59

417 37 30
                                    

Bai Cheng duduk bersantai di atas kerusi sambil orang suruhannya membacakan laporan yang dia minta saat perjalanannya ke istana tempoh hari. Seperti yang dijanjikan, identiti lelaki yang dia minat itu telah berjaya dia dapat.

"Xie Shaoye? Hoh.. Tuan Muda dari keluarga Xie yang sangat terkenal tu? Hehe.." Bai Cheng mengurut dagu yang licin tidak berjanggut.

"Duta Wen, arahan yang seterusnya?" soal orang suruhan tersebut.

"Hm, Kita nak jumpa dengan Tuan Muda ni. Rasanya kau boleh usahakan? Kita mahukan dia." ujar Bai Cheng.

"Baiklah. Xie Shaoye dikatakan tinggal di Istana Mingzhuo sebagai tetamu. Kalau tak silap, Duo Li Xian yang merupakan anak pedagang dari Empayar Fenghua ada disitu. Kita boleh minta tolong dia." beritahu orang suruhannya lagi.

"Baiklah." Bai Cheng mengangguk. Tak salah kalau dia gunakan apa pun untuk dapatkan apa yang dia mahu bukan? Di Empayar Haoxia ini memang ramai orang yang elok rupanya.

Bai Cheng yang memang sukakan kecantikan itu amat mudah terbawa dek perasaannya. Dua orang gundik istana telah pun menjadi teman bermalamnya sebelum ini. Maharaja Mu tidak berkata apa atau hanya membiarkan saja, sebaliknya telah menghadiahkan dua gundik itu pada Bai Cheng.

Selain itu, orang suruhan di kediaman istana pelawat tempat dia tinggal itu juga turut menjadi tempat dia bermain untuk satu malam. Memang dia cintakan wanita. Dia juga cintakan lelaki. Sesiapa saja yang dia berminat, dia akan pastikan dia dapat. Walau dengan apa cara sekalipun.

.
.
.
.
.
.

XiHua masuk ke dalam biliknya hanya untuk melihat sebungkus lepat pisang yang besar di atas katilnya. Lepat pisang?

Hehe..

XiHua berjalan ke arah katilnya dan duduk di bahagian hujung sambil cuba menarik kain selimut yang melitupi seluruh tubuh seseorang. Dah macam hantu bungkus lagaknya. Asalnya dia masuk mahu bertemu Zhong Yi sebelum dia keluar ke Istana Utama untuk menjalankan tugas. Tapi bila tengok lelaki ni macam ni..

"Xiao Yi~"

Tiada respon. Mati ke?

"Xiao Yi."

Masih tiada respon. Betul-betul mati lemas ke?

"Xiao Yi!"

Lantas hantu bungkus itu mula bangkit dari atas katil. XiHua menarik kain selimut yang menutup wajah lelaki itu. Dilihatnya wajah yang pucat dan mata sembab serta merah seperti dia telah menangis semalaman. Terkejut XiHua dibuatnya.

"Tak guna, tak guna, tak guna!" Zhong Yi memulakan perangai kebudak-budakannya lantas memukul dada XiHua dengan tangan. Namun cepat saja XiHua menangkap kedua belah tangan lelaki itu.

"Xiao Yi, kenapa ni? Siapa buli awak?" soal XiHua, risau.

"Awak la! Penipu!" Zhong Yi menolak tubuh XiHua supaya jauh daripadanya lantas dia mula membebel tentang apa yang dilihatnya malam tadi. Dia mula meluahkan perasaan negatif miliknya. Entah kenapa dia bertukar macam seorang perempuan pula saat itu. Eh, reverse?

XiHua yang mendengar rungutan lelaki itu mula tersenyum.

"Kenapa senyum?! Suka mainkan saya?! Sebelum ni kenapa awak cium---" sebelum sempat Zhong Yi menghabiskan kata-katanya, XiHua telah menarik kedua belah pipi Zhong Yi.

Wajah mereka sangat dekat dan sesaat kemudian, bibir mereka bersentuhan.

"Hmph!" Zhong Yi menolak tubuh XiHua. Putera Kelima itu masih tersenyum lebar.

"Dasar tak guna! Suka ambil kesempatan!" marah Zhong Yi. Dia memukul XiHua sekali lagi namun seperti tadi tangannya telah ditangkap oleh XiHua.

"Lepas! Awak ni memang penipu!" Zhong Yi masih belum puas hati.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now