8

811 68 56
                                    

Putera oh Putera

Kawasan istana Putera Kelima sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Sudah 10 tahun berlalu. Sejak Putera Kelima menjadi bisu, orang yang berkerja di istana itu turut sama menjadi 'bisu'.

Bagi menghormati Mu XiHua, Maharaja dan Permaisuri telah mengeluarkan titah bahawa sesiapa saja yang berada di bawah lindungan Istana Mingzhuo tidak boleh bercakap tanpa kebenaran.

Walaupun ramai yang merasakan arahan tersebut mengarut, masing-masing hanya mampu berlakon bisu. Siapa yang berani melawan Maharaja? Disebabkan itu, orang bawahan di Istana Mingzhuo tidak ramai.

Semua tidak berani untuk berkhidmat kepada Putera Kelima kerana takut. Namun begitu, mereka yang sedikit ini juga la yang paling setia kepada Putera Kelima. Mereka semua sanggup mati dari mengkhianati Mu XiHua.

Bukan senang menjadi orang yang berkhidmat kepada Istana Mingzhuo. Ke mana saja mereka pergi, mereka akan diperlekehkan kerana 'bisu'. Mereka diketawakan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka bangga walaupun diejek kerana mereka tahu mereka dilindungi.

Ini kerana tempat paling selamat di dalam seluruh kawasan Istana Haoxia hanya Istana Mingzhuo. Tiada sesiapa yang boleh 'menyentuh' atau mencederakan mereka. Disebabkan itu, mereka sangat setia kepada Mu XiHua.

Putera Mu XiHua, Putera Kelima kerajaan Haoxia. Seorang yang bisu, sentiasa berbalut tubuhnya dengan kain balutan, sentiasa memakai topeng buruk ke mana saja dia pergi. Dapam erti kata lain, seorang yang pelik.

Kini umurnya sudah mencecah 20-an. Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang memahami perangai putera yang seorang ni. Semasa umurnya 13 tahun, dia dibawa oleh Putera Mahkota untuk melawati Wilayah Renxia di sebelah timur. Saat itu dia membawa pulang Wen Chong sebagai anak angkatnya.

Anak angkat!! Mu XiHua hanya berumur 13 tahun dan Wen Chong pula 12 tahun saat itu. Tetapi Putera Kelima ini langsung tidak peduli tentang apa yang orang lain katakan. Putera Mahkota Mu XiYue? Sudah tentu dia akan tunaikan segala permintaan adik kesayangan.

Selepas itu, Wen Chong menjadi orang setia Mu XiHua. Macam belangkas, ke mana saja Mu XiHua berada pasti akan kelihatan Wen Chong disisi. Tak pernah berpisah sehingga ada yang ragu-ragu tentang hubungan sebenar mereka.

XiHua? Hei.. Walaupun masa tu umur dia 13 tahun dalam tubuh 'Mu XiHua' dia dah pun berumur 30-an kalau ikut dirinya yang asal. Wuu.. Dah tua. Apa salahnya dia ambil Wen Chong sebagai anak angkat? Dah la terperangkap dalam badan budak kecil ni sebagai 'Putera'.

Adakah selamanya dia tak mungkin akan ada anak bersama kekasih hati??? XiHua rasa nak menangis bila berfikir. Walaupun semua tahu dia putera, XiHua tetap XiHua. Dia perempuan. Dia suka lelaki. Wuu..(menangis). Apa salah dia terpaksa hidup sebagai Putera Kelima ni.

Lepas dia bawa Wen Chong balik ke Istana, dia mula mengajar Wen Chong seni mempertahankan diri tanpa pengetahuan sesiapa. Mu XiHua telah belajar pelbagai jenis seni mempertahankan diri supaya dia menjadi kuat.

Perkara utama adalah kerana dia mahu memastikan tidak ada orang yang boleh membuli 'Mu XiHua'. Walaupun dia hanya meminjam tubuh tersebut, dia masih mahu menjaga tubuh yang diambil alih olehnya itu. 'Mu XiHua' yang asal telah mati kerana dia seorang yang lemah.

Jadi XiHua tekad mahu menjadi kuat. Selepas ini tak akan ada sesiapa yang boleh mengambil kesempatan terhadap Putera Kelima lagi. Semua orang masih berfikir yang Putera Kelima seorang yang pelik dan lemah. Mereka tidak tahu, di dalam seluruh kerajaan Haoxia orang yang paling menyeramkan adalah XiHua.

Tidak kira sama ada di dalam istana atau di luar istana, XiHua memiliki pelbagai 'mata' dan 'telinga'. Dia tahu apa yang berlaku di dalam dan di luar walaupun tidak keluar dari biliknya di Istana Mingzhuo. Dia hanya duduk dan segala berita dari setiap pelusuk akan sampai padanya.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now