66

437 38 26
                                    

Zhong Yi terjaga apabila dia merasakan sakit-sakit pada tubuhnya. Saat matanya meliar pada keadaan sekeliling, dia terkejut dengan situasi dirinya yang dibelenggu rantai besi.

"Waarrgh!"

Kling! Klang!

Bunyi rantai besi yang berlaga terus membuatkan Zhong Yi berhenti menjerit. Dia yang tidak pernah dikurung sebegitu mula menggigil. Lantai yang sejuk menambah lagi rasa gerun dan takut dalam diri Zhong Yi.

"Macam mana boleh jadi begini?" soal Zhong Yi. Hampir saja air matanya tumpah namun apabila dia teringat akan XiHua yang cuba merampas takhta, Zhong Yi tidak jadi menangis.

Perasaan sedih bertukar geram dan marah. Putera kelima memang dasar penipu dan suka kenakan orang! Memang tak boleh dipercayai! Sedang Zhong Yi melawan perasaan sendiri, dia terdengar bunyi tapak kaki beberapa orang berjalan. Penjara tempat dia dikurung tidak ada orang lain selain dia jadi Zhong Yi agak berdebar saat mendengar bunyi tersebut.

"Ish, janganlah tolak!"

"Busuknya!"

"Shh! Nanti pengawal dengar macam mana?!"

Suara orang berbisik kedengaran. Zhong Yi menepuk dahi. Nampaknya siapa saja yang memecah masuk kali ini tak pandai menyembunyikan diri mereka. Gagal.

"Ah, sini. Sini dia." akhirnya kelibat tiga orang perempuan kelihatan.

Mereka berdiri dihadapan pintu penjara tempat Zhong Yi dikurung. Siapa lagi kalau bukan pembuli tegar Zhong Yi? Jiumei, Li Xian dan Luyan.

"Kenapa kalian ada disini?" soal Zhong Yi.

"Huh, apa lagi kalau bukan keluarkan Mika?!" Jiumei tidak memandang wajah Zhong Yi. Dia sibuk menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk macam bangkai di dalam kawasan penjara itu.

"Kenapa nak selamatkan saya?" Zhong Yi masih lagi mahu bertanya.

"Ish, dasar lembab! Mika tahu tak Mika dah hancurkan rancangan Putera Kelima?!" marah Luyan.

Zhong Yi semakin berkerut dahinya. Tak faham. Rancangan Putera Kelima?

"Hah.." Li Xian mengeluh.

"Dengar sini, lembab! Putera Kelima dan Putera Mahkota ingin memancing keluar dalang sebenar semua masalah di istana dengan berpura-pura bergaduh untuk merampas takhta. Dalang sebenar mahu mereka bunuh-membunuh antara satu sama lain. Kalau kekalutan berlaku kerana rampasan kuasa, Maharaja yang baru naik itu tidak stabil kedudukannya. Senang la Empayar lain untuk datang menakluk!" tambah Li Xian setelah itu.

Zhong Yi yang mendengarnya tercengang. Eh? Jadi semuanya lakonan? Tapi macam mana dengan Maharaja? Maharaja telah diracun?!

"Maharaja Mu? Baginda telah diracun oleh seseorang!" beritahu Zhong Yi.

"Hah? Biar betul?!" Jiumei terkejut saat mendengar perkara tersebut.

"Bukankah sepatutnya Putera Kelima?" kali ini giliran Luyan pula mempersoalkan.

"Setahu Kita, Putera Kelima?" Li Xian turut sama keliru.

"Awak, awak yang sebarkan gosip Putera Kelima diracun! Sebab tu la saya keluar ke Istana Utama untuk beritahu Putera Kelima!" Zhong Yi menyalahkan Li Xian.

Membulat mata Li Xian apabila dituduh sebegitu. "Hei, cakap elok sikit ya?! Kita tak sebodoh itu nak sebarkan gosip tentang pembunuhan Putera Kelima!" nafi Li Xian.

Lagipun, mereka bertiga masih lagi dibawah Putera Kelima. Mereka tinggal dengan Putera Kelima. Putera Kelima juga suami mereka walaupun mereka bertiga tidak pernah dilayan oleh XiHua. Sedikit-sebanyak, mereka sayangkan Putera Kelima. Tak mungkin mereka akan melakukan sesuatu untuk memburukkan orang yang telah melindungi mereka di Istana Mingzhuo selama ini.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now