64

464 39 17
                                    

Imbas Kembali

YeHua memeluk erat anak kecilnya. Lohong awan yang mereka lalui semakin lama semakin mengganas dalam menelan YeHua. Namun apa yang berlaku sekalipun, dia perlu pastikan anaknya selamat. Dia lantas melepaskan bayinya supaya bayi itu tidak turut sama ditelan lohong awan.

Namun XiHua yang masih bayi itu tidak mahu berpisah dengan bonda tercinta. Dengan tekad dan semangat, dia menangis sambil cuba mencapai tangan Dewi Bunga. YeHua hanya tersenyum sambil mengalirkan air mata. Anak kecilnya sangat bijak. Tahu yang mereka akan berpisah.

"XiHua, jangan ikut bonda." pesan Dewi Bunga sebelum berkecai menjadi cebisan-cebisan tenaga apabila dia ditelan lohong awan.

Si bayi terus menerus menangis sekuat hati. Dia cuba mencapai cebisan bondanya namun tidak berjaya. Dia mencuba lagi dan lagi sehingga satu saat, rohnya terputus menjadi dua dan separuh daripadanya itu ditelan lohong awan. XiHua yang masih bayi itu kemudiannya selamat mendarat ke dunia manusia di lapisan tengah.

Separuh daripadanya yang ditelan lohong awan pula telah masuk ke dalam kitaran kehidupan semula dan dilahirkan sebagai XiHua di dunia manusia lapisan bawah. Dua orang yang sama namun mempunyai kehidupan yang berbeza. Semua lapisan ini mempunyai jarak waktu yang berbeza antara satu sama lain.

Dewi Bunga yang risau akan anaknya telah merayau di dunia manusia dan saat itu dia bertemu Dewa Agung. Lantas mengetahui akan kuasa Dewa Agung, dia meminta bantuan dewa tersebut. Dengan mudahnya Hann Li bersetuju semata-mata ingin mengisi masa lapang.

Selepas itu, Hann Li telah menyebabkan kematian XiHua secara tidak langsung di lapisan bawah dunia manusia. Dia telah mengambil nyawa anak Dewi Bunga yang mana telah terpisah itu dan disatukan semula ke dalam tubuh asalnya supaya roh anak Dewi Bunga kembali lengkap. Maka perjanjian dia dan Dewi Bunga telah selesai.

Siapa sangka setahun kemudian YiFan akan datang bertemu Hann Li dan memintanya melindungi XiHua?Kedua dewa dan dewi ini memikirkan perkara yang sama iaitu lindungi anak mereka. Kasih sayang yang memang tidak berbelah bagi, seorang ibu dan bapa yang sanggup berbuat apa saja demi si anak. Sebagai ganti, YiFan bersetuju untuk menyiasat tentang batu takdir dewa milik Hann Li di kediaman pendeta.

Disebabkan menceroboh bagi melihat takdir kehidupan seorang dewa, YiFan telah dihukum dengan hukuman dari langit. Walaupun begitu, dia terselamat kerana tekadnya yang kuat. Dia kembali semula dengan maklumat yang Hann Li mahukan. Kisah sebenar yang berlaku satu masa dahulu. Kisah kehidupan Dewa Agung Fu Hann Li.

Dewa Maut dan Dewi Kehidupan yang bercinta tanpa pengetahuan sesiapa telah menyebabkan bercambahnya benih kehidupan yang baru. Namun tidak ada yang sangka akan benih ini juga bakal mengawal maut. Ciri dua alam dunia yang dimiliki membuatkan benih ini menjadi lebih kuat dari yang lain.

Lagenda pernah mengatakan, satu masa dahulu Kayangan dan Diyu mempunyai hubungan yang baik. Namun begitu tidaklah baik untuk bercampur antara keduanya. Satu hari, muncul satu pasangan yang terdiri dari mahkluk Kayangan dan mahkluk Diyu. Mereka melahirkan seorang anak. Anak ini kemudiannya membesar dengan baik. Dia menjadi seorang yang sangat kuat dan dikagumi semua.

Sampai satu saat, Kayangan mengatakan anak ini adalah daripada mereka. Namun Diyu tidak mahu mengalah dan turut menuntut anak itu. Perkara ini menyebabkan perselisihan faham dan anak yang tersepit antara dua dunia dipaksa memilih. Anak itu tidak mahu memilih dan telah menyebabkan tercetusnya perang.

Permulaan perang pertama diantara Kayangan dan Diyu.

Beratus tahun kemudian, anak itu memilih untuk berpihak kepada Kayangan. Perkara ini telah membuatkan Diyu sangat marah. Bagi mereka, anak itu telah mengkhianati mereka. Diyu yang sememangnya mementingkan kekuatan tidak mahu tumpas tanpa mendapatkan anak tersebut. Bagi mereka, kekuatan yang dimiliki oleh anak itu adalah disebabkan oleh genetik dari Diyu.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt