48

461 47 34
                                    

XiYue duduk menemani Maharani Balu untuk minum petang. Mereka berbual tentang apa yang berlaku di sekitar mereka dan tentang duta dari Empayar Fenghua yang bakal datang melawat.

"Maharaja Mu berikan tugas menerima duta itu kepada Putera Kelima. Kenapa dia tak berikan pada kamu?" soal nendanya.

XiYue hanya tersenyum. Dia sedar dan dia juga faham. Kalau mahu, senang saja Putera Kelima nak rampas pangkatnya sebagai Putera Mahkota untuk menaiki takhta. Namun begitu, Putera Kelima tidak berminat dengan kuasa. Cuma Maharaja Mu yang masih belum berputus asa.

"Nenda, Putera Kelima lebih bijak menguruskan tetamu." balas XiYue.

"Tapi kamu merupakan Putera Mahkota! Maharaja Mu memang pilih kasih. Sejak awal dia memang mahu memberikan takhta pada Putera Kelima." nendanya bersuara.

"Nenda, senang saja kalau adikanda XiHua mahu menjadi Putera Mahkota. Cumanya dia tidak mahu. Sejak awal, XiYue tak pernah ada peluang untuk menang." XiYue masih merendah diri.

Memang betul pun sebenarnya apa yang dia katakan. Di luar sana, adiknya itu telah banyak mengumpul kuasa dan pengaruh. Semuanya dilakukan bagi menyokong XiYue sebagai Putera Mahkota. Sampai macam tu sekali XiHua berkorban untuk XiYue. Antara sebab kenapa XiYue sangat percaya dan sayangkan XiHua.

"Hah.. XiYue tak perlu risau. Nenda masih sokong kamu. XiHua tak sesuai menjadi Maharaja. Dia terlalu ikutkan hati dan perasaan. Pemerintah perlulah berfikir dahulu sebelum bertindak kerana perbuatannya bakal mempengaruhi seluruh empayar." Maharani Balu tersenyum sebelum mengusap lengan XiYue, cuba memberi semangat.

XiYue membalas senyuman nendanya itu. Nendanya tak perlu risau kerana XiYue yakin XiHua tak akan khianati dia. Tak akan..kan? XiYue cuma ada XiHua.

.
.
.
.
.
.

XiChen melihat orang gajinya yang terbaring dengan mulut yang berbuih sebelum pandangannya berubah ke arah meja santapan. Jantungnya laju berdegup kerana menyedari akan hidangan yang diracun itu dituju kepadanya. Seseorang cuba untuk membunuhnya.

XiYue? Atau XiHua? Zhou Feiyan?

Beberapa orang terlintas di dalam fikirannya. Kemungkinan besar adalah XiHua kerana Putera Kelima itu sanggup melakukan apa saja bagi memastikan tempat XiYue sebagai Putera Mahkota tidak terjejas. Tapi mungkin juga XiYue yang melakukannya bagi membalas dendam tentang apa yang berlaku pada Permaisuri Li JianSu.

Zhou Feiyan? Kemungkinan perempuan ini cuba membunuhnya juga ada. Barangkali dia mahu menutup mulut XiChen tentang sesuatu. Tapi apa saja rahsia dia yang XiChen tahu? Tentang Zhou Feiyan yang menyebar cerita bukan-bukan pasal Putera Kelima? Atau Zhou Feiyan yang seringkali ambil tahu tentang Putera Kelima?

Bila fikir balik, kenapa Zhou Feiyan sangat berminat dengan Putera Kelima? Pelik.

Apa pun, XiChen meminta pengawalnya untuk mengangkat mayat di hadapannya itu sebelum membersihkan tempat kejadian. Dia dah hilang selera makan dengan apa yang baru saja berlaku. XiChen kemudiannya menukar pakaian untuk keluar dan dia menuju ke Istana Haomei.

Putera Mahkota XiYue yang sedang duduk saja menikmati juadah di tepi taman saat itu tersenyum apabila pengawal istana menyatakan kedatangan Putera Kedua. Maharani Balu baru saja pulang semula ke kediamannya. Kini cuma XiYue saja di  situ sambil membaca buku catatan pelayaran.

"Putera Mahkota." XiChen memandang ke arah XiYue dengan serius. Matanya tajam merenung ke dalam mata XiYue.

"Ah, Putera Kedua. Ada apa Mika ke mari?" soal XiYue, seolah-olah tidak tahu dengan apa yang baru saja berlaku di Istana Baitang.

"Mika tak tahu? Ada orang gaji di istana yang mati diracun. Macam mana Mika masih boleh makan lagi sekarang ni?" perli XiChen.

XiYue yang mendengarnya ketawa kecil. "Oh." cuma itu saja yang keluar dari mulutnya.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now