18

585 45 43
                                    

Hero Kali Kedua

Zhong Yi duduk di tepi pentas bersama guzheng di atas meja sambil jarinya memetik tali alat muzik tersebut. Penari yang terdiri dari wanita-wanita di Flower House tersebut mula bergerak mengikut irama.

Tubuh mereka meliuk lentok ke kiri dan kanan. Pergerakan yang lembut dan sangat cantik sehingga menarik minat sesiapa saja yang melihatnya. Lobi di Flower House yang penuh dengan pengunjung dan pelanggan yang datang dari merata tempat.

Tamat saja tarian tadi, pelanggan yang datang mula memesan wanita yang diingini oleh mereka. Pengunjung yang datang hanya untuk makan dan minum pula hanya meneruskan perbuatan mereka sambil berhibur dengan persembahan seterusnya.

Selepas beberapa persembahan, Zhong Yi mengundur diri. Wanita-wanita di Flower House itu pula sibuk melayan pelanggan dan pengunjung yang datang. Saat Zhong Yi melangkah untuk ke biliknya di tingkat atas, seseorang telah menahan  jalannya.

"Awak nak ke mana?" soal seorang lelaki sambil tersenyum. Pada tangannya ada secawan wain.

"Naik ke atas." jawab Zhong Yi, malas mahu melayan.

"Tak mahu temankan saya?" lelaki itu masih tersenyum.

Wajah Zhong Yi bertukar keruh.

"Kalau Tuan nakkan perempuan, ada banyak lagi yang Tuan boleh pilih di bawah sana. Saya cuma pemain muzik. Saya minta diri dulu, selamat malam." ujar Zhong Yi.

Lelaki itu ketawa kecil apabila Zhong Yi berjalan melepasinya untuk mendaki tangga. Dia merasakan bahawa Zhong Yi sangat menarik walaupun dia seorang lelaki. Lantas dia menarik lengan Zhong Yi sehingga lelaki itu terdorong ke belakang dan tergelincir dari anak tangga.

Zhong Yi yang terkejut, hilang imbangan dan tubuhnya jatuh ke belakang. Dia menutup mata sambil menanti tubuhnya terhempas ke lantai. Saat itu ada sepasang tangan yang kuat memeluk tubuhnya, sekaligus menyelamatkan Zhong Yi.

Dia membuka mata. Wajah lelaki tadi berada dekat dengan mukanya. Bibirnya terangkat sedikit, membentuk satu senyuman yang menggoda. Zhong Yi mengemam bibirnya. Dalam hati dia menyumpah seranah lelaki yang tak tahu malu ni.

Cepat-cepat Zhong Yi menstabilkan dirinya sebelum menolak lelaki tersebut yang mana masih memeluk tubuhnya.

"Hmph!" Zhong Yi melibas lengan bajunya sambil menjeling lelaki tersebut.

"Ahah! Awak, saya suka awak. Saya sanggup bayar awak 2 keping emas untuk satu malam.. Macam mana?" lelaki itu terus menyuarakan hasratnya.

Bertambah geram Zhong Yi dibuatnya. Bibirnya dikemam sambil matanya mengecil merenung lelaki yang entah dari mana datangnya itu.

"Saya lelaki." beritahu Zhong Yi.

"Saya tahu." lelaki itu masih tersenyum.

"Mengarut!" Zhong Yi masih tidak mahu mengalah. Tak mungkin sama sekali!

Melihat Zhong Yi enggan menerima tawarannya, lelaki itu mula hilang sabar. Dia menarik lengan Zhong Yi dan mengenggamnya erat.

"2 keping emas tu boleh sara hidup awak selama beberapa tahun. Apa lagi yang tak cukup? Saya tambah.. 5 keping emas. Macam mana?" ujarnya.

"Hah!" Zhong Yi hilang kata-kata. Lelaki ni nampaknya tak faham bahasa.

"Untuk pelacur macam kamu semua ni.. 100 keping perak pun dah lumayan.. Inikan pula 5 keping emas. Apa lagi yang awak nak? Saya boleh berikan apa saja." sambung lelaki tadi apabila melihat Zhong Yi memalingkan wajahnya.

Mendengar perkataan 'pelacur' dari mulut lelaki tersebut, Zhong Yi merasakan api di dalam hatinya mula marak. Tangannya digenggem erat. Lengannya ditarik, minta supaya dilepaskan namun lelaki tadi masih kejap memegang lengannya. Zhong Yi meronta namun tubuh lelaki itu yang tegap menunjukkan dia merupakan seorang yang kuat.

Tiga Dunia: The Prince and The Dancer (Completed)Where stories live. Discover now