37

503 45 26
                                    

Bang!

Debush!

"Putera Kelima! Jangan hancurkan pintu!" pengawal yang menjaga bilik Maharaja merayu.

Prang!

"Putera Kelima! Putera Kelima!" beberapa orang pengawal lagi cuba menahan XiHua tapi tak berjaya.

"Anakanda.." panggil Maharaja Mu dari dalam biliknya.

Langkah kaki XiHua laju masuk untuk berjumpa dengan ayahandanya. Dia masuk ke dalam bilik Maharaja Mu tanpa mengetuk pintu. Boleh kira menceroboh juga la.

"Ayahanda! XiHua dengar Ayahanda kurung seseorang di....." ayat XiHua yang kelam-kabut tak sempat dihabiskan apabila mata XiHua tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang bermain catur dengan Maharaja.

"Oh, langkah yang menarik. Beta kalah lagi." Maharaja Mu ketawa apabila menyedari Zhong Yi sekali lagi menang bermain catur dengannya.

XiHua terdiam. Apakah? Bukankah orang yang menceroboh bilik Maharaja Mu adalah Zhong Yi dan dia telah dikurung di penjara bawah tanah sebagai tahanan? Macam mana Zhong Yi masih selamat dan sedang bermain catur dengan ayahandanya pula?

"Ah, Anakanda XiHua..ada apa? Kecoh betul diluar." Maharaja Mu tersengih.

"Ayahanda..." XiHua mati kata.

Zhong Yi pula langsung tak menoleh untuk melihat XiHua di belakangnya itu. Tangannya sibuk menyusun buah catur di atas papan. Berpura-pura macam lelaki bertopeng yang dinantikan olehnya itu tak wujud disitu. Maharaja Mu tersenyum.

"XiHua, mari duduk disini. Ayahanda mahu kenalkan kamu dengan seseorang." ujarnya.

XiHua berjalan ke arah Zhong Yi dan duduk di sebelahnya. Selepas itu Maharaja Mu memanggil seseorang untuk masuk ke dalam yang mana dia dibawa oleh sida-sida istana. Seorang lelaki yang sangat elegan masuk dengan senyuman di bibir. Zhong Yi bangun dari temput duduknya lantas dia memberi tunduk hormat pada lelaki tersebut.

"Pakcik Luoyi." tegur Zhong Yi.

Dahi XiHua berkerut sedikit. Tak faham apa yang berlaku sebenarnya. Melalui pengetahuan semua orang, Zhong Yi telah ditangkap dan dikurung di penjara bawah tanah menanti hukumannya. Maharaja Mu ketawa. "Luoyi, anak buah kau sangat bijak. Beta tak pernah menang bermain catur dengannya."

Lelaki yang digelar Luoyi itu tersenyum. Mulut XiHua terbuka sedikit. Sudah tentu dia kenal dengan nama itu. Xie Luoyi. Dia merupakan ketua keluarga Xie, pedagang dan juga ahli usahawan berjaya di empayar mereka. Langsung XiHua tak sangka lelaki hebat itu sebenarnya masih muda!

"Tuanku Maharaja sangat bermurah hati. Kalau Tuanku Maharaja suka bermain catur dengan anak buah Kita, Tuanku Maharaja boleh menjemput dia datang lagi ke istana." balas Luoyi sambil mengambil tempat duduk di sebelah Maharaja Mu.

Zhong Yi kembali duduk di tempatnya selepas itu. Dia nampak sangat menghormati lelaki bernama Luoyi itu. Barangkali kerana mereka keluarga walaupun dia cuma anak angkat. Zhong Yi sangat terhutang budi dengan keluarga Xie.

"Ayahanda.." panggil XiHua.

"Ah, kenalkan.. Luoyi, ini anak beta. Mu XiHua, Putera Kelima." Maharaja Mu bersuara, sekaligus tidak mempedulikan XiHua yang tidak faham apa-apa.

"Oh, jadi inilah Putera Kelima." Luoyi mengangguk.

"XiHua, ini Xie Luoyi. Dia merupakan ketua keluarga Xie dan juga merupakan kawan baik ayahanda." Maharaja Mu mengenalkan mereka berdua. Selepas itu, baginda menunjuk pula ke arah Zhong Yi. "Ini pula Xie Shaoye (Tuan Muda Xie), Xie Xiao Yi."

XiHua terdiam beberapa ketika. Otaknya laju memproses maklumat yang cuba disampaikan oleh Maharaja Mu. Dalam erti kata lain, dihadapannya itu bukanlah Zhong Yi tetapi Xie Xiao Yi. Mereka orang yang sama tetapi dalam masa yang sama bukan orang yang sama. Faham?

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt