69

465 37 18
                                    

Perang semakin rancak diantara dua empayar besar, Empayar Haoxia dan Empayar Fenghua. Sudah sebulan perang berlansung dan masing-masing tersekat di tengah-tengah. Bandar Shichuan telah menjadi mangsa sebagai tempat pertemuan dua kuasa besar ini. Rakyat mula melarikan diri dan meninggalkan bandar tersebut.

Pelarian dan mangsa perang semakin melata di pelbagai tempat. XiYue semakin risau dengan keadaan perang yang berterusan itu. Ini kerana semakin lama perang berlaku, semakin terseksa rakyat. Dia yang memang lembut hati tidak sanggup melihat empayarnya susah. Kalau boleh, XiYue mahu menghentikan perang yang terjadi. Cuma dia tidak yakin dengan diri sendiri.

"XiYue, kalau XiHua lihat Mika begini..tentu dia akan risau." tegur Mei Mei sambil mengurut bahu XiYue. Lelaki itu nampak sembab mukanya kerana tidak cukup tidur.

"Ah.. Kami tahu. Tapi Kami perlu lakukan sesuatu." tegas XiYue.

Meja kerjanya bersepah dengan pelbagai dokumen dan strategi dari medan perang. Berita Putera Kelima sebagai pengkhianat dan telah dihukum mati telah diketahui umum. Putera Mahkota XiYue menaiki takhta dan menjadi Maharaja yang baru adalah kisah yang diberitahu rakyat.

Hati XiYue pedih setiap kali mendengar kata-kata yang diutarakan orang yang tidak tahu cerita sebenar. Istana Mingzhuo kini sunyi sepi dimana semua orang yang tinggal disitu telah berpisah dan pulang ke tempat asal masing-masing.

Namun ini adalah apa yang XiHua mahukan. Berkali-kali XiYue pesan dalam hatinya. Jangan dia sia-siakan peluang yang XiHua telah korbankan untuknya. Dia perlu hentikan perang yang berlaku. Kalau la dia seorang yang bijak seperti XiHua..

"XiYue. Jangab seksa diri Mika begini." tegur Mei Mei yang mana sudah tidak sanggup melihat keadaan Maharaja XiYue itu. Mereka kini telah pun berkahwin dan sah sebagai suami isteri. Tugasnya adalah untuk menjaga kebajikan XiYue.

"Tidurlah. XiYue, tidur dan berehat." pujuk Mei Mei.

XiYue akhirnya mengalah dan dia bangun untuk ke kamar bersama dengan Mei Mei.

.
.
.
.
.

Kedudukan regimen perang pertama milik General Empayar Haoxia masih belum ditewaskan manakala kedudukan regimen ketiga General Empayar Fenghua yang mempertahankan kubu di Bandar Shichuan telah tumpas.

"Siapa general yang menumpaskan regimen ketiga?!" soal Maharaja Empayar Fenghua.

"Melaporkan daripada medan perang, general tersebut bernama Zhe Yuan Di atau dikenali sebagai General Feng Hei Long." jawab askar yang datang menghadap bagi memberi maklumat perang.

"General dari keluarga Zhe lagi!" marah Maharaja Empayar Fenghua.

Bertahun lamanya, kenapa Empayar Fenghua tidak pernah berjaya takluk Empayar Haoxia adalah kerana kewujudan General yang mana nama keluarganya datang dari Zhe.

"Guang Ji! Panggil General Yu Long, datang menghadap!" titah Maharaja Empayar Fenghua.

General Loo Guang Ji yang mana saat itu sedang bertempur di medan perang, hanya mampu memaki hamun dalam hatinya. Tidakkah maharaja tahu akibat jika dia memanggil panglima perang berundur dari medan perang?! Guang Ji yang mendapat arahan supaya datang menghadap maharaja hanya mampu menggigit bibir.

Siapa sangka, kebodohan Maharaja Empayar Fenghua itu bakal mengundang kekalahan mereka. Disebabkan amarah, dia telah melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah empayarnya.

Yuan Di dengan mudahnya menewaskan general dari regimen kedua dan regimen keempat manakala regimen pertama yang tidak mempunyai general itu pula ditawan tanpa banyak soal. Dalam erti kata lain, kemenangan yang sangat mudah dengan kekuatan Yuan Di.

Saat mendapat berita keempat-empat regimen telah ditawan pihak musuh, Maharaja Empayar Fenghua hanya mampu terduduk semula di atas singgahsananya. General Loo Guang Ji mengetap gigi. Tangannya digenggam. Semua salah maharaja yang telah memanggilnya pulang untuk menghadap. Jika tidak, general Empayar Haoxia tidak mungkin dapat menewaskan mereka dengan senang.

Bandar Shichuan kini berada di dalam pengaruh Empayar Haoxia. Tentera Empayar Fenghua terpaksa berundur semula ke laut. Sampai di sempadan, regimen pertama dan kedua milik Empayar Haoxia mengawal semua jalan darat. Tentera dari laut milik Empayar Fenghua tidak dapat mendarat. Akibat kekurangan bekalan makanan, mereka terpaksa berundur pulang ke pulau Empayar Fenghua.

Sebulan kemudian, Empayar Haoxia mengumumkan kemenangan peperangan tersebut dan Bandar Shichuan kini menjadi sebahagian daripada Empayar Haoxia. Empayar Fenghua terpaksa menandatangani perjanjian keamaan selama seratus tahun dan perlu memberikan Empayar Haoxia hadiah pada setiap tahun sebagai tanda penghormatan.

Dua bulan kemudian, kerosakan dan ganti rugi perang yang berlaku sebelum ini semakin dibaiki dan diganti. Sedikit demi sedikit, kedua empayar ini berjaya mencapai semula keamanan yang mereka ada sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, XiYue masih lagi terfikir akan XiHua yang telah jauh merantau. Apa agaknya kisah adiknya itu? XiYue tak pasti. Dia cuma mampu berharap dengan tamatnya perang ini, XiHua dapat hidup dengan baik.

.
.
.
.
.

XiHua melihat langit biru yang cerah dengan awan putih berarak. Burung yang terbang dari atas pokok nampak ceria. Rumah usang di dalam hutan itu kini tidak lagi usang. Rumah kecil itu kini menjadi tempat perlindungan mereka berdua.

"Xiao Yi, tengok apa saya bawa balik!" jerit XiHua dari luar pintu.

"Arnab!" Zhong Yi memandang haiwan yang diburu oleh XiHua. Wajahnya nampak sedikit sedih.

"Kenapa? Awak tak suka arnab?" soal XiHua. Mana tahu, Zhong Yi tak suka makan daging arnab.

Zhong Yi menggeleng kepalanya. "Kesian." ujar lelaki itu.

XiHua terdiam. Dia mengangkat arnab putih yang berada di dalam tangannya. Hidung arnab itu bergerak-gerak seperti menghidu sesuatu. Akhirnya XiHua menyerahkan arnab yang masih belum disembelih itu kepada Zhong Yi.

"Ambil la kalau awak suka. Bela sampai gemuk." beritahu XiHua lalu mengusap kepala Zhong Yi.

Zhong Yi tersenyum. Arnab itu dipeluk dalam dakapannya.

"Tunggu sini, saya keluar cari benda lain nak makan." pesan XiHua.

Zhong Yi mengangguk. Kemudiannya lelaki bertopeng itu beredar. Zhong Yi menutup pintu rumah kayu mereka lalu membawa arnab tadi ke atas katil. Bulu arnab yang lembut itu diusap.

"Mulai hari ni, awak anak kita." beritahu Zhong Yi pada arnab tersebut sebelum tersengih gembira.

Bila fikir balik, sudah beberapa bulan berlalu dan mereka berdua bahagia hidup di rumah usang tersebut. Walaubagaimanapun, XiHua masih belum menjawab soalan penting dari Zhong Yi. Perkara itu membuatkan Zhong Yi sakit hati. Sehingga kini, dia masih geram dengan XiHua yang suka berdalih setiap kali topik itu dibuka.

Ada rahsia yang disembunyikan XiHua! Zhong Yi yakin!

Tapi apa dia boleh buat? Kalau XiHua tak mahu cakap, dia tak akan cakap. Zhong Yi tak boleh paksa. Tapi dia tahu XiHua juga turut cintakan dia. Cuma itu saja yang Zhong Yi mahu tahu.

Tidak. Tapi kalau Zhong Yi cakap dia tak perlukan perkara lain.

Sambil memeluk arnab yang diberi oleh XiHua, Zhong Yi duduk termenung di atas katil lama yang lusuh.

"XiHua.. Apa yang awak sembunyikan?" Zhong Yi bertanya pada diri sendiri.

************************************

************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now