58

455 37 32
                                    

Lu Feng makan dengan cermat dan berhati-hati sambil sekejap-sekejap matanya memerhati Yuan Di yang langsung tidak ambil kisah. Lelaki itu makan dengan selambanya sehingga Lu Feng yang berada di sebelah mula sakit hati. Akhirnya dia menghentak tapak tangannya di atas meja sehingga meja makan itu bergegar.

Yuan Di terhenti daripada menyuap makanan ke dalam mulut untuk sesaat sebelum dia kembali meneruskan semula santapannya. Lu Feng semakin sakit hati. Sudah dua bulan dia ditahan di dalam kediaman general itu selepas kejadian dia dan Zhong Yi ditangkap di Istana Utama sebelum ini.

"Yuan Di! Sampai bila aku nak kena duduk dalam bilik kau?!" marah Lu Feng, kasar saja percakapannya. Langsung tidak menghormati lelaki yang lebih tua darinya itu.

"Hah.." Yuan Di mengeluh. Dia berhenti menyuap sesaat namun selepas itu menyambung kembali suapannya.

"Oi! Yuan Di!" Lu Feng masih lagi tidak berpuas hati. Dia menolak pinggan mangkuk di atas meja sehingga terpelanting dan pecah. Suasana bertukar sunyi.

Beberapa minit selepas itu, Yuan Di bangun untuk keluar namun ditahan oleh Lu Feng. "Kau! Masih anggap aku macam budak-budak! Bila aku tanya apa yang terjadi pada Xie Shaoye sebelum ni, kau diam je! Sekarang ni duta dari Empayar Fenghua tu ada dalam istana kan?! Kenapa kau tak cakap apa-apa?!"

Yuan Di menundukkan pandangannya sedikit untuk melihat Lu Feng yang lebih pendek daripadanya. Matanya tajam merenung Lu Feng sehingga Lu Feng terpaksa mengalihkan wajahnya ke sisi. Tidak sanggup apabila dia terus dipandang sebegitu.

"Xie Shaoye, Xie Shaoye, Xie Shaoye.. Lu Feng, tak ada soalan lain ke nak tanya?" ujar Yuan Di.

"Hah?! Mestilah aku tanya pasal dia! Sebab..sebab.." Lu Feng terhenti. Eh? Sebab apa? Sebab.. Dia sebelum ni selalu melepak di Flower House selepas dapat tahu tentang Putera Kelima, jadi dia rapat dengan Zhong Yi. Dia yang selalu bersama dengan Zhong Yi, cuma dapat fikirkan tentang lelaki itu saja..

Wajah Lu Feng bertukar merah. Lantas saat itu Yuan Di menolak Lu Feng sehingga tersandar di dinding. "Sebab?" soal Yuan Di sambil memerangkap Lu Feng diantara kedua belah tangannya.

"Ha?! Kau dah kenapa? Lepaskan aku!" marah Lu Feng, cuba menolak Yuan Di supaya dia dapat keluar namun dia masih terperangkap diantara tubuh general itu dan dinding di belakang. Tubuh Yuan Di tegap bagai tembok yang menghalangnya daripada melarikan diri.

"Lu Feng, sebab?" soal Yuan Di sekali lagi dengan suara yang mendatar. Dia yang jarang sekali bersuara atau memberikan ekspresi wajah entah mengapa saat itu berasa geram dan sakit hati. Marah? Mungkin. Dia marah dengan Lu Feng kerana melihat lelaki lain selain dia.

"Yuan Di!" Lu Feng mengenggam lengan Yuan Di dan cuba menolak lelaki itu namun sedikit pun tidak berganjak.

"Umph?!"

Saat itu dia dikucup oleh Yuan Di di bibirnya. Terkejut, Lu Feng terus melepaskan lengan Yuan Di yang dipegangnya. Beberapa saat selepas itu, dua bibir yang bertautan tadi berpisah. Lu Feng masih terkesima.

"Lu Feng, aku suka kau. Aku tahu kau perempuan dari dulu lagi jadi kau tak perlu risau sebab aku tak beritahu sesiapa tentang rahsia ni. Tapi Lu Feng, tolong jangan pandang lelaki lain selain aku. Aku cemburu." beritahu Yuan Di dengan tegas.

Lu Feng terkebil-kebil memandang Yuan Di. Eh? Lelaki ni tahu?! Sejak bila? Lama dulu?! Eh? Dia yang sedaya upaya berusaha untuk berlagak seperti lelaki pada setiap masa ni? Dia yang dibesarkan sebagai lelaki sejak bayi? Eh? Macam mana Yuan Di boleh tahu? Lu Feng tak mahu dirinya dihantar berkahwin seperti perempuan lain dalam keluarga Huo! Lu Feng mahu berlawan macam lelaki lain!

"Lu Feng.." Yuan Di mengusap pipi Lu Feng dengan lembut dan penuh kasih.

"Jangan buat aku risau. Keadaan di istana tak stabil sekarang. Jadi budak baik dan duduk dalam ni." tambahnya lagi sebelum membelakangkan diri dan berjalan keluar dari bilik santapan. Lu Feng ditinggalkan sendirian disitu, masih tidak faham dengan situasi yang baru saja berlaku.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon