengan soalan oleh lelaki di belakangnya.

"Yu Er cuma mahu tolong Wen Chong. Abang boleh maafkan Yu Er?" Xuan Yu bersuara sambil tersenyum, dia memalingkan wajah untuk melihat orang yang mengacukan pedang pada lehernya itu.

"Huh!" lelaki itu kemudiannya terus memasukkan pedangnya kembali ke dalam sarung. Tubuhnya keras dan kaku. Pergerakannya penuh dengan tenaga. Gaya seorang general yang sejati. Sentiasa berada dalam keadaan sedia.

Xuan Yu tersengih. "Abang ni, kalau bergurau pun jangan la ganas sangat."

"Nasib la orang yang mendengar perbualan kalian cuma aku. Kalau orang lain, kepala kau dah melayang!" marah dia kepada adiknya yang seorang itu.

"Ehehe.." Xuan Yu tersengih, berlagak bodoh.

"Yu Er, jangan buat lagi perkara macam ni. Kalau sesiapa tahu.. Abang tak dapat lindungi kamu."

Xuan Yu mengangguk. Abangnya mengeluh sebelum berlalu pergi. Melihat kelibat abangnya itu tidak lagi kelihatan, Xuan Yu menghela nafas lega. Semangat! Semangat dah hilang! Tubuhnya layu dan terbaring di atas papan kayu gazebo.

Xuan Yu ingat dia dah nak mati tadi! Huwaa!! Seram betul!

************************************

************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now