6

891 73 14
                                    

Dunia Kayangan (setahun kemudian)

Dewa Pengadilan dan Hukuman, DiHou YiFan, pulang selepas selesai menyiasat perkara yang berlaku ni Wilayah Beku.

"Tianzi, menurut pendeta Shi Zhuming, Dewa Maut masih hidup. Apa yang dikurung oleh Tuanku Dewa Hann Li hanyalah klon tubuh Dewa Maut. Tubuh asal Dewa Maut masih di Diyu." ujar YiFan, memberi ringkasan penyiasatannya.

"Dewa Maut?! Kenapa Dewa Maut boleh berada di Kayangan?" soal Tianzi.

"Sebenarnya.. Tianzi, anak Dewa Takdir Disung telah dilawati oleh Dewa Maut." jelas YiFan lagi.

Tianzi semakin berserabut fikirannya.   Apa yang diberitahu oleh YiFan langsung membuatkan sakit kepalanya bertambah.

"Anak Disung? Apa kaitannya dengan Dewa Maut dan Dewa Hann Li?" soal Tianzi.

"Menjawab soalan Tianzi, anak Disung dikatakan tidak sepatutnya hidup. Pendeta Shi Zhuming mahu Tianzi rahsiakan perkara ini. Dewa Maut datang kerana mahu menjemputnya. Tentang Dewa Hann Li, Shi Zhuming mengatakan bahawa dia mungkin ada kaitan. Cuma.."

"Cuma apa?"

"Tianzi, Pendeta Shi Zhuming tidak mahu bercerita kisah lalu. Dia hanya mendiamkan diri."

Tianzi mengeluh.

"Tak mengapa la. Kamu pulang dahulu. Kami akan panggil kamu kalau ada apa-apa lagi."

YiFan mengangguk sebelum berundur diri. Dia tidak sabar mahu pulang ke kediamannya. Dia pasti Lan YeHua akan menantikan dirinya seperti selalu. Dewi Bunga itu selalu menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat pulang.

Namun saat YiFan tiba, kelibat Dewi Bunga langsung tidak kelihatan. Setelah lama dia menanti, akhirnya YiFan memanggil orang bawahannya.

"Dewi Bunga ada datang ke mari?" soal YiFan.

Saat itu baru la orang bawahannya itu teringat.

"Ah! Dewa DiHou YiFan, setahun yang lalu Dewi Bunga ada datang ke mari mencari Dewa DiHou YiFan namun Dewa telah berangkat pergi. Maaf, orang bawahan ini lupa untuk sampaikan pesannya." beritahu orang bawahan tersebut lantas segera memberitahu YiFan apa yang pernah dipesan oleh Lan YeHua.

"Apa yang YeHua maksudkan?" YiFan berfikir lama. Fikirannya buntu.

Setahun yang lalu? Kali terakhir YeHua datang adalah setahun yang lalu?

Lantas YiFan segera mencari Dewi Bunga di setiap tempat yang pernah mereka lawati sebelum ini namun seperti tadi, kelibat pun tak kelihatan. Dia cuba bertanya kepada semua orang yang dikenalinya namun masing-masing tidak tahu.

YiFan semakin kecewa. Namun baru saja dia mahu berhenti mencari, dia ternampak seorang celestial immortal yang dikenalinya.

"Bunga Tulip?" panggil YiFan.

Bunga Tulip yang telah pun berjaya bertukar menjadi rupa seperti orang menoleh. Saat dia melihat Dewa YiFan, segera dia berlari mendapatkan Dewa itu.

"Dewa Pengadilan! Akhirnya Mika pulang!" gesa Bunga Tulip.

"Di mana YeHua?" soal YiFan, memendekkan perbualan.

"YiFan.. Dewi YeHua.. Dia.." air mata Bunga Tulip mula mengalir deras.

"Apa yang berlaku?" wajah YiFan bertukar keruh.

"Dia telah diculik oleh Dewa dari Diyu. Kita tak tahu tentang perkara ni sehingga la Dewi Bunga menyampaikan mesejnya yang terakhir." terang Bunga Tulip di celah tangisan.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now