11

672 55 19
                                    

Lelaki itu

Ah, pedulikan jantina. XiHua laju mengheret lelaki yang masih merajuk dengannya itu ke dalam sebuah bilik yang paling dekat. Kekecohan di Flower House masih belum hilang. Si pencuri yang telah mati menjadi perhatian.

Wanita-wanita yang risaukan adik mereka pula lantas mengekori XiHua.

"Xiao Yi.." panggil seorang wanita yang berpakaian mewah dengan perhiasan. Alat solek pada wajahnya pula dah cair sebab menangis.

Xiao Yi? Nama lelaki ni ke? Fikir XiHua. Dia kemudian mendudukkan lelaki tersebut ke atas katil. XiHua menunduk sedikit bagi memerika leher lelaki tersebut yang mempunyai luka kecil. Jarinya mengusap lembut luka tersebut sebelum dia memeriksa pula luka pada bahu.

"Hiiss.." lelaki itu menahan rasa pedih dan ngilu saat XiHua menyentuh bahunya.

XiHua mengeluh. Dia menoleh ke arah beberapa orang wanita yang berdiri di belakangnya.

"Bekas ubat?" soal XiHua.

Saat itu barulah wanita-wanita itu perasan dan lantas salah seorang dari mereka berlari keluar bagi mendapatkan peralatan kecemasan. Sementara itu, XiHua mengoyakkan sedikit lengan bajunya untuk dijadikan kain balutan.

"Perlu hentikan darah dulu." ujar XiHua.

Dia menarik baju si lelaki dan dibuka dengan penuh berhati-hati kerana takut akan mencederakannya dengan lebih teruk. Sebelah bahu si lelaki kini terdedah. Darah merah yang segar mengalir membasahi bahunya. Dengan lembut, XiHua menarik keluar pisau jarum yang terlekat pada bahu lelaki itu.

"Umph!!!" si lelaki lantas menekup mulutnya. Sakit! Tapi tak mungkin dia akan mengerang kesakitan. Dia tidak selemah itu! Namun air mata yang mengalir telah mengkhianati dirinya.

XiHua menutup luka tersebut dengan tangannya dan ditahan dengan kuat bagi menghentikan darah dari terus mengalir. Sebelah lagi tangannya mengelap air mata pada wajah lelaki tersebut. Si lelaki terkesima. Dia lantas kaku sambil memandang lelaki bertopeng di hadapannya.

Kenapa.. Dia rasa macam dia dilayan sebagai perempuan????

Ohoho.. XiHua tertawa dalam hati. Dia suka melihat wajah terkejut lelaki itu. Sebelum ni dia nampak tenang dan lembut tapi sekarang wajah itu mempamerkan pelbagai reaksi menarik. Buat XiHua rasa nak membuli.

"Nah.." sedang mereka sibuk melawan mata, seorang wanita menegur sambil memberikan sebuah kotak yang berisi ubat-ubatan dan pembalut luka.

XiHua mengambil kotak tersebut sebelum dia menghalau wanita-wanita tadi keluar. Selepas itu dia menutup pintu bilik tersebut. Kini cuma mereka berdua saja yang tinggal menjadikan suasana antara mereka sunyi dan tegang.

"Kenapa halau mereka keluar?" soal lelaki di atas katil.

XiHua berpaling ke arahnya lalu berjalan mendekati lelaki itu.

"Nama kau?" soalnya selamba sambil tangannya sibuk memilih ubat.

"Kenapa saya perlu beritahu awak?" lelaki itu menjeling XiHua.

Di sebalik topeng mukanya, XiHua tersenyum. Eii..comel betul.

Sedang dia menyapu ubat pada luka di bahu, dia sengaja menekan dengan kasar pada bahagian luka.

"Aahh, ahh, ahh!!" si lelaki menjerit kesakitan. Hilang terus gaya dia yang sebelum ni kuat menahan sakit.

"Pfftt.." XiHua menahan ketawa.

"Nama kau?" soal XiHua sekali lagi.

"Zhong Yi! Lan Zhong Yi!" jawab si lelaki dengan pantas. Takut jika lukanya ditekan sekali lagi. Lelaki bertopeng ni sangat kejam!

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα