42

481 44 39
                                    

Di meja makan, Zhong Yi makan dengan sangat lambat sehinggakan XiHua fikir dia sedang bermain dengan makanannya. Tangan XiHua mencapai lauk dengan penyepit kayu lalu diletakkan ke dalam mangkuk Zhong Yi. Zhong Yi mengangkat wajahnya, terkejut kerana melihat lauk yang muncul tiba-tiba.

"Makan banyak sikit." tegur XiHua.

Zhong Yi: "........"

Ru Ruo yang berada di sisi XiHua pula memandang ke arah Zhong Yi sebelum memandang pula ke arah XiHua. Dia mengulang perbuatannya beberapa kali. Sesaat kemudian, Ru Ruo tersengih. Dia mencapai lauk kegemaran XiHua dengan penyepitnya lalu disua ke arah XiHua.

"Aaa..." Ru Ruo menyuruh XiHua membuka mulut.

Kening XiHua terangkat sebelah. Pelik kerana Ru Ruo tiba-tiba jadi baik di meja makan pada hari itu. Siap nak tolong suapkan. Selalu mereka berdua pasti bergaduh kerana menu makanan yang berbeza citarasa. Tapi XiHua hiraukan saja perangai pelik Ru Ruo dan membuka mulutnya.

Ru Ruo menyuap makanan ke dalam mulut XiHua sebelum tersenyum manis. XiHua kemudiannya meneruskan makan dari dalam mangkuk miliknya tanpa mempedulikan sekeliling. Ru Ruo memandang ke arah Zhong Yi. Lelaki itu nampak kaku dan terkejut.

Ru Ruo tersenyum sebelum senyumannya semakin lebar dan dia tersengih. Zhong Yi lantas melarikan pandangan matanya dan menyambung untuk makan. Ru Ruo rasa geli hati. Entah kenapa dia macam dapat tahu sesuatu yang sangat menarik. Ohohoo..

"XiHua~" Ru Ruo melembutkan suaranya.

"Kenapa?" soal XiHua sambil masih sibuk dengan makanan.

"Malam ni, rancangan kita jadi tak?" soal Ru Ruo, sengaja membuatkan soalannya nampak macam benda yang cuma suami isteri saja buat. Perkara sebenarnya? Mereka bakal mengadakan perbincangan rahsia dengan Wen Chong tentang siasatan balik tabir mereka.

"Oh. Mestilah. Pastikan kau pakai baju yang sesuai." balas XiHua. Kalau boleh dia mahu Ru Ruo pakai pakaian lelaki, menyamar sebagai salah seorang pengawal. Lagipun Ru Ruo tak handal berlawan jadi dia lebih sesuai dengan kerja penyamaran sahaja.

"Ehehe.. Jangan risau. Kita pakai baju yang 'menarik' sahaja." Ru Ruo mengenyit sebelah mata.

Bang!

Zhong Yi tersedar dari lamunan. XiHua dan Ru Ruo memandang ke arahnya dengan pelik. Zhong Yi melihat tangannya di atas meja. Tanpa sedar, dia telah menepuk meja tersebut. Lantas dia terus bangun dan keluar dari ruang menjamu selera kerana malu. Dia telah melakukan sesuatu yang sangat pelik.

Langkah kaki Zhong Yi laju diatur ke biliknya semula. Dalam perjalanan, dia melepasi taman Istana Mingzhuo. Jambatan yang menyeberangi kolam ikan yang agak besar itu dilalui olehnya. Namun sebelum sempat dia tiba di seberang, tiga orang pembuli telah menghalang jalannya.

"Hmph! Diajak makan bersama Putera Kelima?!" Jiumei menyuarakan rasa tidak puas hati. Luyan dan Li Xian mengangguk.

"Ingat kau bagus sangat?! Hanya sebab Putera Kelima tunjukkan yang dia kisah pasal kau!" herdik Luyan.

"Maaf, boleh tak berikan saya laluan?" Zhong Yi tersenyum, masih sabar melayan tiga orang 'budak' itu.

"Nak lalu? Langkah mayat Kita dulu!" Li Xian menolak tubuh Zhong Yi dengan sepenuh tenaganya.

Zhong Yi yang langsung tak bersedia dengan 'serangan' tersebut, melangkah kebelakang beberapa tapak namun tergelincir apabila dia mendapati dirinya berada di hujung jambatan.

Splash!

Basah.

"Ahahaha!!!" tiga orang pembuli itu ketawa sebelum berlalu pergi dari situ.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now